Commonity Service Bankers Club :) |
Pagi tadi aku join satu lagi program under Faculty Business Management Uitm Perlis iaitu Program Khidmat Masyarakat di Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah - Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim, Jejawi Perlis. Program nie di sertai oleh Pelajar Semester 6 dari Diploma In Banking :)
Program nie berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 6 petang . Macam-macam aktiviti yang di jalankan , antaranya gotong-royong , ceramah motivasi , dan permainan bersama anak-anak yatim . Alhamdulillah semua aktiviti tue berjalan dengan lancar .
Aktiviti pagi : Gotong Royong
nie gambar aku dan kawan-kawan . kami dapat bahagian untuk membersihkan padang nie ..tak susah pun.. menyapu*cakar daun-daun kering yang keguguran tu je,, hehe ..
diorang nie pulak dapat bahagian lukis-lukis dinding nie .huhu .. orang kreatif je boleh nak melukis-lukis nie. kreatif dorang kan .. kalau aku, lukis orang lidi pandai la :P hehe.. Yang atas tu gambar sebelum dicat . Yang bawah plak gambar yang telah dicat . 90 % hampir nak siap dah tue ....
Oklah, sebenarnya aku nak citer, nie adalah kali pertama aku menjejak kaki ke rumah anak-anak yatim. Sebab tu lah, masa dapat tahu program nie dijalankan aku sangat eksited nak pergi tau ..Bila dah jejak kaki kat sini, terasa sayu melihat mereka yang masih kecil hidup tanpa kasih sayang dari seorang ibu mahupun ayah . Di antara mereka ada yang kematian ibu atau bapa sahaja dan ada juga yang tiada kedua-duanya .
Secara tak lansung ,teringat pulak aku dengan diri aku sendiri. Aku juga seperti mereka. seorang anak yatim yang kematian ayah juga sewaktu kecil. ketika aku berusia 5 tahun yang tidak mengerti apa-apa . Tetapi aku bersyukur sangat mak aku masih mampu menjaga anak-anaknya seorang diri . anak-anak yang masih kecil dengan penat lelah bekerja sebagai pembuat kek sahaja :') Tidak dapat aku bayangkan jikalau aku dihantar ke rumah anak yatim pada waktu itu.. Ya ALLAH.. :'(
Berapa tahun kemudian ,Alhamdulillah ..aku mendapat ayah tiri yang baik , yang tidak pernah meng-anak tirikan aku dan adik beradikku. Ayah baru lah yang menyara dan bersama mak yang membesarkan kami serta adik-adik baru sehingga kini...:)
Namun, aku masih terfikir kenapa ada sesetengah anak yatim yang masih ada ibu atau bapa dihantar di situ ? Saudara mara ke ?? atau diorang sebatang kara ? sedihnya kalau macam tu..
Tapi tak pa . sebab kehidupan diorang kat sini lebih terjaga kan . Diorang dididik untuk menjadi insan yang berguna . Kat sini diorang dapat mendisiplin kan diri , dan juga berdikari .. contohnya, terkejut jugak aku tadi . lepas makan tengah hari tadi . sorang-sorang adik-adik tu pergi sinki dan cuci pinggan sendiri .. Bagus kan ?
Mesti dorang telah dididik macam tue .Lepas makan, cuci pingan dan cawan sendiri. Kat asrama sekolah aku dulu pun tak macam tue. letak pinggan dalam besen , mak cik dewan makan tu la yang basuh kan .kan? memang semua rumah anak yatim ke buat macam tue ye ??
Lepas je makan tengah hari , semua solat jemaah , rehat-rehat pastu ceramah dan sedikit aktiviti permainan bersama adik-adik tue..
8 000 kuceng marie:
cantik kan banner tu ? sape la yg buat kan? huhu
Bestnyaa.. program macam ni memang memberi manfaat :)
comel la blog ni...=D
wah,, bestnya,, hehehe,, saat bergambar ramai2 tu yang paling syok,, kan?
seronoknya dapat join program amal macamni, selain leh buat kerja2 amal..leh kenal kawan2 baru.
blom pernah join tapi masih membuak2 nak mengejoinkan diri :)
lama tak wat yg lukis di dinding...dlu aktv kat skolah..
seronoknya aktvt mcm ni..
bagus aktiviti ni.slm knl.
cantik sngt
Post a Comment