Monday, April 22, 2013

Coretan Di April Ini...

Assalamualaikum...

Lama nya aku tak update blog.. mungkin sebab masalah kemalasan yang teramat melanda.. HAHA..macam-macam aku nak coretkan disini.. yang penting je la. sebagai kenangan buat suatu hati nanti...huhu..

FINAL EXAM
 Story pasal exam.. alhamdulillah final exam dah tamat.. bermula 27 March sampai lah 12 April..semuanya okey..maka dah tamat lah perjuangan aku sebagai student Diploma In Banking selama 3 tahun nie.. sekarang tengah tunggu result keluar je 9 Mei nie.. harap semuanya baik2 saja.. ^_^

INTERVIEW SPA
Entry bertarikh 20 march yang aku post dulu mengenai panggilan interview SPA yang aku dapat. Masalah tarikh yang aku hadapi settle.sebab aku dapat tukar tarikh.. aku pergi interview tu pada 8 April.. Pengalaman yang aku rasa beri impact jugak la. so far dapat la gak jawab apa yang interviewer tu tanya.. Tarikh Result SPA nie keluar 20 Mei ! hurm harap-harap rezeki ada nak bekerja sebagai penjawat awam. AMIN..

soalan apa yang dia tanya ? macam -macam lah. first2 dia suh perkenalkan diri dalam bahasa inggeris. AYOYO.. terkejut aku. so, berspeaking la aku.. yang lain-lain dia tanya pasal keluarga, pasal kerja tu, skop gaji, then yang aku rasa down bila orang tu tanya pasal DASAR-DASAR KERAJAAN dan sila explain.. nie yang terus jadi lemah ckit. haha.. Pastu dia tanya isu semasa.. itu je :)) 

Happy 2nd Second Anniversary ^^
Alhamdulillah.. tak sangka hubungan aku dengan dia dah mencecah 2 tahun lamanya. mungkin bagi orang lain tak lama.. tapi bagi aku ia cukup lama untuk aku mengenali dia.. semoga hubungan ini kekal dan menjadi yang halal suatu hari nanti..

to him :-
Happy 2nd anniversary for our relationship. Thank for being some part in my life. Hope our relationship till the end. We just plan but Allah is decide on fate. Honestly, i'm happy with you. you're different of man that i have meet. You accept me who i am and i too accept you who you're. You was change my life totally. You always patient with me that sometime like childish. You're never tired to persuade me when I'm angry and sulk. Thank for everything! ♥ ♥ ♥ - copy dari FB aku :PP

Interview operator kilang
okey. ini yang semangat nak story. bila dah habis belajar mesti lah nak cari keje ye dak ? so, sementara result tak kuar ni aku pun p la tinjau-tinjau merata-rata mencari kerja kosong.. tapi tiba-tiba aku rasa terminat nak kerja kilang lak. al-maklum la gaji dia boleh tahan tapi penat jer. ala semua kerja penat kan ! so, aku pun p la dengan kawan aku try mintak kerja kat kilang Unisem ipoh sebagai operator..

Mula-mula dia bagi ujian ,, ujian bertulis. gilerr.. senang je ujian dia.. soklan macam matematik darjah 6 je aku tengak. tambah, tolak, bahagi , darab, perpuluhan ! pastu soalan pemahaman yang jawapan dia ada dalam petikan. pastu perbezaan gambar rajah. kenapa begitu ye ?? 

Dah settle 2 ujian, pergi buat medical checkup . urine test. -.- masa timbang berat . seronok nye. berat dah naik. HAHA.. pastu BMI pun dah hampir normal . ngeee ~

Lepas settle, sesi temuduga... tapi aku terpaksa tipu yang aku ada SPM je. sebab sapa-sapa yang cakap dia ada Dip nak jadi operator dorang taknak terima.. tipu sunat tak pa kowt kan.. huhu,,so, kakak cantekk tu kata minggu depan dia kowl untuk panggil kerja.. so tunggu ler.. kalau dia kowl, maka jadi minah kilang larh aku!

Happy Birthday MR. N
Tanggal 20 April , genaplah umur beliau 21 tahun !! HAHA.. happy birthday ye.. somga panjang umur dan di murahkan rezeki. Amin.. semoga hidup diberkati ALLAH.. i love you.. >.< tak dapat jumpa.. kami terpisah.. saya disini dia disinun... insyaALLAH nanti kita jumpa ek.. takpe jarang jumpa pun. janji tak lost contact kan... 

END.BYE

5 000 kuceng marie:

cik lebah said...

good luck utk keputusan awak ye =)

Unknown said...

wish u luck kak :)
done ! http://ayundaibtisam.blogspot.com/

Anonymous said...

gud luck utk semuanya..hihihi

wahhh hati munge2 la..hihi

Anonymous said...

dalam senyap2, habis smua dirangkum 1 entry.hihihi anyway gud luck for ur life k.

nuramila said...

Maaf mengganggu kak ieyza.Sya nk minta tlong bleh? Tlong promote blog sya--->http://nuramilacomel.blogspot.com/
sya minta tlong ni sbb blog akak feymes n sng org laen nk cri.Minta tlong ye...sya akn slalu jdi fan/followers akak 4ever ats jsa baek akak.ok^0^~!Akk bleh tlong promote kt fb!^_^