Kaki ku melangkah satu per satu menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik.. tanpa aku sedari air mata aku mengalir.. mengalir kerana masih mengenang kan peristiwa yang baru berlaku di kelas malam tadi.. -.- sampai je di bilik , rumates aku berkata " eh, apsal ko menangis ?? "
"tak dalah .mana ada nangis" aku cuba selindung kan . "eleh, ko tak yah tipu la . ce citer kenapa ??"pertanyaan itu membuatkan bertambah laju air mata aku mengalir...
Aku masih terkejut . hati aku terkejut. terkejut dengan apa yang berlaku. ye, itu kelemahan aku.. aku tak boleh kena marah... kena tengking ..aku tahu lecturer aku marah bersebab.. tapi hati aku terlalu sentitif.. malam ni aku macam blurr.. tak dapat tangkap apa yang lecturer tu ajar.. mungkin sebab aku tengah demam. kepala aku pening.. rasa terpusing-pusing.. tapi aku gagahkan diri jugak untuk ke kelas ganti malam ni..
Hurm..tiba-tiba aku teringat peristiwa disekolah waktu dahulu.. cikgu marah aku menangis. cikgu marah aku menangis.. marah dengan nada yang tinggi.. aku lemah. aku terkejut. tangan aku pasti menggigil ,degupan jantung yang laju lalu air mata akan keluar.. tangisan yang senyap-senyap .sedu sedan yang tidak kedengaran !
Entah ! kenapa aku begini.. ? macam budak kecik.. come on la kau dah berumur 20 tahun sekarang. kenapa perlu bersikap kebudak-budakan macam zaman sekolah dulu ? aku tak dapat mengawal rasa sedih itu. sedih bila di marahi mungkin...aku nak berubah.
Cukup la Malaysia Idol yang pernah wujud zaman sekolah dulu..ejekan budak laki terhadap aku dek kerana aku suka menangis .konon-konon aku kalah bertanding dalam pertandingan menyanyi Malaysia Idol..
0 000 kuceng marie:
Post a Comment