Friday, August 3, 2012

Ganjaran Puasa Ramadhan..

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan yang ke 14 :)

          Seperti mana yang diketahui Ramadhan itu adalah bulan yang terbaik.. Di bulan Ramadhan bukanlah hanya berpuasa dengan menahan diri dari makan dan minum tetapi mengawal diri juga dari melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari..

         Di bulan Ramadhan begitu banyak pahala dan ganjaran yang boleh diperolehi melalui amalan-amalan sunat di bulan Ramadhan seperti solat Tarawikh dan sebagainya....

Antara ganjaran Puasa Ramadhan ialah :-

  • PINTU SYURGA DIBUKA, DITUTUP PINTU NERAKA
"Apabila telah tiba ramadhan,dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

  • DIAMPUNKAN SEGALA DOSANYA YANG LALU
"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." (Hadith riwayat An-Nasa'i)

  • PAHALA BERLIPAT GANDA
"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman "Kecuali Berpuasa,sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)

  • JAUH DARI API NERAKA
"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka(sejauh perjalanan) 70 tahun." (Hadith riwayat Al-Bukhari)

  • PERISAI DARI SIKSAAN
"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka." (Hadith riwayat Imam Ahmad)

  • BEROLEH 2 KEGEMBIRAAN
"...Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka , dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

  • DOA SANGAT MUSTAJAB
"Tiga doa yang sangat mustajab,doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." (Hadith riwayat Al-Bukhari,Ahmad dan Tirmidzi)

  • MASUK DALAM SYURGA
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorang pun selain mereka memasukinya..." (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Rancanglah Ramadhan anda dengan :-

     R - Ringankan tangan dengan sedekah
     A - Amalan berbelanja tanpa pembaziran
     M - Malam,jom solat tarawikh
     A - Ambil Ibrah dari Al-Quran
     D - Diam ubi berisi, diam kita berzikir
     H - Hidupkan malam dengan qiamulail
     A - Ambil pemakanan yang seimbang
     N - Niat ibadah 24 jam

5 000 kuceng marie:

OKje said...

Bila tengok ganjarannya.... macam mudah je nak mendapatnya...tapi mampukah kita melawan nafsu yg dah bertapa dalam diri?.... Sama-sama kita mencuba...

cikji said...

Insyaallah kita sama sama pertingkan amalan

Anonymous said...

bulan ganjaran pahala berlipat ganda. :) sedang mencuba untuk sesuatu yang akan kita bawa kemudian hari nanti syg :) selamat beribadah :) dan selamat berbuka :)

SN said...

nice sharing x)

Unknown said...

tak sedar dah lama jugak kita bpuasa dh kan.. rasa mcm syg plak nk tinggalkan ramadhan.. huhu