Tuesday, February 11, 2014

Penerapan dan Pengecualian Credit(PC)..

Assalamualaikum...

Hai semua.... dah lama ieyza tak update blog kan..dah tak aktif macam dulu-dulu.. huhu..actually hari nie ieyza nak share sesuatu... seperti yang tertulis ditajuk utama :) dalam entry permohonan ijazah dan penerapan uitm ramai yang bertanya pasal nie... so, ieyza  rasa lebih baik ieyza tulis entry untuk share tentang nie dengan lebih detail based on apa yang ieyza tahu la..salah dan silap harap dimaafkan..hehe  ^_^

before tu sebelum terlupa ieyza nak gtau yang intake terbaru permohonan ijazah sarjana muda dan penerapan UiTM september 2014 telah pun dibuka..permohonan UiTM sehingga 31 MAC so. , apa tunggu lagi.. cepat-cepat pergi BSN untuk beli pin ye..Untuk permohonan Ijazah universiti lain boleh memohon dilaman web UPU atau directly  web official universiti tersebut...sebagai info tambahan, untuk adik-adik lepasan SPM permohonan UPU 2014 juga telah dibuka sehingga APRIL 2014 untuk permohonan diploma UiTM/LAIN-LAIN UNIVERSITI/POLITEKNIK boleh mohon melalui UPU di laman web http://upu.moe.gov.my/

OK, kembali kepada tajuk utama.. ada yang bertanya apa itu Penerapan ? siapa yang boleh mohon penerapan? macam mana nak mohon penerapan ? apa itu Pengecualian Credit (PC) ? apa syarat-syarat untuk buat PC nie.. ? Dokumen apa yang perlu dibawa masa buat PC? 

Apa itu penerapan ?

Penerapan tu adalah serapan pelajar yang dari universiti yang sama..contoh,, student diploma uitm yang nak sambung degree uitm boleh memohon penerapan..dengan kata lain,  ibarat sebelah kaki dh melangkah untuk potensi dapat offer tu, cuma sebelah kaki lagi based on our result..tak semua student yang mohon penerapan dapat sambung belajar..even ada yag kata mohon penerapan lebih selamat daripada nak mohon UPU..sebab ada syarat-syarat nya and akan dipertimbangkan permohonan kita base on pointer CGPA yang kita dapat..nak selamat jaga pointer 3.00 keatas.. insyaALLAH ada rezeki.. mana-mana universiti pun macam tue,, rasanya universiti lain ad juga penerpan tapi sekarang nak bincang pasal penerapan UiTM sahaja ye because ieyza student UiTM and UiTM dihatiku ..hoho :)

Siapa yan boleh mohon penerapan ?

Ada tiga jenis penerapan yang ieyza tahu.. 1st untuk Pra-Dip ke Diploma .yang nie ieyza tak tahu sangat..tak dapat la nak share:) 

2nd, untuk pelajar semester 3 Diploma korang leh wat penerapan untuk terus smbung degree tanpa perlu habiskan diploma korang tu..syarat CGPA 3.00 keatas. bila sambung degree maybe akan masuk Part 1 degree atau Part 2 terus after wat PC.. tapi pemohonan nie agak berisiko sikit,,sebab if takleh bawa susah lah.. basic pembelajaran kan masa diploma..takut ada culture shock ke..hehe..

3rd, untuk pelajar semester akhir diploma.masa korang Part 6 atau pun part 5 bagi sesetengah course tu..pendek citer time korang last sem la..permohanan dibuat melalui student portal jer..tak perlu isi result sem5..sebab semua maklumat dah ada dalam system.. korang just isi maklumat diri korang yang perlu diupdate dan diberi 4 pilihan course yang korang nak pilih... untuk menjimatkan masa penat lelah dah belajar time diploma dulu dan dah ada basic korang belajar tu kan better mohon course yg dari faculty yang sama time korang diploma.. contoh faculty business mohon faculty business , and etc.. sebab bila mohon dari faculty yang sama korang leh buat pengecualian credit(pc) untuk banyak subject kalau dari berlainan faculty maybe sikit je leh transfer..

Macam mana mohon penerapan ?

segala maklumat boleh tengak laman web http://online.uitm.edu.my/.. untuk permohonan dibuat melalui student portal.. click pada application for continuation of studies..masukkan no pin bsn tu..kemaskini leh dibuat 3 kali je tau.. :)

Apa itu pengecualian credit(PC) ?

Pengecualian credit(PC) ialah transfer kredit untuk  subject yang dah ambik masa diploma..biasanya beberapa subject yang korang penah amik time diploma akan belajar balik untuk part 1 n part 2 degree.. so, bila korang dah amik time diploma tak payah amik dah time degree..sebab tu kena buat PC..then leh terus ke sem 3 atau sem 2 ..depend pada course korang ye.. macam ieyza dari faculty business ke faculty business gak..terus sem 3.. so, only 2 years for degree, 3 sem belajar 1 sem praktikal(kalau takde sngkut.hehe)...kalau dari berlainan faculty maybe sikit je leh transfer..and mungkin korang akan bermula sem 1 degree atau sem 2 degree..tapi ade syarat untuk subject berkaitan iaitu sekurang-kurangnya kena dapat B.. sebagai contoh kalau masa diploma dah amik Introduction Human Resourse(HR)  bila sambung degree dalam HR nak buat PC subject tu sekurangnya dapat B.kalau dapat B-, C+, C suject tu kena amik balik time degree..kalau sambung degree Finance subject untuk finance kena dapat B ke atas .. dan degree ang lain-lain.. subject basic tu yang kena dapat B ke atas..untuk subject lain contoh : CTU, KOKO,3rd language, business law, BEL n lain-lain dapat c pun xpe.. leh wat PC :) *Faculty lain ieyza tak tahu subject korang..sory ye.tapi lebih kurang je.. ^_^ 

Bila nk kena buat PC?apa yang perlu dibawa ?

Bila nak buat ek ? time korang dah masuk degree lah.. maybe masa first week tu semua akan selesai.. depend uitm campus korang..masa ieyza kat uitm perlis..lecturer yang wat notis nak buat bile..ikut falculty dengan lecturer2 faculty tue.. kitorang kumpul kat dewan kuliah , lecturer gtau macam mana nak tulis and cara-cara isi borang tu.. nanti ade la sedikit taklimat..korang jangan risau ye.. tapi ape yang penting korang kena bawa transkrip korang untuk dikepilkan bersama borang tu nanti.. gambar ukuran passport  pun perlu :) lagi satu jangan lupa bawa pen masing-masing..hehe *ok xlawak -.-

ok, setakat nie je yang ieyza dapat share dengan korang.. kalau ada ape2 pertanyaan just komen or pm kat fb.. kalau ieyza tahu, ieyza akan jawab ape yang korang tanya tue ye.. ok.. bye.. adios..~

68 000 kuceng marie:

Atish Hashim said...

very helping la ieza !! happy sangat, sebab dapat sambung Shah Alam untuk bulan mac ni... sana lagi la kene urus everything sendiri and risau tak tahu nak buat mcm mana pengecualian kredit ni... :)

Anonymous said...

kita kena daftar kos dlu or tunggu buat pc dlu?

Ieyza Afieyna said...

@Anonymous
buaj pc dlu :)

eintan nurfuzie said...

ooo... :)

misswhite said...

Salam. Ieyza nak tanye skrg uitm ad buka lg ke penerapan dari diploma sem 3 uitm ke degree terus? Klu ad still kene beli nom pin and daftar bagai ke? Mohon pencerahan. Thanks. ^^

misswhite said...
This comment has been removed by the author.
Ieyza Afieyna said...

@misswhite

wsalam dear.. sethu iza, penerapan untk sem 3 dip ke degree msih ada.. lpas result sem 3, untk pointer 3.00 above student yg layak akan dpt msj dri uitm offer nie..kalu rasa berminat,leh la bli no pin,and apply kt web uitm ;)

Gudluck !

Nauzdir Nashi said...

nak tanya, dah isi penerapan kena buat apa lagi..? ada fasa2 jugak ke, mcm fasa 1 dah isi aritu, then fasa 2 isi result every sem? ke just lepas isi yg sampai 4 course tu just tunggu result?

Nauzdir Nashi said...

nak tanya, dah isi penerapan kena buat apa lagi..? ada fasa2 jugak ke, mcm fasa 1 dah isi aritu, then fasa 2 isi result every sem? ke just lepas isi yg sampai 4 course tu just tunggu result?

Ieyza Afieyna said...

@Nauzdir Nashi

xde ape dah.. just tuggu result je la keluar nnti :) result dalm bulan julai mcm tue untuk intake september :)

Anonymous said...

kalau contoh lmbat ambil muet ada fasa 2 ke untuk kemaskini muet dalam penerapan? dan adakah muet diwjibkan untuk penerapan? bolehke ambil muet bila sudah sambung blajar?

Ieyza Afieyna said...

@Anonymous

mulai intake september 2014, pelajar diwajibkan untuk ambil MUET..sama seperti syarat untuk permohonan UPU..wajib untuk ambil MUET terlebih dahulu.. jika tidak permohonan akan ditolak..

Anonymous said...

ye ke kalau ambil muet bulan mac dan blum mndapat kputusan mcm mana ya? ada fasa 2 x untuk kemaskini? sbb skrg ni pun muet dah dpt tpi x bleh nk bkk student portal untuk kemaskini

Anonymous said...

Aslkum. saya ada masalah. Saya baru saja tamatkan final exam diploma uitm in business studies pada april yang lalu. Tapi bulan jan hari tu, saya terlepas untuk mohon penerapan. Jadi macam mana saya nak sambung degree saya ke uitm ye? Ada tak permohonan degree untuk 2intake? Kalau ada bila tarikhnya ya? Saya harap ieyza afieyna dapat bantu saya sebab saya dah pening sekarang ni.

Ieyza Afieyna said...

@Anonymous

2nd intake ade pada bulan march nanti.. permohonan leh dibuat pada bulan 10 @ 11 macam tue.. lepas nie rjin2 la tgk kt web uitm tu ye.. nnti terlepas lagi.. :)

gudluck..

Anonymous said...

Cgpa saya 3.02.. Penerapan.. Still x dpt.. :(
Cgpa saya ckup kuat x nk fight during rayuan..

Neerza Kip'Lee said...

nak tnya, macam mana nak register subjek untuk pelajar penerapan? kat dalam student portal subjek yg di sediakan hnya untuk pelajar sem 1.

Neerza Kip'Lee said...

nak tanya macam mana nak register subjek untuk pelajar penerapan? bila bukak dalam srudent portal, subject yg appear sume subject sem 1. mcm mane tuh?

Anonymous said...

Ieyza tumpang tanya. Berapa banyak ek salinan transkrip semua tu diperlukan/

Anonymous said...

saya bljr dkt dungun dulu, pahtu bakal sambung degree di penang, transkrip diploma boleh ambil dkt s.alam x?

Ieyza Afieyna said...

@Anonymous

cuba je buat rayuan.. mana tau ade rezeki sape tahu kan.. gudluck ye..

Ieyza Afieyna said...

@Neerza Kip'Lee

jangan daftar lagi.. tgu after buat pengecualian kredit dulu..

Ieyza Afieyna said...

@Anonymous

tak silap saya dalam 3 macam tu.. tapi apa salahnya awak sediakan lebih salinan kan.. :)

Ieyza Afieyna said...

@Anonymous

yang tu saya tak sure.. cuba tnya kat pentadbiran.. tapi b4 nie kawan saya dapr uitm gak.. tpi still kena amik transkrip tu kat uitm masa diploma tu..

Neerza Kip'Lee said...

Okay.thank you reply. :)

syauqina mahamad said...

Assalammualaikum. akak, boleh terang lagi detail tak pasal penerapan dari sem 3 diploma ke degree ?

Ieyza Afieyna said...

@syauqina mahamad

wasalam.. untuk penerapan sem 3 diploma ke degree nie akk xberapa nak tahu.. cuma yg akk tahu, akan ada jugak buat pengecualian kredit untuk subject yg dah diambil.. korang maybe akan masuk terus part 2 atau pun part 1..

panChenta speaCial said...

thanks.. sangat membantu. sy bru plan nak tukar u sbb rasa sush nak go through dengan surrounding d uitm *ni*.. sbb sy rasa lama sangat utk habiskan study. tapi since ada yg penerapan tu, thanks a lot, i ll try my best utk smbung degree tnpa dip part 4 n 5.. meaning nya start dri part 3. eh, btul tak pemahaman sy tu? hehe.. thanks a lot

Ieyza Afieyna said...

@panChenta speaCial kalau untuk penerapan diploma part 3, untuk sambung degree akan start dari part 1 degree or ade stengah cos part 2.. so part 4,5,6 diploma tu skip la.. but kalo penerapan diploma..means dah complete diploma kalau smbung degree akan wat PC untuk jump terus ke sem 3 untuk faculty yg sama or part 1@ 2 faculty yg berlainan.. depend keadaan and syarat yg ditetapkan :)

Nur Azyan Baharudin said...

hai nak tanya. utk buat PC tu kena dptkan silibus yang kita belajar dr part! until part6 diploma.I dr uitm nak tukar ke ipts. how to get that syllabus? perlukan all the syllabus not just a transcript. how to get that?

Ieyza Afieyna said...

@Nur Azyan Baharudin

guna transkip je pun bole..

Anonymous said...

Berapa syarat pointer diploma dari UITM kalau nak smbung Degree course yg sama kat UITM ?

Ieyza Afieyna said...

@Anonymous

minimum m pointer 3.00 ke atas. tapi ikut merit n kuata jugak..

Syafeqa Piqa said...

Assalamualaikum, kak Ieyza. Saye nak tanya. Kalau penerapan for sem 3 tu ada muet jugak ehh?

Ieyza Afieyna said...

@Syafeqa Piqa

wasalam.. yg tu tak sure la.. tapi rase nye tak pe kowt.. tpi b4 grad kena amik la muet tu :)

Lyiana Annelyea said...

Assalam, saya nak tanya, kalau dah mohon penerapan & dapat, permohonan UPU kita nanti dah x dapat lagi lah ye?

nsa(~~) said...

assalam nak tanya.kalau penerapan pon ada mds jugak ke? hehe.thankyou

Ieyza Afieyna said...

@nsa(~~)

xde MDS hee.. masuk pun bukan seminggu awal mcm intake baru.. masuk same trikh dgn student lama :)

Ieyza Afieyna said...

@Lyiana Annelyea

bole je dapat dua2.. klo UPU tu mohon U lain.. ade rezeki dapat la :)

Anonymous said...

Saya pelajar lepasan stpm 2013..Nov 2014 saya dpt twrn khas dr uitm untuk sambg diploma..adkh twrn khas itu bermksd saya akan diserap terus ke degree sekiranya dpt 3 pointer above...

fatin shahira razali said...

Sis.. Masa dip dlu sye ad amk introduction to account.. Then mase degree pon sye tgok ad lgi introduction to acc.. Still ke amk ke? Sye dpt degree in pentadbiran korporat,, sye punye rsult untk account tu b-.. So mcmne sis

fatin shahira razali said...

Salam sis.. Sye dpt degree in pentadbiran korporat.. Then mase blaja dekt dip dlu.. Sye ada amk introduction to account.. Pastu bile tgok dekt degree, still adaa introduction to account.. So kne amk lagi ? Sye punye gred b-? So mcmne?? Hmmm

ara masturah said...

Salam akak @ieyza afieyna sy br dpt tawaran sebagai pelajar serapan pd awal bulan 3 ni, blh sy tau proses2 y sy perlu buat sebelum dftr sebagi cth med check up, bayar yuran( dekat akaun ape ye), selain tu apa lg y sy perlu buat ye. Sy tgh konpius, harap tlg jawab ye. Terima kasih

ara masturah said...

Salam akak @ ieyza afieyna sy br dpt surat tawaran utk serapan bulan 3 ni blh sy tau proses2 dan dokumen y sy perlu sebelum dftr cth med check up n bayar yuran( dekat akaun spe dan bpe amount), tarikh daftar pelajar lama adalah 2/3 jd pd tarikh tu la sy kena dftr kan?. Sy harap sngt2 akak akan tlg jwb sbb sy dh konpius sngt dh. Terim kasih kak

Ieyza Afieyna said...

@Anonymous

awak pelajar stpm kenp mohon diploma ye ? septutnya awak leh trus apply untuk dgree.. btw, if dapat diploma, untuk masuk degree guna result part 3 nnti la.. if above 3.00 leh wat penerapan.. untuk masuk part 1 degree:)

Ieyza Afieyna said...

@fatin shahira razali

wasalam..kalu core subject yup, if dpt result below than b kene repeat blik masa degree walaupun dah amik subject tu.. tapi klo subject biasa xpyah repeat.. untuk corse awak sye tak pasti..

Ieyza Afieyna said...

@ara masturah

ye, kna wat medical check up siap2.. pergi kat mane2 hospital atau klinik kesihatan.. yuran pun kena byar b4 daftar.. sis pgi bank islam nnti, gtau pekerja kat ctu.. dftr 2 hb 3 tu.. xde oreintasi pun..

ara masturah said...

@ieyza afieyna. Tq so much akak.

Anonymous said...

sy dah baca ..maknanya penerapan x ada mds(orentasi) lah ya???sbb sy pening sgt..21 bulan 2 ni..ckp daftar kolej orentasi semua..tapi tgk kat daftar kolej..28 untuk penerapan..so x adalah mds ya.maknanya msuk 28 lah ni??2 bulan 3 masuk kuliah??betul ker??peninglah

Ieyza Afieyna said...

@Anonymous

aah.. penerapan xde mds.. ikut tarikh dlm surat twaran.. kalau 2 hb start kuliah.. 28 feb @ 1 feb leh dtg dah.. untuk uruskan kolej n len2 :) better dtg sbtu la..

Mrs Oh said...

salam kak ieyza. saya nak tanya, borang pc tu nak dapat kat mana? kita kena print sendiri atau akan diberi? thanks in advance (:

rinrin said...

actually, i pon dpt degree HR. just wanna ask u, HR ni susah tak? hehe

Anonymous said...

Salam, nk tnya... Sy hbis study diploma october 2014.. Klau sy nk apply degree september 2015 dlm course yg sama sy still dpt pengecualian credit x? Kena apply melalui upu ke..?

Ieyza Afieyna said...

@Mrs Oh

borng tu akan diberi masa sesi taklimat untuk buat pengecualian tu.. tu macm kat uitm perlis la.. but kalau uitm awak xde wat taklimat awak boleh berjumpa dengan KP.

Ieyza Afieyna said...

@rinrin

Actually xde la susah sgt.. tapi ade gak subject yg susah.. normal la tu.. kna bnyak membaca.. kalu minat membaca its ok la.. kalo minat mengira, kena rajinkan membaca gak la.. hee

Ieyza Afieyna said...

@Anonymous

yup.. still bole je wat pengencualian kalau lepas syrat yg ditetapkan.. apply kat web uitm je.. www.online.uitm.edu.my

Anonymous said...

Assalamualaikum sis. Saya nak tanya, pengecualian kredit ni kene dari coarse yg sama jugak ke? Ke hanya dari fakulti yg sma? Dan saya nak tanya juga kalau sis tahu, uitm atau uni lain ada ke pengecualian kredit untuk sambung degree (sama fakulti) ke uni luar negara? Terima kasih ;))

lan todak said...

Kalau nak pc dri ums ke uitm boleh ke sis?

AYuNG said...

dtg cr info cni...

thanks=)

Anonymous said...

Hai..ieyza..blh sy brtnya sukar ke utk tukar. course n fakulti..utk permohonan penerapan..sdgkn sy tanda utk permohanan tidak mahu mnerima twaran lain.jd 3 jelah kursus y sy pilih..peratusan utk dpt tu ada ke?pointer sy gpa 3.7lebih..cgpa 3.5lbh..utk dip sy kursus seni halus..skrg nk tkr seni kulinari..

Anonymous said...

kak, kasi link fb akak bole? saya ada byk soalan yg nak ditanyakan kat akk.

Anonymous said...

Salam akak, saya nak tanya..kawan saya dari politeknik amik kos dip kesetiausahaan boleh ke nak buat PC klo sambung deg office management di uitm? And satu lagi..saya plak dr kos biz study uitm nak smbung office management boleh ke buat PC? Tq

Nurul Farhana said...

Salam. Saya nak tanya something. Kalau saya lepasan dip culinary then saya apply sambung degree. Culinary jugak. Fyi, saya tak apply penerapan sebab syarat tak lepas, saya takde muet lagi waktu tu. Tapi alhamdulillah diberikan rezeki untuk sambung belajar this upcoming September. Degree culinary jugak. Jadinya, saya still akan belajar dari sem 1 laa ye sebab intake degree dengan intake penerapan lain kann?

Nurul Farhana said...

Salam. Saya nak tanya something. Kalau saya lepasan dip culinary then saya apply sambung degree. Culinary jugak. Fyi, saya tak apply penerapan sebab syarat tak lepas, saya takde muet lagi waktu tu. Tapi alhamdulillah diberikan rezeki untuk sambung belajar this upcoming September. Degree culinary jugak. Jadinya, saya still akan belajar dari sem 1 laa ye sebab intake degree dengan intake penerapan lain kann?

adibah debot said...

Salam nk tnya. Kelas kita pilih sendiri or Uitm pilihkn ?

cik belbel said...

Nak tanya lah kalau contoh dulu cikbelbel amek banking and smbung hr subject banyak tak transfer? Subject tu kene dapat B ea baru boleh transfer?

Anonymous said...

Salam. Saya akan masuk penerapan degree uitm hujung bulan 2 ni. Prosedur sama macam masuk diploma dulu ke? Kena buat medical check up semula?

Anonymous said...

salam nak tanya . pds itu apa ? and untuk apa