Tuesday, August 28, 2012

Tutorial :Remove Facebook Timeline kepada old version [SocialReviver]

Assalamualaikum...

Dah lama tak buat tutorial. btw,hari ni ieyza nak share cara-cara camna nak tukar facebook korang yang dah menjadi Timeline tu ,yang agak serabut gilerrr tu kan .. 

nak tukar kepada old version .. tak la serabut sangat.. senang citer tak pening2.. serius ieyza tgk timeline rasa pening dan benci kat facebook. Haha..

Caranya mudah je... First korang klik sini --> KLIK
Then korang klik Install Now.. macam gambar kat bawah.

Pastu klik ADD..

lepas tu try la buka facebook then refresh...facebook dah x jadi timeline kan ?? ^_^
Kalau korang nak tukar balik kepada timeline, korang leh setting balik..

Klik kat Account kat facebook korang tu..
then, klik kat SocialReviver settings

pastu akan keluar macam ni...

nampak user Profile Layout ? 
ha tukar je la timeline kalau nak timeline balik.. OK..
Bye..

Saturday, August 18, 2012

Berlalunya Ramadhan , Menyusulnya Syawal..

Assalamualaikum...

Salam Aidilfitri..Minal Aidin Wal Faidzin

Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan yang mengenali diri ini mahupun yang tidal mengenali.. kepada rakan-rakan blogger dan juga readers blog ni. Selamat hari raya Aidilfitri..

Ku menyusun 10 jari agar diri ini dimaafi dari segala salah dan silap , kata-kata yang kurang  sopan, tersinggungkan mana-mana hati, dan segala yang tidak disengajakan..semoga diriku ini dimaafkan ye.. 0-0.. 

Sebulan sudah kita berpuasa, akhirnya Ramadhan berlalu pergi dan Syawal menyusul pula..Harap Ramadhan itu bukanlah Ramadhan terakhir bagi kita semua.. InsyaALLAH, kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.. ~


Akhir kata , Selamat Hari Raya Aidilfitri ..Maaf Zahir dan Batin !!

Pergi Pekan naik lori,
Lori dipandu apek cina,
Selamat hari raya Aidilfitri,
ikhlas dari Ieyza Afieyna ^_^

Sunday, August 12, 2012

Hafiz Hamidun Di Uitm Perlis

Assalamualaikum...

Korang kenal Hafiz Hamidun tak ? Mesti la kenal kan..artis nasyid popular.. ex kumpulan UNIC.. kalau nak tahu , aku adalah salah satu peminat beliau.. ce wah.. :D .. kalau korang minat mesti korang ada baca facebook / twitter dia yang dia mai Uitm Perlis semalam kan kan... ^_^

Yup ! Macam tak percaya . dulu-dulu dapat jumpa kumpulan nasyid In-team masa kat sekolah teknik Manjung waktu form 4 dulu.... semalam Hafiz Hamidun pulak .. wah.. ada didepan mata la... hehe.. tapi sedih tak dapat bergambar sebab ramai sangat.. dapat signature abang hafiz pun jadi lah.. yeah ! yeah !. *over la pulak :P

Semalam dia hanya sempat mengalunkan beberapa buah lagu beserta zikir sempena promotion album terbaru "Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun " Jualan semalam amat laris la jugak *baca kat fb dia :P .. aku tak beli pun, sebab duit dah kering.. -.-

Tak banyak pun gambar yang di ambil.. sebab orang berebut-rebut time ni nak mintak sign nature ..huhu .. yang ni pun nasib baik la aku kecik, so menyelit-nyelit la. akhirnya dapat duk depan sekaly,, muahaaheee.. ;P

maaf3 .. Handphone murah.. camera tak berquality :p

Muka riang lepas dapat sign nature.. haha :D
p/s: menghitung hari detik demi detik untuk pulang ke kampung :D

Saturday, August 11, 2012

Bicara Hati Kecil Ini....

Assalamualaikum...

           Kaki ku melangkah satu per satu menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik.. tanpa aku sedari air mata aku mengalir.. mengalir kerana masih mengenang kan peristiwa yang baru berlaku di kelas malam tadi.. -.- sampai je di bilik , rumates aku berkata " eh, apsal ko menangis ?? "

          "tak dalah .mana ada nangis" aku cuba selindung kan . "eleh, ko tak yah tipu la . ce citer kenapa ??"pertanyaan itu membuatkan bertambah laju air mata aku mengalir... 
          Aku masih terkejut . hati aku terkejut. terkejut dengan apa yang berlaku. ye, itu kelemahan aku.. aku tak boleh kena marah... kena tengking ..aku tahu lecturer aku marah bersebab.. tapi hati aku terlalu sentitif.. malam ni aku macam blurr.. tak dapat tangkap apa yang lecturer tu ajar.. mungkin sebab aku tengah demam. kepala aku pening.. rasa terpusing-pusing.. tapi aku gagahkan diri jugak untuk ke kelas ganti malam ni..

         Hurm..tiba-tiba aku teringat peristiwa disekolah waktu dahulu.. cikgu marah aku menangis. cikgu marah aku menangis.. marah dengan nada yang tinggi..  aku lemah. aku terkejut. tangan aku pasti menggigil ,degupan jantung yang laju lalu air mata akan keluar.. tangisan yang senyap-senyap .sedu sedan yang tidak kedengaran !
         Entah ! kenapa aku begini.. ? macam budak kecik.. come on la kau dah berumur 20 tahun sekarang. kenapa perlu bersikap kebudak-budakan macam zaman sekolah dulu ? aku tak dapat mengawal rasa sedih itu. sedih bila di marahi mungkin...aku nak berubah. 

          Cukup la Malaysia Idol yang pernah wujud zaman sekolah dulu..ejekan budak laki terhadap aku dek kerana aku suka menangis .konon-konon aku kalah bertanding dalam pertandingan menyanyi Malaysia Idol..

arghhh.. aku benci diri aku.. !!!! T_T

Sunday, August 5, 2012

Iftar di D'kontena Kafe Western Food

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan yang ke-16 :)

Alahai , sebenarnya semalam lagi nak update story nie.. tapi busy wat kerja.. so, terus tak ter-update .. semalam puasa yang ke 15 , baru lah berpeluang berbuka puasa di luar bersama-sama roomate.. kalau tak selalunya makan kat bilik jer.. 

Tekak ni rasa nak makan lain daripada yang lain, so semalam ajak la roomate berbuka kat luar.. so, semua setuju.. kami memilih untuk berbuka puasa di D'Kontena Kafe Western Food . Kafe ni terletak berhampiran dengan C-mart Arau,Perlis.

Dah namanya western food, confirm-confirm la macam-macam western food yang ada.. chicken chop, lamb chop , spaghetti , chicken blackpepper , prosperity burger , cheese burger dan lain-lain yang sungguh menyelerakan.. harga dia not bad la.. standard price... *terpromote pulak :D
pilih-pilih.. ada harga sekali tu :)

akan tetapi

cehh,,ade akan tetapi la pulak kan.. huhu..akan tetapi kami berbuka bukan lah order makanan western food tu semua,, kamu berbuka makan nasi je la.. nak jimat kan.. hehe.. menu yang kami order sudah semestinya feveret kami semua.. iaitu 

Nasi Putih + Tomyam + Telur Dadar = 3 set
Nasi Putih + Sup Tulang + Telur Dadar  = 1 set

kami 3 orang makan tomyam, yang lagi sorang makan sup tulang :) harga makanan nie sempena package bulan Ramadhan hanyalah RM7.50 each.. ok la tu kan... janji lepas kempunan nak berbuka kat luar.. hehe..

order skyjuice je.. HAHA :D *air termahal tau :P
note: Hari ni nak berbuka nak makan  apa ekk..  

Friday, August 3, 2012

Ganjaran Puasa Ramadhan..

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan yang ke 14 :)

          Seperti mana yang diketahui Ramadhan itu adalah bulan yang terbaik.. Di bulan Ramadhan bukanlah hanya berpuasa dengan menahan diri dari makan dan minum tetapi mengawal diri juga dari melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari..

         Di bulan Ramadhan begitu banyak pahala dan ganjaran yang boleh diperolehi melalui amalan-amalan sunat di bulan Ramadhan seperti solat Tarawikh dan sebagainya....

Antara ganjaran Puasa Ramadhan ialah :-

  • PINTU SYURGA DIBUKA, DITUTUP PINTU NERAKA
"Apabila telah tiba ramadhan,dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

  • DIAMPUNKAN SEGALA DOSANYA YANG LALU
"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." (Hadith riwayat An-Nasa'i)

  • PAHALA BERLIPAT GANDA
"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman "Kecuali Berpuasa,sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)

  • JAUH DARI API NERAKA
"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka(sejauh perjalanan) 70 tahun." (Hadith riwayat Al-Bukhari)

  • PERISAI DARI SIKSAAN
"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka." (Hadith riwayat Imam Ahmad)

  • BEROLEH 2 KEGEMBIRAAN
"...Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka , dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

  • DOA SANGAT MUSTAJAB
"Tiga doa yang sangat mustajab,doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." (Hadith riwayat Al-Bukhari,Ahmad dan Tirmidzi)

  • MASUK DALAM SYURGA
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorang pun selain mereka memasukinya..." (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Rancanglah Ramadhan anda dengan :-

     R - Ringankan tangan dengan sedekah
     A - Amalan berbelanja tanpa pembaziran
     M - Malam,jom solat tarawikh
     A - Ambil Ibrah dari Al-Quran
     D - Diam ubi berisi, diam kita berzikir
     H - Hidupkan malam dengan qiamulail
     A - Ambil pemakanan yang seimbang
     N - Niat ibadah 24 jam