Tuesday, February 11, 2014

Penerapan dan Pengecualian Credit(PC)..

Assalamualaikum...

Hai semua.... dah lama ieyza tak update blog kan..dah tak aktif macam dulu-dulu.. huhu..actually hari nie ieyza nak share sesuatu... seperti yang tertulis ditajuk utama :) dalam entry permohonan ijazah dan penerapan uitm ramai yang bertanya pasal nie... so, ieyza  rasa lebih baik ieyza tulis entry untuk share tentang nie dengan lebih detail based on apa yang ieyza tahu la..salah dan silap harap dimaafkan..hehe  ^_^

before tu sebelum terlupa ieyza nak gtau yang intake terbaru permohonan ijazah sarjana muda dan penerapan UiTM september 2014 telah pun dibuka..permohonan UiTM sehingga 31 MAC so. , apa tunggu lagi.. cepat-cepat pergi BSN untuk beli pin ye..Untuk permohonan Ijazah universiti lain boleh memohon dilaman web UPU atau directly  web official universiti tersebut...sebagai info tambahan, untuk adik-adik lepasan SPM permohonan UPU 2014 juga telah dibuka sehingga APRIL 2014 untuk permohonan diploma UiTM/LAIN-LAIN UNIVERSITI/POLITEKNIK boleh mohon melalui UPU di laman web http://upu.moe.gov.my/

OK, kembali kepada tajuk utama.. ada yang bertanya apa itu Penerapan ? siapa yang boleh mohon penerapan? macam mana nak mohon penerapan ? apa itu Pengecualian Credit (PC) ? apa syarat-syarat untuk buat PC nie.. ? Dokumen apa yang perlu dibawa masa buat PC? 

Apa itu penerapan ?

Penerapan tu adalah serapan pelajar yang dari universiti yang sama..contoh,, student diploma uitm yang nak sambung degree uitm boleh memohon penerapan..dengan kata lain,  ibarat sebelah kaki dh melangkah untuk potensi dapat offer tu, cuma sebelah kaki lagi based on our result..tak semua student yang mohon penerapan dapat sambung belajar..even ada yag kata mohon penerapan lebih selamat daripada nak mohon UPU..sebab ada syarat-syarat nya and akan dipertimbangkan permohonan kita base on pointer CGPA yang kita dapat..nak selamat jaga pointer 3.00 keatas.. insyaALLAH ada rezeki.. mana-mana universiti pun macam tue,, rasanya universiti lain ad juga penerpan tapi sekarang nak bincang pasal penerapan UiTM sahaja ye because ieyza student UiTM and UiTM dihatiku ..hoho :)

Siapa yan boleh mohon penerapan ?

Ada tiga jenis penerapan yang ieyza tahu.. 1st untuk Pra-Dip ke Diploma .yang nie ieyza tak tahu sangat..tak dapat la nak share:) 

2nd, untuk pelajar semester 3 Diploma korang leh wat penerapan untuk terus smbung degree tanpa perlu habiskan diploma korang tu..syarat CGPA 3.00 keatas. bila sambung degree maybe akan masuk Part 1 degree atau Part 2 terus after wat PC.. tapi pemohonan nie agak berisiko sikit,,sebab if takleh bawa susah lah.. basic pembelajaran kan masa diploma..takut ada culture shock ke..hehe..

3rd, untuk pelajar semester akhir diploma.masa korang Part 6 atau pun part 5 bagi sesetengah course tu..pendek citer time korang last sem la..permohanan dibuat melalui student portal jer..tak perlu isi result sem5..sebab semua maklumat dah ada dalam system.. korang just isi maklumat diri korang yang perlu diupdate dan diberi 4 pilihan course yang korang nak pilih... untuk menjimatkan masa penat lelah dah belajar time diploma dulu dan dah ada basic korang belajar tu kan better mohon course yg dari faculty yang sama time korang diploma.. contoh faculty business mohon faculty business , and etc.. sebab bila mohon dari faculty yang sama korang leh buat pengecualian credit(pc) untuk banyak subject kalau dari berlainan faculty maybe sikit je leh transfer..

Macam mana mohon penerapan ?

segala maklumat boleh tengak laman web http://online.uitm.edu.my/.. untuk permohonan dibuat melalui student portal.. click pada application for continuation of studies..masukkan no pin bsn tu..kemaskini leh dibuat 3 kali je tau.. :)

Apa itu pengecualian credit(PC) ?

Pengecualian credit(PC) ialah transfer kredit untuk  subject yang dah ambik masa diploma..biasanya beberapa subject yang korang penah amik time diploma akan belajar balik untuk part 1 n part 2 degree.. so, bila korang dah amik time diploma tak payah amik dah time degree..sebab tu kena buat PC..then leh terus ke sem 3 atau sem 2 ..depend pada course korang ye.. macam ieyza dari faculty business ke faculty business gak..terus sem 3.. so, only 2 years for degree, 3 sem belajar 1 sem praktikal(kalau takde sngkut.hehe)...kalau dari berlainan faculty maybe sikit je leh transfer..and mungkin korang akan bermula sem 1 degree atau sem 2 degree..tapi ade syarat untuk subject berkaitan iaitu sekurang-kurangnya kena dapat B.. sebagai contoh kalau masa diploma dah amik Introduction Human Resourse(HR)  bila sambung degree dalam HR nak buat PC subject tu sekurangnya dapat B.kalau dapat B-, C+, C suject tu kena amik balik time degree..kalau sambung degree Finance subject untuk finance kena dapat B ke atas .. dan degree ang lain-lain.. subject basic tu yang kena dapat B ke atas..untuk subject lain contoh : CTU, KOKO,3rd language, business law, BEL n lain-lain dapat c pun xpe.. leh wat PC :) *Faculty lain ieyza tak tahu subject korang..sory ye.tapi lebih kurang je.. ^_^ 

Bila nk kena buat PC?apa yang perlu dibawa ?

Bila nak buat ek ? time korang dah masuk degree lah.. maybe masa first week tu semua akan selesai.. depend uitm campus korang..masa ieyza kat uitm perlis..lecturer yang wat notis nak buat bile..ikut falculty dengan lecturer2 faculty tue.. kitorang kumpul kat dewan kuliah , lecturer gtau macam mana nak tulis and cara-cara isi borang tu.. nanti ade la sedikit taklimat..korang jangan risau ye.. tapi ape yang penting korang kena bawa transkrip korang untuk dikepilkan bersama borang tu nanti.. gambar ukuran passport  pun perlu :) lagi satu jangan lupa bawa pen masing-masing..hehe *ok xlawak -.-

ok, setakat nie je yang ieyza dapat share dengan korang.. kalau ada ape2 pertanyaan just komen or pm kat fb.. kalau ieyza tahu, ieyza akan jawab ape yang korang tanya tue ye.. ok.. bye.. adios..~

Monday, December 23, 2013

kemerepekan akibat kestressan -.-

Assalamualaikum...

Hurm..dah lama tak update blog.. kemalasan melanda + dah tak berapa minat dah berblog..tak macam dulu-dulu..aktif kemain.. haha.. :D

btw, now aku tengah cuti study week.. so ade masa terluang sikit la..sikit je la..nie pun curi masa study.. huhu final bermula 30hb nie.. serius! degree memang bz..aku rasa macam tak da banyak masa terluang macam time diploma dulu.. dulu diploma boleh la enjoy2.. tapi now zaman degree, sekali assigment datang..gedebukk banyak terus..

and yang paling aku tak boleh terima, aku punya jadual final exam nie.. gap tak banyak.. cuti study week hanya seminggu pastu kena cover semua subject.. kalau time diploma sulu ada gap untuk satu subject ke subject yang len dalam beberapa hari..paling tak pun gap 2 hari macam tu.. tapi sekarang ? 30hb dec ade paper, pastu gap 2hari, then direct 3hb,4hb,6hb,7hb ade paper.. orang kata degree memang macam ni..
dah la subject membaca yang aku memang lemah ar bab membaca ni.. haha.. sebab memang sejak dari sekolah g, otak aku lebih aktif untuk kira2.. tibe2 time degree memang lah semua subject membaca.. 2 je subject mengira.. aish..entah lah.. sebb untuk orang macam aku, bila bab baca membaca nie perlu mengambil masa yang lama untuk mengcover semua chapter untuk 1 subject tue..-.-

nie bayang kan ,sempat ke 1 subject amik masa dua hari untuk cover sampai 12 chapter?? arghhhh.......tension..!! rasa nak nangis pun ada.. time test n quiz pun yang hanya masuk 5 chpter pun diberi masa 3,4 hari tak hbis cover..nie macam mana masuk semua chapter kowt !

aku tahu, alasan nie semua tak masuk akal.. orang lain boleh je kenapa aku rasa aku tak boleh kan..entah la.. aku cuba.. cuba untuk menjadi macam orang lain.. jangan jadikan sebab hal yang remeh macam tu nak give up kan.. sekurang-kurang nya kalo tak leh score A, at least lulus pun ckup la.. 

then, sekarang aku pun tengah confius sama ada nak teruskan niat aku di awal2 dulu atau x.. niat aku nak quit degree ni la.. aku fikir nak cari keja terus cuti sem ni..tapi aku jadi tak sanggup nak kecewakan mak aku..bila aku gtau hasrat aku tue.. mak cakap" mak tak nak tengak anak-anak mak susah..cukup la mak penah rasa susah sebelum nie" sumpah.. aku nangis baca mesej mak tue.. tapi entahlah..

aku masih confius, dan berdoa agar ALLAH tunjuk kan aku jalan untuk aku dan beri rezeki yang terbaik.. dan paling tak sangka sedang aku dok mencari-cari kerja.. dok search internet, mohon sana-sini kat jobstreet tue, aku tak sangka aku dapat temuduga SPA.,, alhamdulillah lah, kalau dapat kerja kerajaan boleh la aku teruskan niat aku untuk quit..  aku dapat jawatan Penyelia Asrama N17

aku pun confius nak pergi ke x interview nie.. tapi aku rasa nak pergi kowt.. dapat ,xdpat lain cerita kan.. yang penting aku mencuba.. btw, interview tu 9hb jan nie.. memang aku tengah ada kat rumah pun...ok,lah aku nak sambung study..TATA