Friday, March 22, 2013

Final Sem #Bittersweet #ALL END..

Assalamualaikum...

Tamat sudah sesi kuliah selama 14 minggu . Tamat sudah segala kuiz, test , presentation dan semua nya lah. kini tibalah minggu study week, yang mana minggu untuk revision before final examination bermula. Yess, tomorrow its begin. STUDY WEEK/REVISION WEEK.
My Final Examination
  • 27 March 2013 - Fundamentals of Entrepreneurship(ENT300)
  • 31 March 2013 - Fundamentals of Islamic Banking(CTU350)
  • 3 April 2013 - Investment Management(Fin358)
  • 10 April 2013 - Human Resource Management(Mgt340)
  • 12 April 2013 - Legal Aspect and Ethics In Banking (Fin360)
Masa begitu pantas,tanpa aku sedari sudah hampir 3 tahun aku di bumi Arau..Aku bakal menamatkan pengajian aku diperingkat Diploma ini .kini tinggal lebih kurang 3 minggu lagi sebelum aku meninggalkan bumi Arau yang banyak memberi seribu makna dalam hidup aku..

Arau Perlis ? Sebuah negeri yang sebelum ini tidak pernah aku jejaki, dan akhirnya Araulah  tempat aku menimba ilmu dan pertama kali berjauhan dengan keluarga. Teringat kembali aku waktu itu, bila dapat tahu aku dapat tawaran untuk sambung pelajaran di Uitm Arau Perlis.. Menangis aku teresak-esak. HAHA..

Kehidupan aku di Uitm, banyak mengajar aku erti kehidupan untuk hidup lebih berdikari..BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI.. Dan memberi seribu satu rasa yang tak kan aku lupakan dalam hidup, baik suka,duka,manis dan juga pahit.. Aku tak sangka , aku dapat survive hidup aku kat negeri orang nie sorang-sorang.. Pergi kelas sorang-sorang . pergi makan sorang-sorang. pergi mana-mana sorang-sorang lah..

Kenapa aku sorang-sorang ? tak da orang nak kawan dengan aku ek,. tak la..aku kawan dengan semua orang . cuma tak da sahabat je tak da kawan baik.. mungkin sebab kawan-kawan aku semua ada geng masing-masing kowt..
Then, aku pun jenis pendiam dan jarang bergaul. bila bergaul dengan dorang pun aku still malu-malu padahal dah 3 tahun jadi classmate..itu pun kadang-kadang jer join. sebab aku takut orang cakap aku ni penyibuk lak join geng orang. sebab ada setengah orang tak boleh terima. dan aku pernah kena dan pernah kena perli jugak. sebab tu prefer suka sorang-sorang atau menyendiri..

Tapi kan tak aku nafikan, hidup sorang-sorang nie bosan sebenarnya..yela, nak buat apa pun sorang-sorang. tak da tempat nak berkongsi cerita dan sebagainya.Jujur aku kata, aku cemburu, sedih sebenarnya tengak orang lain ada sahabat yang kemana bersama-sama, gelak ketawa,berkongsi masalah...

Its okey. semua nie akan berakhir ieyza.. tinggal 3 minggu je lagi.. pasnie aku akan kembali ke PERAK.. tak sabar-sabar aku nak habiskan final cepat. I need my real live back..

#goodluck for my final exam. do the best. dont make the people think that them only look great..*teringat pulak kata-kata pedas seseorang yang macam aku nie bodoh sangat.tau la DL kan.. its not mean that u only perfect girl..

Wednesday, March 20, 2013

Panggilan Interview SPA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tadi dapat SMS dan emel dari SPA..aku dapat interview SPA lagi.. ini kali yang ketiga..tapi dua interview yang dulu aku tak dapat pergi..tak sangka rezeki datang lagi.. syukur sangat.. kali ini aku mesti ambil peluang nie.. tak kan nak lepas kan macam tue je..Must grab this opportunity ! *roomate aku cakap 

Pernah baca entry nie ? Ala entry pasal interview SPA jugak .. aku dapat 2 tawaran SPA masa bulan 7 tahun lepas untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dengan Pembantu Tadbir (Kewangan) . dua-dua interview aku tak pergi sebab masa tu aku ada test..kawan aku dapat interview tu gak, then guess what ! dia lulus temuduga dan dah dapat kerja tu. bulan 1 aritu baru start.. tapi dia terpaksa postpone study dia larh..

Lepas tahu dia dapat,aku rasa menyesal tak pergi interview tue..Tapi aku tak sangka rezeki datang lagi sewaktu aku betul-betul dah  habis belajar nie.. Aku dapat lagi panggilan interview untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) gak...So, aku memang nak sangat pergi interview kali nie.. aku harap aku dapat keyakinan masa interview tue.. InsyaALLAH..

Tapi permasalahannya kan , Interview tu di Perak pada 11hb April.. dan aku ada second last paper final exam pada 10hb April dan 12 April pulak last paper...dah la aku kat Perlis..harap bole tukar tarikh,sebab aku baca dalam Temuduga Q&A kat web SPA tulis dalam tu boleh, tapi kena ada alasan yang kukuh. kalau tak boleh, terpaksa lah aku balik perak jugak dan datang perlis balik! aishhhh....yela tak kan aku nak tolak buat kali ketiga kowt....
Kepada sesiapa yang ada pengalaman interview SPA nie terutama untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan), share-share la pengalaman interview korang ye..Pleaseee.... TQ..

Segmen Template Siapa Paling Cantik

Assalamualaikum...


join segmen dari blog cik fie :) 

Ieyza tak letak harapan yang tinggi untuk menang pun.. sebab blog lain banyak yang lebih cantik2 tau..saja jer mencuba nasib.. sebab hadiah dia best giler.. 5 Pemenang akan dipilih.. nak tau apa ? KLIK SINI

syarat2 semua dah ikut^^

SYARAT SEGMEN
  • Buat Entri bertajuk Segmen Template Siapa Paling Cantik n letak banner segmen n backlinkkan banner ke link entri segmen ni . 
TARIKH TUTUP: 24 March 2013 :)

Monday, March 18, 2013

De Banker Dinner.

Assalamualaikum...

Dah seminggu tak update ! sebab bz :(( 
 baru sekarang tetiba rasa nak update pasal dinner bankerz nie.. padahal dah 5 hari berlalu.. pada 13 March yang lepas ! ekk.. lame dah. orang kata cerita pun dah basi. *ade aku kesah ? basi tak basi aku nak tulis gak . 

Bukan apa .busy la katakan .. dah akhir-akhir sem nie.. siapkan assigment lagi, report , test, kuiz ..arghhh.. tekanan jugak lah.. minggu nie pulak last ada kelas. sebab sabtu nie dah mula study week.. WHAT? study week ! cepat betul masa berlalu kan.. 27 hb nie dah start final exam...:)

ok, malas nak cakap panjang-panjang. aku just nak tempek kan gambar-gambar masa dinner tempoh hari. dinner terakhir kowt untuk semester akhir nie.. semoga semua memori itu terpahat dihati selamanya.. ce wah.. HAHA

Tema : Colour Block 
tu pasal pakai warna warni ^^
macam biasa. letak gambar makanan ! HAHA
rakan-rakan seperjuangan ;P
mereka dan mereka lagi ! *maaf gambar kelabu ckit :3
gambar kat atas tue,yang reramai tu lah my classmate dari sem 1 sampailah sem 6 :D 
Okeyh , itu je lah gambar-gambar yang perlu aku sajikan .. gambar-gambar yang tak perlu tu biarlah aku simpan sendiri lah kan.. buat pe nak upload banyak-banyak . ye dak ? hee
wish me luck for presentation and test :3 
  • Presentation Investment - 19 March
  • Test Legal - 21 March
  • Presentation Ent - 21/22 March (Presentation terbesar! takut >.<)
BYE.END

Sunday, March 10, 2013

Program Khidmat Masyarakat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis

Assalamualaikum...

Commonity Service Bankers Club :)
Pagi tadi aku join satu lagi program under Faculty Business Management Uitm Perlis iaitu Program Khidmat Masyarakat di Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah - Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim, Jejawi Perlis. Program nie di sertai oleh Pelajar Semester 6  dari Diploma In Banking :) 

Program nie berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 6 petang . Macam-macam aktiviti yang di jalankan , antaranya gotong-royong , ceramah motivasi , dan permainan bersama anak-anak yatim . Alhamdulillah semua aktiviti tue berjalan dengan lancar . 

Aktiviti pagi : Gotong Royong
nie gambar aku dan kawan-kawan . kami dapat bahagian untuk membersihkan padang nie  ..tak susah pun.. menyapu*cakar daun-daun kering yang keguguran tu je,, hehe ..

diorang nie pulak dapat bahagian lukis-lukis dinding nie .huhu .. orang kreatif je boleh nak melukis-lukis nie. kreatif dorang kan .. kalau aku, lukis orang lidi pandai la :P hehe.. Yang atas tu gambar sebelum dicat . Yang bawah plak gambar yang telah dicat . 90 % hampir nak siap dah tue .... 

Oklah, sebenarnya aku nak citer, nie adalah kali pertama aku menjejak kaki ke rumah anak-anak yatim. Sebab tu lah, masa dapat tahu program nie dijalankan aku sangat eksited nak pergi tau ..Bila dah jejak kaki kat sini, terasa sayu melihat mereka yang masih kecil hidup tanpa kasih sayang dari seorang ibu mahupun ayah . Di antara mereka ada yang kematian ibu atau bapa sahaja dan ada juga yang tiada kedua-duanya .

Secara tak lansung ,teringat pulak aku dengan diri aku sendiri. Aku juga seperti mereka. seorang anak yatim yang kematian ayah juga sewaktu kecil. ketika aku berusia 5 tahun yang tidak mengerti apa-apa . Tetapi aku bersyukur sangat mak aku masih mampu menjaga anak-anaknya seorang diri . anak-anak yang masih kecil dengan penat lelah bekerja sebagai pembuat kek sahaja :') Tidak dapat aku bayangkan jikalau aku dihantar ke rumah anak yatim pada waktu itu.. Ya ALLAH.. :'(

Berapa tahun kemudian ,Alhamdulillah ..aku mendapat ayah tiri yang baik , yang tidak pernah meng-anak tirikan aku dan adik beradikku. Ayah baru lah yang menyara dan bersama mak yang membesarkan kami serta adik-adik baru sehingga kini...:)

Namun, aku masih terfikir kenapa ada sesetengah anak yatim yang masih ada ibu atau bapa dihantar di situ ? Saudara mara ke ?? atau diorang sebatang kara ? sedihnya kalau macam tu..

Tapi tak pa . sebab kehidupan diorang kat sini lebih terjaga kan . Diorang dididik untuk menjadi insan yang berguna . Kat sini diorang dapat mendisiplin kan diri , dan juga berdikari .. contohnya, terkejut jugak aku tadi . lepas makan tengah hari tadi . sorang-sorang adik-adik tu pergi sinki dan cuci pinggan sendiri .. Bagus kan ?

Mesti dorang telah dididik macam tue .Lepas makan, cuci pingan dan cawan sendiri.  Kat asrama sekolah aku dulu pun tak macam tue. letak pinggan dalam besen , mak cik dewan makan tu la yang basuh kan .kan? memang semua rumah anak yatim ke buat macam tue ye ?? 

Lepas je makan tengah hari , semua solat jemaah , rehat-rehat pastu ceramah dan sedikit aktiviti permainan bersama adik-adik tue..

akhir sekali, sesi bergambar ramai-ramai .. 
END