Tuesday, January 15, 2013

Syukur 21 :)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana memberi aku peluang untuk terus hidup di dunia ini. Semalam tanggal 14 January aku telah pun berusia 21 Tahun .. Ya ALLAH,macam tak percaya peringkat usia ku ini telah menjadi orang dewasa.. tapi aku masih kecewa kerana aku tak nampak pun macam orang dewasa -.-

Kematangan aku pun masih belum cukup untuk menjadi seorang wanita yang berusia 21 tahun.. eceh, wanita ke pun ????HAHA :D apa-apa pun aku masih cuba perbaiki diri aku untuk menjadi seorang yang matang dalam berfikir... tak nak la jadi terlampau childish... -.- 

Dan di usia 21 Tahun ini juga aku bakal menamat kan Diploma aku.. harap aku mampu membuat yang terbaik dan mencapai azam aku..dan lagi satu InsyaALLAH..kalau ada rezeki boleh la sambung degree bulan 9 nie.. Permohonan degree pun dah bukak.. 

Terima kasih kepada semua kawan-kawan dan rakan-rakan aku di facebook yang wish birthday aku semalam.. apa-apa pun nak ucap HAPPY BIRTHDAY TO ME yang ke 21 tahun.. huhu.. bye :)

Love this Pink ^^
# semalam MR.N accident.. :( semoga dia cepat sihat..dan cepat-cepat boleh jumpa lagi..~

Friday, January 11, 2013

Permohonan ke Ijazah Sarjana Muda & Penerapan semester akhir UiTM ambilan September 2013 ..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...

Kepada semua pelajar diploma semester akhir , permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda untuk pengambilan bulan September adalah telah dibuka pada 7 January 2013 sehingga 15 April 2013.. permohonan boleh la dibuat melalui laman web upu..klik image dibawah..

*lepasan SPM /STPM/STAM/MATRIK /ASASI juga boleh memohon di laman web ini..
Sebelum itu anda perlu membeli terlebih dahulu no pin dari BSN sebelum membuat permohonan.. melalui permohonan ini pelajar boleh memohon mana-mana universiti pilihan yang tersenarai didalam laman web tersebut.. tetapi jika anda adalah student UiTM adalah sangat-sangat rugi jika anda memohon universiti lain selain uitm..

Ini kerana pelajar uitm diberi keistimewaan untuk memohon program penerapan yang mana terdapat pengecualian kredit untuk terus ke semester tiga ijazah.. sangat beruntung disitu ye.. hanya belajar 1 tahun setengah atau 2 tahun sahaja.. dan semester akhir pulak praktikal.

tetapi permohonan penerapan perlulah dari fakulti yang sama semasa korang diperingkat diploma..kalau anda berhasrat untuk bertukar fakulti ,tiada pengecualian kredit dan anda akan belajar dari awal semula iaitu dari semester 1 yang mengambil masa 3,4 tahun untuk menamatkan ijazah korang !

so,fikir-fikir la ye.. ^_^

Permohanan untuk program penerapan pula adalah bermula pada 14 January 2013 sehingga 31 Mac 2013..anda juga perlu membeli no pin di BSN untuk membuat permohonan..sila klik image dibawah untuk membuat permohonan..


 TETAPI pembelian no pin tu harus lah pada atau selepas 14 Januari 2013 ..Kalau dah beli no pin tu sebelum 14 January 2013 adalah tidak sah untuk permohonan ini..dan anda perlu nyatakan untuk Program Penerapan semasa pembelian no. Slip di BSN..sebab no pin adalah berbeza dengan permohonan di web upu..

#Program penerapan ini adalah untuk pelajar UiTM sahaja..Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT selain UiTM adalah TIDAK DIBENARKAN..

#UPDATE : PERMOHONAN IJAZAH SARJANA MUDA UITM INTAKE MARCH 2014
LATEST UPDATE: PENERAPAN DAN PENGECUALIAN CREDIT(PC)

Tuesday, January 8, 2013

Contest Blog Paling Cantik 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...

wink3 ^^ .. Join contest.. lama dah tak join contest.. Aku join contest nie bukan sebab aku perasan yang blog aku nie cantik atau paling cantik.. saja sekadar mencuba nasib *dalam hati cakap blog aku memang tak cantik tapi comel :p* HAHA .. Mana tau kowt ada rezeki lagi .. macam yang nie... hehe ~ 
klik banner untuk join :)
Syarat-syarat penyertaan sangat mudah.. serta dengan hadiah yang menarik !!
Tarikh Tutup : 30 January 2013 

Sunday, January 6, 2013

#Bank Islam : Interbank dihujung jari anda :)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...

Dua hari lepas aku terpaksa ajak kawan aku teman aku pergi kangar sebab nak pergi bank in duit kat Maybank.. rasa serba salah pulak menyusahkan dia.. -.- bukan ape,sebab kat uitm ni just ada Cash Deposit Machine (CDM) Bank Islam jer.. dekat arau plak tak da Maybank.. so terpaksalah pergi Kangar.

Dah terlanjur pergi kangar, aku pun pergi la sekali Bank Islam kat belakang Maybank tu.. sebab nak daftar no phone untuk dapat kan i-access code untuk Interbank iaitu shortform bagi Internet Banking.. so lepas ni tak payah la susahkan kawan atau nak cari bank yang ada CDM.. guna jari pon boleyy...ala-ala iklan rejoice pulak..bila-bila masa dan di mana jua ^^ huhu..

Sebagai student banking yang dah Part 6 nie ! ecehh.., aku nak share la cikit pasal Interbank dan cara-cara pendaftarannya..btw, untuk Bank Islam je la ekk.. coz aku pakai Bank Islam yang tak da riba..^^

 Dengan Interbank tranfer nie  korang boleh la transfer duit kemana-mana bank sekali pun.. but akan di charge RM2..berbaloi la tue ,  kalau naik teksi tambang lagi mahal tau.,tapi kalau transfer bank islam ke bank islam free jer..

Pertama kali apa yang patut dibuat ialah lakukan pendaftaran Internet Banking di mana-mana Automated Teller Machine(ATM),pilih transaksi lain-lain > pastu pilih Internet Banking > Masuk kan 6 digit pin (apa-apapun boleh, nak sama macam pin card atm korang tu pun boleh..tapi better yang lain la ok) > lepas tu pilih seterusnya dan sampai la selesai.. pin tu save kat mana-mana ye..
 
Lepas tu pergi ke laman web https://www.bankislam.biz ( internet explorer @ mozilla firefox jer boleh ) > klik First Time Login > baca syarat-syarat and tick kat Yes and continue > Online Registration : masuk kan ATM card number yang tertera kat card korang tu dan masuk kan sekali Internet Banking Pin yang 6 digit daftar kat ATM tue...then klik submit .. masuk kan user ID and password..

dah settle. dan akan keluar macam kat bawah nie kan ?ada kat tepi tue scroll kan jer..





Di bahagian My account tu korang boleh la check jumlah latest duit korang keluar masuk semua tu.. Untuk bahagian Transfer Fund tue la untuk tranfer duit tue.. Kalau nak transfer dari bank islam ke account bank islam jugak klik kat Transfer to Third Party 

BUT sebelum tu korang kena dapatkan i-access code dulu... scroll sampai bawah nanti ada jumpa bahagian Customer Service . klik kat i-access Code Request
then, tunggu la code tu akan di hantar directly ke handphone korang..Namun jika bila korang klik kat i-Access Code Request tu tapi dia ada tulis macam nie 

"You must register your mobile phone number to receive the i-Access code via SMS. Kindly refer to our Internet Banking Customer Care for more details."

tue maksudnya korang belum daftar lagi no handphone korang kat bank islam.. So, korang perlu lah daftar kat mana-mana cawangan bank islam.. gitau kat kaunter tu korang nak buat pendaftaran telefon bimbit untuk i-access code.. t dia bagi borang dan isi lah apa yang perlu...

Ok, kalau sapa-sapa yang dah daftar tu.. bila dah terima SMS i-access code tue, korang klik lah Transfer To Third Party di bahagian Transfer Fund . ini untuk account bank islam ke bank islam sahaja . kalau untuk account bank islam nak transfer ke any bank account klik kat Inter Bank .

#Transfer to Third Party (Bank Islam to Bank Islam)
Destination Account : masukkan num account penerima
Recipient's E-mail Address : emel penerima
Transfer Amount : contoh : RM200 so masuk kan 200.00
Transfer Description : Tajuk tujuan transfer 

dah isi semua klik Transfer . dan keluar macam kat bawah nie..bila semua maklumat dah betul , nama penerima pun dah betul ,klik Confirm .
Then, akan muncul kotak kecil yang mana kena isi i-access code yang diterima melalui SMS tadi.. dah isi klik OK..
dan yang terakhir.. muncul macam kat bawah nie.. ada tulis Thanx you apa semua tu k.. so dah selesai.. bagitahu la si penerima check emel dia dan check baki account dia .ok.. DONE!

#Inter Bank ( Bank Islam to any bank account )
Transfer Amount : Jumlah nak transfer. cth : RM10 taip 10.00
Beneficiary Bank : Pilih bank yang korang nak tranfer tue..
Beneficiary Account No : masuk kan num acc penerima
Benefiary Name : Nama penuh penerima 
Recipient's Email Address : e-mail penerima
Payment Detail : Tajuk tujuan transfer

then klik Yes...proses dia sama je macam untuk third party tue ok.. buatlah sampai habis...^_^


___________________________________________________________________

#LATEST UPDATE..

Memandangkan ramai yang tanya mana i-access code tu, tak jumpa.. ok sorry update lambat.. sekarang web bank islam telah pun berubah,, dah diupgrade lebih baik.. so ieyza akan tunjuklah macam mana nak transfer duit ..rujuk gambar kat bawah ok...



STEP 1: LOGIN -> FUNDS TRANSFER -> WITHIN BANK ISLAM -> THIRD PARTY
STEP 2: isi maklumat yang dia nak seperti di atas.Then, klik confirm

STEP 3: Check semua , kalau betul klik request i-access code , bila dah sampai kat phone masukkan n klik confirm.

STEP 4: SUCCESSFUL :) DONE.

# i-access code tu diberi tempoh untuk 1 jam dan untuk 1 kali kegunaan sahaja. kalau nak buat banyak kali request code lain ok..
ok, tu jer nak share.. tak faham tanya ok.. bye bye ~

Thursday, January 3, 2013

Happy New Year and my WISHLIST 2013 ^^

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...

Memandangkan ini first entry aku untuk tahun 2013 nie, aku nak ucapkan
"Selamat tahun baru.semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya..In-sha Allah

walaupun lewat 3 hari, rasa nya masih fresh untuk ucapkan selamat tahun baru nie kan..hee...

Sebut saja pasal tahun baru mesti masing-masing ada tanamkan azam ataupun matlamat dalam diri kan.. walaupun ianya sekadar azam yang kadang-kadang tak tercapai pun kan... macam tu juga lah aku, tak semua azam tercapai.. 

Apa azam korang untuk tahun 2013 nie ? Azam aku ialah nak mencapaikan semua azam aku untuk tahun lepas (2012), azam 2012 tu ialah untuk mencapaikan azam 2011! HAHA.. gurau semata-mata..:P benda ni aku baca dalam facebook larr..

Oklah azam aku yang sebenar-benarnya ialah... erm,, apa ekk.. banyak kowt.. antaranya :
  • Nak menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya.. Insha ALLAH..
  • Nak belajar bersungguh-sungguh untuk sem akhir nie.. supaya dapat grad dengan pointer yang bagus..
  • Nak mematangkan diri sebab this year ,umur aku dah 21 Tahun ok.. :)
  • Nak tambah berat badan jadi berat yg ideal.. HAHA..(Azam yang tak pernah tercapai -.-)
  • Nak menjadi seorang yang peramah . (tapi tak tahu macam mana nak jadi peramah -.-)
  • Nak hilangkan rasa malu/takut/kurang keyakinan pada diri sendiri yang tak bertempat tue... sikit demi sikit kowt.. mungkin susah.. tapi aku perlu BERUBAH demi masa depan aku..u should change ieyza !
That's all ... harap aku akan dapat mencapai azam-azam aku ni dengan izin ALLAH S.W.T 
In-Sha ALLAH..

"Kita telah melewati akhir dunia dan aku masih di sini UntukMu selalu..."