Friday, January 11, 2013

Permohonan ke Ijazah Sarjana Muda & Penerapan semester akhir UiTM ambilan September 2013 ..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...

Kepada semua pelajar diploma semester akhir , permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda untuk pengambilan bulan September adalah telah dibuka pada 7 January 2013 sehingga 15 April 2013.. permohonan boleh la dibuat melalui laman web upu..klik image dibawah..

*lepasan SPM /STPM/STAM/MATRIK /ASASI juga boleh memohon di laman web ini..
Sebelum itu anda perlu membeli terlebih dahulu no pin dari BSN sebelum membuat permohonan.. melalui permohonan ini pelajar boleh memohon mana-mana universiti pilihan yang tersenarai didalam laman web tersebut.. tetapi jika anda adalah student UiTM adalah sangat-sangat rugi jika anda memohon universiti lain selain uitm..

Ini kerana pelajar uitm diberi keistimewaan untuk memohon program penerapan yang mana terdapat pengecualian kredit untuk terus ke semester tiga ijazah.. sangat beruntung disitu ye.. hanya belajar 1 tahun setengah atau 2 tahun sahaja.. dan semester akhir pulak praktikal.

tetapi permohonan penerapan perlulah dari fakulti yang sama semasa korang diperingkat diploma..kalau anda berhasrat untuk bertukar fakulti ,tiada pengecualian kredit dan anda akan belajar dari awal semula iaitu dari semester 1 yang mengambil masa 3,4 tahun untuk menamatkan ijazah korang !

so,fikir-fikir la ye.. ^_^

Permohanan untuk program penerapan pula adalah bermula pada 14 January 2013 sehingga 31 Mac 2013..anda juga perlu membeli no pin di BSN untuk membuat permohonan..sila klik image dibawah untuk membuat permohonan..


 TETAPI pembelian no pin tu harus lah pada atau selepas 14 Januari 2013 ..Kalau dah beli no pin tu sebelum 14 January 2013 adalah tidak sah untuk permohonan ini..dan anda perlu nyatakan untuk Program Penerapan semasa pembelian no. Slip di BSN..sebab no pin adalah berbeza dengan permohonan di web upu..

#Program penerapan ini adalah untuk pelajar UiTM sahaja..Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT selain UiTM adalah TIDAK DIBENARKAN..

#UPDATE : PERMOHONAN IJAZAH SARJANA MUDA UITM INTAKE MARCH 2014
LATEST UPDATE: PENERAPAN DAN PENGECUALIAN CREDIT(PC)

Tuesday, January 8, 2013

Contest Blog Paling Cantik 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...

wink3 ^^ .. Join contest.. lama dah tak join contest.. Aku join contest nie bukan sebab aku perasan yang blog aku nie cantik atau paling cantik.. saja sekadar mencuba nasib *dalam hati cakap blog aku memang tak cantik tapi comel :p* HAHA .. Mana tau kowt ada rezeki lagi .. macam yang nie... hehe ~ 
klik banner untuk join :)
Syarat-syarat penyertaan sangat mudah.. serta dengan hadiah yang menarik !!
Tarikh Tutup : 30 January 2013