Tuesday, December 27, 2011

Coretan lama dan Terakhir

Assalamualaikum...

Al-hamdulillah dah 3 bulan berlalu.. iza rasa dah tenang.. dah 3 bulan insan yang bernama amin menyepi... buat pertama kali dalam sejarah hidup ini.. berbulan-bulan iza tak contact amin kan... yup ! pertama kali dalam hidup selepas  kenal amin 5 tahun sudah....biarkan sejarah ini berlalu... biarkan amin bahagia.. cuma yang iza mintak .semoga tiada lagi permusuhan antara kita..

walaupun hubungan kita dah hampir dua tahun dah terlerai.. sejak 2009, iza still berhubung dengan amin kan.. walaupun gaduh. ..baik.. gaduh.. baik.. tapi akhirnya sept 2011 iza dah betul-betul amik keputusan nak pergi.. dan nak lupa kan insan bernama amin... min, ucap lah tahniah pada iza.. iza dah pergi ni.. min ingat senang ke nak lupa kan... susah sangat-sangat.. tapi semangat ieyza kuat..

tiada lagi entry sedih yang akan iza coretkan lagi dalam blog ni. tiada lagi kisah min dalam blog ni.. iza dah padam kan min dalam hati ni.. dan iza dah masukkan seseorang dalam hidup iza.. dan perhubungan kami sudah hampir setahun.. dia yang banyak membantu iza lupa kan min.. akhirnya.. tentu min gembira. tiada lagi iza dalam kehidupan min.. itu yang selama ini min harap kan..

min, ini kali terakhir ieyza coretkan nama min dalam blog ni.. kerana tarikh ini mengingatkan iza tarikh kali terakhir kita berjumpa.....iza mintak maaf dengan apa yang telah berlaku.. maafkan iza.. dan semua kisah antara kita dijadikan pedoman dalam hidup iza..

nie semua entry pasal min, iza tak nak delete.. iza nak baca 20 tahun akan datang.. cinta budak hingusan :')
kalau min nak baca -baca je la. cerita ni semua lepas kita putus. ada happy ada sedey. 

2010
Amin sahabatku , amin pergi ,semoga bahagia amin , 1 ogos anniversary , Penat memikirkannya , aku tak kan maafkan amin , aku masih sayang , amin mesej aku ! :) , dia kembali , semangat hilang , aku nak buang dia ! , kenapa takdir begini? , i love u mr A , perlukah diteruskan ? , Pertemuan yang terakhir 

2011
aku harus lupakan kamu , sukar nak percayai :) , coretan dari bingkisan hati , bukan aku ! :( , Puas hati kau  , cerita kita ,  aku happy sangat.  , aku bodoh ,  kau bole bahagia , 

cerpen ini kisah kita.. 
Takdir Sebuah Cinta Dan Persahabatan #1
Tapi malas lar nak sambung lagi.. nak buat apa pun.. 

lihat.. min pergi min dtg, baik, gaduh.. semua ni pengajaran. menjadi tauladan dalam kehidupan.. :)

amin.. walaupun semuanya dah berakhir, iza harap tiada kebencian diantara kita.. hope amin berbahagia bersama aina.. aina pun ada cakap dengan iza, lepas habis diploma dia nak bertunang dengan min.. semoga min bahagia...

selamat tinggal.. 

' dan kerana amin lah blog ni wujud '

"ada sebab mengapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah sebelum kita jumpa orang yang benar-benar untuk kita. ada hikmah yang ALLAH tentukan "

coretan 27 Disember 2011, adakah masih ingat 27 Disember 2010 ? Hari terakhir kita bertemu................

p/s: moga kau bahagia bersama Miss N.. :) aku pun bahagia bersama Mr. N sekarang :)

Friday, December 23, 2011

Orang bodoh & menyusahkan ??!

Assalamualaikum...

Giler.. aku sentap ah dengan pakcik tadi tu,,., hurm... agak2 la kalau ye pun kan.. tak payah lah sampai nak gelarkan orang lain BODOH. !! pakcik tu pandai sangat ke  hurm.... ape kes ??? bengang lagi ar rasa nya... bukan bengang cuma sedih + sentap giler2 ar.....
actually, hari ni bermula lah cuti mid sem seminggu.. semua orang balik rumah lah kan.... so, pagi nie. aku dan kawan-kawan aku plan nak g kangar sama-sama.. so semalam aku kowl lah pakcik yang dok hantar amik pelajar ni.. aku cakap dengan pakcik tu, esok nak pergi stesyen bas kangar... pukul 7.20 pagi.. sebab aku pun dah tanya kawan aku.. pukul berapa nak bertolak kan...so, confirm kan lah pakcik tu..

so, pagi tadi aku pun siap-siap lah nak balik... nak turun bawah dah.. aku kowl kawan aku.. tapi dia sakit perut la ..ala biasa la kan. bukan kita tahu time bila nak sakit perut.. pastu pakcik tu sampai, dia kowl aku.. aku cakap la.. kejap pakcik.. sat g kami turun... kawan saya sakit perut.... pakcik tu cakap ok 2 minit agy..! ha ?? mana nak sempat... aku pun turun dulu, sementara kawan aku tengah siap-siap.. sekali turun pakcik tu dah blah da... tinggalkan kitorang.. siap bunyi vroom 3x yang amat kuat sekali.. ok fine.. pakcik ni lansung x bole consider lansung la... bukan saja-saja lambat pun!....

ok xpe lagi. aku tak kisah la sangat kan.. tiba-tiba aku rasa sentap sangat giler2....
pakcik tu mesej aku... dia tulis macam nie...

" awak ini orang BODOH.. orang yang  menyusahkan orang lain.. Manusia Bodoh "

sedap-sedap mulut pakcik je nak kata saya bodoh kan... bukan saja-saja nak lambat pun... ok... terima kasih pakcik... pasni aku tak kan amik pakcik ni lagi.. !! aku nak amik teksi lain jer........... 

dan lebih malang , bas kawan aku pkul 8.00 pagi... jam dah menunjukkan pkul 7.30 pagi.. call teksi lain, semua dah ada penumpang... kami pun cepat-cepat jalan ke pagar B ,dengan harapan ada teksi lain.. tapi takut x sempat nak dekat kul 8 dah kowt.. last2, kowt lagi teksi len, nasib bek pakcik tu bole amik... tapi pakcik tu sampai dalam pkul 7.50 macam tu.. dengan traffic jam lagi... cakap dengan pakcik tu bas pukul 8.. tapi confirm macam x sempat jer...

sampai2 kangar , memang bas dah xde... sian kawan aku... tiket burm macam tu je.. aku tibe-tibe rasa bersalah.. sebab gara-gara aku kowl pakcik yang tak bole consider lansung tu la semua ni terjadi.... kalau kowl teksi lain maybe dia bole tunggu kowt kan.. pakcik tu sorang je yang nak cepat je... eee.. wat ever.. 

Dah la pakcik tu gatal... tak padan dengan tua.. ramai yang cakap...haha

Thursday, December 22, 2011

PRIVATE

Assalamualaikum...


pergh! giler la ... ramai giler yang unfollow aku... erm, xpela.. suka  hati dorang la kan.. touching...? tak kowt...sentap ? ade la sikit.. haha.. what ever.. aku nak tulis blog nie pun dah xde feeling... tak tahu kenapa ? mungkin aku rasa ianya buang masa kowt.. entah la.. pagi petang siang malam aku blogwalking, tapi hasil nya tak de la seselumayan blogger2 yang lain.. aku rasa dah penat.. hurm.. mungkin aku nak buat blog ni blog peribadi aku je kowt pas ni.. ikut hati aku nak tulis ape.. 

orang nak baca? comfirm la xde kowt... lagi pun aku tahu aku bukan nya pro sangat pun. nak tulis bende-bende yang boleh buatkan orang minat nak baca blog aku.. banyak lagi blog yang hebat-hebat kat luar sana. daripada dorang singgah kat blog aku lebih baik dorang singgah blog lain2... blog aku xde ape-ape faedah pun kowt. haha.. siapa la aku ni.. bukan nye popular macam abg ben ke, lyssa ke.. sekali tulis , beribu-beribu orang yang baca. ye dak.. aku ? tak da kowt yang baca.. kalau ada pun.. berapa kerat la sangat..

kerana blog aku jadi macam lalaikan pelajaran aku je... terlampau taksub la ni.. tapi kenapa orang lain ok je kan.. bole je handle masa.nak tulis blog,blogwalking lagi. study lagi.. tapi aku rasa aku tak bole.. aku macam tak reti nak divide masa.. sampaikan roomate aku sem lepas pun tegur... yela. time final pun masih menghadap blog T_T

err.. entah lah.. buat sementara waktu aku nak private dulu blog nie.. 


Monday, December 19, 2011

Treasure Hunt

Assalamualaikum...

#entry ni panjang... tak nak baca tak per.. its for memory to me in the future ^_^

tapi sebelum tu leh tolong sedekah 20sen tak ? klik says ieyza.. hehe ^_^ 
Twisties-Superstarz-3

ada orang tanya kemana ieyza menghilang.. tak update blog.. asyik menghilang je ieyza ni.. ish2.. sian blog ni diibaratkan seperti tak bertuan pulak.. dah tu, earning nuffnang pun tak bergerak-gerak dah gara-gara traffic tak da setiap hari.. oh no.. so sad....


entahlah kenapa sejak dua menjak ni rasa macam dah xda feeling je dengan blog.. rasa macam nak private je blog ni pun ada.. tapi sayang pulak rasanya.. sebab dengan blog ni lah ieyza dapat ramai kawan walaupun hanya di alam maya.....

Actually, dua hari lepas ieyza ada treasure hunt untuk dak2 sem 4.. ( cerita lapuk,gara-gara malas update !) dah dua hari lepas baru nak update.. haha.. dah x fresh la macam ni.. hik3... bukan apa tak nak update.. sebab penat.. habis kan waktu dengan tidur je.. HAHA... n study sebab ada kuiz n test hari ni..( tapi test cancel la pulak. YEAH! hehe)

Seriusly, ini pengalaman pertama dalam hidup buat benda lasak macam ni.... pengalaman ngeri betul la... habis sakit-sakit satu badan.. lebam sana sini.. lutut lebam, peha, lengan.. ah semua la... T_T nak sembahyang pun rasa tersiksa sebab dua-dua lutut lebam besar....  dari warna ungu dah jadi warna biru..ini semua gara-gara tresure hunt.! benci3x.... 

dah 2 hari ni, tapi still xbaik-baik pun.. lebam makin biru ada la.. lenguh-lenguh badan ,sengal-sengal, YA ALLAH tak terkata.. rasa macam orang tua pulak.. bila tido baring, nak bangun mesti tersiksa... kenapa macam ni.. sebab tulang tak kuat kowt.. kurang calcium kowt... adess....

Macam-macam activiti la kitorang buat.. check point pertama masuk dalam tasik.. nasib baik guna pelambung, then ada tali, kena bergerak secara terlentang. guna tali untuk bergerak ke seberang sana.. pergh,,,dah la air tinggi tenggelam timbul.. haha.. nasib tak mati lemas...kalau tak selamat tinggal blog... huhu ~ pastu check point kedua, kena bergerak secara merangkak/menerap atas tanah lumpur yang atas nya ada dawai tajam-tajam tu.. ape tah.. memang kena merangkak ah, kalau tak kepala tercucuk dawai lak.. gara-gara ni la lutut aku lebam !!! aish, tak suka betul la.... 

check point ketiga,, masak nasi dengan sardin.. hanya diberi 3 batang mancis, lilin, periuk, beras ,sardin, air.. pastu kena masak la.. guna kayu-kayu ,daun kering kat situ.. masa diberi 30 minit je.. kejap betul masa tu, sampaikan nasi tu tak sempat nak masak betul-betul..tapi terpaksa makan jugak.. kena habis kan beras dengan sardin tu.. makanla nasi separuh masak tu.. nasib baik tak sakit perut....

check point keempat simple je, isi air dalam botol guna span... senang je tu... hehe.. check point kelima, nama dia monkey ape tah.. lupa la.. kena panjat tali.. then kaki silang kat atas tali tu.. kena bergerak dari hujung pokok sana ke hujung pokok lagi satu..kedudukan secara baring,  susah la jugak.. tapi nasib baik ada tukang cover kat bawah.. kalau tak da orang cover, buat nya terjatuh confirm mati wooo...

check point keenam, pun dah biasa.. cari gula-gula dalam tepung.. check point ketujuh main puzzle dan buat logo uitm...akhirnya tamat jugak.... penat sudah lari-lari nieh... group ieyza dapat no 7 daripada 15 group.. ok la tu.. dapat hamper gak.. HAHA..

apa-apa memang betul-betul pengalaman NGERI yang tak bole lupa kan sampai bila-bila........

Friday, December 16, 2011

Bibir Merayu Hati Bernafsu ..

Assalamualaikum...

Cinta itu bahagia, nafsu pula bahaya....
Cinta membuat kita tertawa, nafsu mengundang rasa kecewa...
Cinta selalu ingin memberi, nafsu pula ingin diberi...
Cinta mahu menyayangi, nafsu dikuasai rasa berahi...
Cinta adalah yang terbaik untuknya, nafsu sentiasa sebaliknya...

- Ahmad Haikal Ieman -


Ketika kita merayu kepada yang tercinta, berhati-hatilah jangan sehingga mahkota yang terpelihara ternoda !



Buku ini ditulis bagi mendedahkan perihal cinta yang sebenar. Bagi kaum Hawa, kandungan ini mampu mengelakkan mereka daripada rayuan maut kaum Adam. Demi mengetahui kadar cinta lelaki, wanita tidak boleh bertanya kepada lelaki yang selama ini mengaku mencintainya..

Apakah cinta dia benar-benar cinta atau sekadar mencari kepuasan nafsu semata-mata
Hadirnya buku ini membuatkan kaum Adam tersipu-sipu malu kerana kaum Hawa mengetahui sebahagian besar kata-kata rayuan mereka bukanlah mencerminkan isi hati yang sebenar..

buku ni berharga RM15.00 jer.. =)

kenapa ieyza beli buku ni ? HAHA.. sebab first cover dia sangat-sangat menarik! Pink colour.. then sangat cantik.. dan membuatkan hati nak beli rasanya.. then, cerita pun menarik.. sebab baca buku ni sikit demi sedikit kita boleh tahu cinta seorang lelaki terhadap kita tu adalah benar-benar tulus kerana cinta yang datang dari ALLAH ..atau pun hanya cinta kerana nafsu yang datangnya dari SYAITAN.....

Isi kandungan yang best membuatkan hati nak baca :

Wajah-wajah Dunia Percintaan
-Antara Cinta dan Nafsu
-Antara Merayu dan Bernafsu
-Hentikan Pujuk Rayu itu

Krisis Cinta: Sekiranya Cinta Mengapa Perlu Berdusta ?
-Krisis Identiti : Cinta Buta
-Krisis Moral : Kebebasan Bercinta
-Krisis Spiritual : Kehampaan Cinta
-Krisis Cita-cita dan Keberanian
-Psikologi Silang Budaya: Terkikisnya Rasa Malu

Rayuan Palsu: Kepura-Puraan Nafsu Syaitan
-Katanya cinta,tetapi......
-Buktikan Cintamu
-Bercinta,Ada yang islamik ?
-Lagi-lagi tukar kekasih

Gelojak Hasrat: Sampai Hati Mengkhianati Kekasih Sendiri
-Hakikat Hasrat
-Hasrat Bercinta
-Hasrat selalu Mengajak Bermaksiat
-Mengendali Hasrat

Cinta, Mengapa Mesti Dusta ?
-Cinta Sesat
-Cinta Monyet
-Gosip Amatur
-Persaingan Cinta: Berebut "Bidadari"

Cinta Sejati: Cinta yang Tulus dan Suci
-Niat Suci, Hanya untuk Cinta Sejati
-Kesungguhan Hati
-Perbaiki Diri: Langkah Pasti Bertemu Cinta Sejati
-Hindari Ego, Sombong dan Riak
-Sekiranya Cinta Jauhi Zina !
-Ambillah Pengajaran daripada Fenomena Cinta Sejati

Penutup:

Sebuah Renungan Cinta
-Cinta Tidak Semestinya Memiliki
-Memiliki, Namun Tidak Mencintai
so far, buku ni best.. Tapi buku ni bukan lah novel cerita cinta k, ni buku lebih kurang macam motivasi..tapi bukan lah motivasi sangat pun.. hee...


Tuesday, December 13, 2011

Rindu nyew ...

Assalamualaikum...

Hai.. semua.... siyez rindu sangat-sangat... bukan rindu sikit-sikit.. tapi sangat-sangat... hurm.. akhirnya dapat jugak bertemu kembali... hehe.. rindu apa ? of coz la yang pertama rindu kat blog kesayangan ieyza ni.. dah seminggu tak bersua dengan dia... hehe.. apatah lagi menatapi dirinya.. amboi kemain...

yang keduanya rindu kat kawan-kawan yang selalu singgah kat blog ni... rindu nya... rindu kak nad, pm ,kak ida and ramai lagi la... sory tak blogwalking kat blog korang.. rindu nya nak blog walking .. yela dah seminggu kowt blog ni terbengkalai..terbelangkai.. (mana satu betul ?) HAHA..

ada yang rindu ieyza tak ? HAHA.. tak da eh ? hee..
kalau ada i rindu u double triple la.. :D

ini semua gara-gara buzy pun satu case gak.. ada kuiz lagi, t test pulak.. dan sebab paling kukuh kenapa menghilangkan diri selama seminggu ni sebab broadband jer.. broadband dah limit.. sedeh tau.. tapi arini dah ok.. dah laju la jugak.. 

ok, pasni akan kembali active.. insyaALLAH :D

Wednesday, December 7, 2011

Pergi kangkang kat tepi jalan...

Assalamualaikum...


Siti : Wei, jom pergi kangkang nak tak ?

Umi: ha? apa dia ?

Siti: Pergi kangkang la...nak tak ?

Umi: hey, siti ko sedar tak apa yang ko cakap ni?

Siti: apsal? mesti ar aku sedar.. aku ajak ko g kangkang.. ko nak ikut ke tak ni ?

Umi: Tak nak la aku..seumur hidup aku, aku tak pernah wat kerja terkutuk. ko nak pergi, pergi sengsorang...!

Siti: apehal minah ni.. kerja terkutuk apa pulak.. aku ajak ko pergi kangkang kat tepi jalan sana nun.. jom la teman aku..

Umi: Astaghfirullahalazim..siti siti.. apsal la ko nak pergi kangkang kat tepi jalan sana.. ko ni dah buang tebiat apa?

Siti: eh, jap..aku rasa ko yg dah sewel kowt. ape tah. kerja terkutuk ar ko sebut..kalo ko tak nak teman aku cakap je la.. aku nak g kangkang pun sebab kasut aku dah putus.. aku nak g beli ar.. lagi pun kedai kasut kangkang tu kan baru bukak orang kata murah-murah.. tu ajak ko.. tapi ko tak nak tak pa ar..

Umi: ha ? kedai kasut kang kang? baru buka eh ? bhabhahahahaaha.. sengal la ko.. aku ingat ko nak g kangkang kat tepi jalan.. kangkang wat bnda tak elok tu.. haha..

Siti: eh, siot ar ko.. aku ni waras lagi ar..dah jom cepat.. teman aku gak..

Umi: haha.. ok2.. :P




haha... tak da nama len ke nak letak..hik3..


Monday, December 5, 2011

Jom Terjah: SchaNick & MissVanilla

Assalamualaikum...

Hari ni nak buat review lagi..review untuk pemenang GA ieyza yang lalu.. sebelum ieyza terus terlupa, lebih baik ieyza buat hari ni.. hari ni 2 blog sekali akan direview, iaitu pemenang tempat ke 5 dan jugak ke 6.. harap korang semua sudi terjah blog mereka okeyh !

kalau nak tengak pemenang GA ieyza klik cnie
kalau nak tengah blog review jom terjah tempat ke-4 klik cnie.. 

pemenang tempat ke-5 



http://www.schadonghae.co.cc/

* Blog ni dimiliki seorang gadis yang bernama aisya.. blog aisya agak comel dimata ieyza.. suka jugak pergi blog aisya ni.. tapi blog aisya ni jugak tak da header macam blog yang ieyza review minggu lepas..tapi rasanya b4 nie ada kan.. tah mana pergi pulak header dia.. ada orang curi kowt..hee..

susunan blog yang menarik, tak serabut lansung! sebab tiada widget yang merepek pun kat blog aisya..yang ada cuma gambar aisya as owner blog dan jugak shoutmix ..gabungan warna pun menarik.. berlatar kan flowering black.. tak sakit mata memandang :) dan lagi satu blog dia bakal ada tutorial. nanti leh la gak usha-usha tuto kat blog dia k.. ^_^

pemenang tempat ke-6


*ok, blog ni ada header.. header dia comel.. i loike.. ^_^ owner blog yang bernama Sharifah Zalikha atau lebih mesra dengan panggilan ika ataupun miss vanilla..totally ieyza suka blog ika ni.. kira feveret la jugak.. sebab blog ika warna PINK..hee.. sejuk je mata memandang.. smooth pink tau.. huhu.. 

ika ni rajin jugak meng-update entry, buktinya blog archive nye banyak la jugak entry.. ;)itu je kowt.. tak ada apa-apa nak tegur atau complain.. blog ika okey je.. ;) so, apa lagi hope korang sudi terjah blog dorang k,, bye...

actually, tak pandai nak me-review2 ni..hekhek




Sunday, December 4, 2011

Rindu yang berombak-ombak..

Assalamualaikum...

hari ni nak cerita something ... cerita semalam  tapi semalam penat sangat ,tak larat nak update.. hee,, actually semalam ieyza keluar pergi alor star nak tengak cerita Ombak Rindu dengan someone..♥ rindu dekat dia jugak. dah 2 bulan x jumpa..rindu yang beromabak-ombak :D tapi kan punya la ieyza semangat.. pukul 10 dah pergi kat tempat train.. tapi train lambat sampai .. tak macam selalu.. ni pukul 12 tgh hari baru train sampai.. 2 jam tunggu.. panas lak tu..


pukul 12.50 sampai alor star terus g city plaza, then pergi la jumpa dia,, naseb baik dia dah beli tiket siap-siap kul 1.15 punya...seriusly, cerita ni sedih sangat-sangat.. meleleh air mata ni .. sedih tau.. tapi terpaksa di cover sebab dia asyik kacau je la..perli-perli.. xdapat nak feeling habis.. kalau tengak sambil feeling, confirm dari mula sampai akhir menangis je.. hee...tapi pelik ieyza, ada yang kata cerita ni tak best.. orang tu maybe tak reti nak hayati cerita perasaan macam ni kowt.. xde perasaan ape. haha...

 memang cerita ni di adaptasi dari novel kan.. but before ni ieyza tak pernah pun baca novel ni sebenarnya.. tapi ieyza tahu cerita pasal novel ni, sebab ex ieyza yang sebelum ni kaki novel... so dia yang cerita la pasal cerita izzah watak utama dalam novel ni.. memang sedih... yela, gadis baik di paksa untuk menjadi pelacur kan..sapa-sapa yang tak tengak lagi tu, pergi la tengak ye.. kalau hati tu jenis sensitive, jangan lupa bawa tisu.. huhu... 

jom layan lagu ni.. sedap jugak.. ost untuk citer ombak rindu..nyanyian hafiz dengan adiera.. :) 
serius,liriknya mendalam kowt.. :D

Friday, December 2, 2011

Tutorial: Letak Google Page Dalam Blog

Assalamualaikum...

Hyep ! Semua.. seperti mana yang kita semua tahu,, ada khabar yang mengatakan widget follower kita tu bakal dimansuhkan.. adakah ia nya betul atau pun tidak ieyza tak pasti,, tapi yang pasti itu lah isu yang hangat diperkatakan oleh blogger-blogger kan...

Ini disebabkan pihak google telah mewujudkan laman baru dalam syarikat mereka.. iaitu g+1 dan jugak google + page.. before ni ieyza pun tak tahu la apa benda lah semua ni.. dapat tahu pun after baca blog bro ahmad , blogger SEO kita yang hebat pasal benda-benda ni semua.. :)

so, mula-mula tak faham macam mana nak buat letak dalam blog.. tapi akhirnya menjadi jugak selepas guna tutorial dari blog Firdani Love Story.. Tapi hari ini ieyza nak share la kat korang macam mana nak buat..dan akan di creditkan kat blog sis wanie ;) Thanx sis.. 

Sebelum tu ieyza nak explain dulu kat korang semua apa itu g+ 1 dan jugak google + page ni.. g+ 1 tu adalah sama seperti fungsi widget follower tu, korang bole lah follow blog tersebut dengan menekan butang +1 je dalam blog tersebut.. dan macam facebook tau.. ( jangan lupa klik butang +1 ieyza ye.. hee , sebab tak da sapa follow lagi.. T_T) then, google + page  pulak adalah fungsi nya sama seperti page yang korang buat kat FB tu... add to circles lak kalo korang nak devide kan as family,friends, and etc..


ok.. cara nak buat.. mula2 korang kena daftar dulu kat cni 
https://plus.google.com


then,bila dah daftar semua. dah upload gambar dah isi maklumat semua, korang kena create page pulak.. macam gambar kat bawah ni. klik kat ctu..
*klik kat create a google+ page

then, keluar macam kat bawah , pilih other..
isi nama, url , tick kat i agree tu..pastu tekan CREATE..macam pic kat bawah..

pastu tunggu dalam proses, then ada keluar suh upload pic korang.. korang upload la as profile picture..
dah upload tekan continue lak..then terus tekan Finish ..

Pastu,muncul la page korang tu,, then korang klik Get Started kat bawah profile pic korang tu..
dan sekarang adalah cara camna nak letak badge tu dalam blog korang.. pas korang klik tu, akan muncul pulak macam gambar kat bawah ni..

korang tengak  kat connect your website  bawah dia ada get the badge klik kat situ..
then, ade new tab yang muncul.. then pergi tengak tab tu, pastu copy jela code yang dia bagi tu then paste kat dalam blog korang..(tengak kat bawah ye)  paste kat design > add gadget > html/java script 

SELESAI.. :)  kalau tak jadi gitau tau.. bye..

thanx and credit kat Sis Wanie aka owner Firdani Love Story..