Friday, April 15, 2016

Dear Love Happy Anniversary

Assalamualaikum...
Dear Love, MR. MN, Happy 5th anniversary !!

15-04-11 ~ 15-04-16 ^_^

Terima kasih untuk segalanya... setiap pengorbanan, nasihat, pertolongan, jatuh dan bangkit saya..5 tahun lebih kita harungi hubungan ni, banyak dugaan, banyak kenangan pahit manis dari zaman diploma, degree dan kini di alam pekerjaan..rasa macam sya orang yang paling bertuah dalam hidup ni... dapat kenal orang sebaik awak.. seorang yang penyabar..


Sambut Anniversary kt Pizza Hut je.. :D
Bermulalah cerita disini...

Awak hadir disaat hati ni sedang terluka..Terluka disebabkan cinta monyet waktu sekolah yang putus ditengah jalan.. Ehh..

Awak bagi kata semangat untuk saya move on.. Lupakan orang yang tak pernah hargai kita.. Lupakan orang yang mengkhianati kita.. Lupakan dia yang saya sendiri pun tak berapa kenal sepenuhnya.. Terasa bodohnya saya sebab berharap pada dia sedangkan dia dah ada orang lain..

2010, setahun saya merana, gila bayang. saya hubungi dia.. kacau dia.. sehingga menyebabkan dia benci saya. Benci sampai sekarang. Mungkin.. Lepas masuk UiTM, hidup ni rasa kosong.. hati nie masih sedih dan ingat dekat dia.. Doa dia termakbul, dia cakap semoga saya jumpa orang yang lebih baik dari dia.. Dia mengaku dia khianati saya. Dia jujur rasa bersalah memainkan hati dan perasaan saya. 

Tapi di saat hati kecewa, october 2010, tiba2 awak muncul.. Kacau2 saya.. Saya yang anti lelaki nie boleh pulak melayan awak yang suka buat lawak bodoh tu.. Layan pun sebab awak pernah satu sekolah teknik masa dekat manjung dulu. Kalau memang tak kenal,   memang bolayan la ehhh... Since awak kacau2, hidup saya kembali ceria..Memang susah nak lupakan yang pertama, tapi kini awaklah yg pertama yang dinamakan cinta.. Ehh jiwang nya.. :p

6 bulan berkawan, saya dah rasa mula suka kat awak. awak caring, baik, apa yang penting tak merokok.. Saya tanya kawan2 teknik pasal awak.. sebab saya pun tak knal sangat awak ni macam mana orangnya... Diorang kata awak ni kaki surau. Masa kat teknik awak selalu jadi imam. Entah betul ke ? Tempat awak lepak memang dekat surau la eh. Memang saya rasa awak ni baik orangnya.. 

Bermula segalanya April 2011, saya dapat terima awak sepenuhnya. Saya nekad lupakan si dia. Sejak itu , hati saya hanya setia pada awak. awak yang bernama Mr.MN..awak terima saya  walaupun saya tak macam orang lain.. saya tak cantik.. saya kurus.. kecik.. bila nak gemok entah... Tapi awak selalu cakap cantik tu tak penting.. Yang penting hati..hurm.. 

Dari zaman diploma, degree awak banyak tolong saya.. Disaat saya susah awak tolong.. jatuh  saya awak bagi semangat untuk bangkit.. dan macam2 lagi.. awak tunaikan macam-macam impian saya, termasuk impian saya nak pakai braces.. Gigi saya tak cantik.. orang selalu kutuk gigi saya.. sebab gigi lah saya rasa xda keyakinan dalam hidup ni.. sebab tu la saya nak pkai sangat.. terima kasih sangat-sangat sebab tolong bayarkan duit downpayment.. Kalau tak mungkin sampai ke hari ni saya tak pakai. Sekarang gigi saya dah cantik.. Tak sabar nak buka.. heee..

hampir 6 tahun kenal awak, jujur saya kata awak seorang lelaki penyabar. Ye, awak seorang yang sabar. Setiap masalah yang datang awak tak pernah melatah. Awak lalui dengan tenang. awak sabar melayan karenah saya yang kadang terover mengada2, kuat cemburu, suka buat keputusan melulu, suka marah awak, membebel hari2.. Awak penyabar, bukan pemarah, hati cepat sejuk, kelakar, pandai memujuk.. Makin lama kenal makin saya kenal awak orang nye macam mana.. 

Dan Sekarang, 5 thun berlalu, kita sama2 dah kerja.. baru masuk alam pkerjaan sama-sama cari rezeki di Negeri yang bernama Putrajaya..5 tahun berlalu, Moga lepas ni ada rezeki lebih untuk kita.. Saya tak sabar nak jadi soulmate awak.. Semoga Allah permudahkan ape yang kita rancang.. Amin...

Friday, January 23, 2015

Antara cinta pertama, seterusnya dan terakhir..


Assalamualaikum...

Cinta pertama itu lebih indah dan berbeza rasanya dengan cinta seterusnya ..namun percayalah cinta yang seterusnya itu sebenar nya lebih baik dari cinta pertama kerana kegagalan cinta pertama banyak memberi pengajaran dan di jadikan tauladan untuk menjadikan cinta seterusnya itu lebih baik dan insyaALLAH mohon agar ianya menjadi cinta terakhir....

Mengapa hadirnya cinta lain setelah cinta pertama itu pergi? Mungkin ianya adalah jodoh. jodoh yang hadir buat setiap insan. Namun harus lah kita bersiap sedia. Setiap pertemuan ada perpisahan.. Andai perpisahan terjadi lagi maka itu bukan la jodoh kita kerana Allah telah pun merancang untuk setiap umatnya..biarkan cinta itu pergi dan jadikan ianya pengalaman dan pengalaman untuk cinta seterusnya yang bakal hadir..

First love- semua orang akan merasai cinta pertama dan ketahuilah cinta pertama itu sangat indah kerana dari situ kita mengenal erti apa itu rindu, apa itu sayang , dan apa itu kasih, setelah hadir nya rindu kasih dan sayang maka terbit lah cinta. cinta tidak akan hadir tanpa kasih dan sayang. maka bermula lah episod cinta.

Namun percayalah. first love itu sebenarnya bukan lah jodoh kita. mungkin ianya sekadar untuk mengenal apa itu cinta , sayang, kasih dan rindu..namun permergian cinta pertama sebenarnya adalah amat sukar dan berat untuk diterima. Mungkin kerana terlalu banyak kenangan yang telah dicoret bersama. Kenangan yang begitu indah! dan mungkin banyak memberi implikasi besar kepada sang pencinta yang sukar untuk menerima kenyataan itu.


Tapi ketahuilah  sesungguhnya cinta terakhir adalah lebih sempurna dari cinta pertama kerana cinta terakhir itu lah cinta yang akan diabadikan selamanya di dalam hati kita..

Nukilan buat sis xxx,

Jangan bersedih ..Anggap dia bukan jodohmu. Ada yang lebih baik untukmu kelak. Be Strong. Keep Smile..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku?

First love aku ? Mestilah Mr MN. First love dari dulu hingga sekarang.. Alhamdulillah..moga jodoh kami kuat. 

Sebelum tu pernah juga bercinta. Tapi aku rasa itu bukan cinta pertama . itu cinta monyet waktu sekolah. Budak sekolah yang baru nk mengenal ape itu "couple".

Yang berlalu biarkan berlalu dan aku rasa itulah pengalaman terburuk aku bercinta dengan someone yang tak berapa nak kenal. Cinta jarak jauh la konon. Zaman kegemilangan SMS je dulu.. memang patut pun dia tinggalkan aku dan mempermainkan hati dan perasaan aku  Mungkin time tu aku memang perasan lebih kot. Awek dia 100x lebih cun melecun dari aku..Pada tarikh 23 Jan 2010 la terkantoi semuanya bila dia silap SMS. 

Bila ingat kembali rasa bodoh sangat. Sanggup bersedih lepas putus cinta monyet dengan budak tu. kuikuikui. Lupa kan kisah 6 tahun yang lalu...  Semoga mereka bahagia dan cepat-cepat kawen okeyh !

Dan aku juga bahagia dengan Mr. MN aku. Mr. MN aku yang hadir menjadi pengubat duka lara aku selepas ditinggalkan oleh cinta monyet dan Alhamdulillah sebab sehingga kini hubungan kami masih kekal. Semoga dipermudahkan untuk step yang seterusnya.. Ameen..


Buat cinta monyet, terima kasih pernah doakan saya untuk berjumpa dengan orang yang lebih baik dari awak. Ye , saya dah jumpa mr perfect saya.. dialah cinta terakhir saya yang labih sempurna..

Dear, Mr MN, meskipun aku bukan cinta pertama kamu, moga aku menjadi cinta terakhir dalam hidupmu.. kau cinta pertama dan cinta terakhirku..

 


Photobucket