Tuesday, May 29, 2012

Kekasih hati baruku....

Assalamualaikum...

Hai koran-korang semua ! maaf ye , lately nie memang busy .. usha blog pun , kejap-kejap jerr... oh ye.. terima kasih yang sudi join 2nd Anniversary Giveaway Ieyza Afieyna .. sapa-sapa yang belum join.. jom la join.. Tarikh tutup 6 June nie OK... Yang dah join leh tengak senarai peserta nie.. ^_^

Oklaa.. actually nak share dengan korang-korang semua tentang kekasih hati baru ieyza.. Serius, i love so much ! sayang gilerr- gilerr punyee... happy sangat dapat milikinya... ! 
Mood : Happy giler :D
Hurm,,dah lama sangat admire kat dia tau.. akhirnya, tak sangka dapat jugak miliki dia... Seronok giler la... Heee XD ... Walaupun tak sampai seminggu lagi ieyza bersama, tapi dia setia ada di sisi.. pergi mana-mana mesti ieyza akan bawa bersama.. tak boleh berpisah la katakan..

Nak tengak tak gambar-gambar dia ? ok, no hal boleh jer... 


jeng
jeng
jeng
.
.
.
.
.
Alhamdulillah,, tak sangka akhirnya impian yang sekian lama nak miliki motor nie tercapai jugak... betul cakap orang , setiap apa yang kita inginkan disertakan dengan usaha insyaALLAH benda tu kita akan dapat jugak walaupun mengambil masa yang lama.. :)

note : Relate dengan entry ni : aku mesti usaha! : Alhamdulillah :


Saturday, May 26, 2012

selamat tinggal :')

Assalamualaikum...

hello2.. anybody miss me ? ohw.. so sweet... haha .. tetibe merepek pulak.. actually ieyza nak story sumthing kat awak, awak dan awak awak semua..maaf la . dah berapa hari tak update blog + blogwalking.. ieyza buzy sejak akhir-akhir nie..


baju-baju pengantin...
suka baju nie.. sebab warna pink + putih ! nanak ... kawen nanti.. :P hee..

btw, actually semalam last day kerja.. so hari ni duduk rumah je la... buat-buat apa yang patut sambil menghitung hari untuk balik perlis..tak mau tak mau... -.-

sedih jugak berhenti kerja.. tapi nak buat macam mana tak dapat la nak kerja lama kat situ...tak pe tak pe.. semua tu dijadikan pengalaman dalam hidup.. pasnie mesti rindu budak-budak kat sana.serius.... terutama budak-budak yang selalu usik aku...

tak da la gambar dorang.. rapat dengan dorang pun sebab hari-hari nampak muka dorang tyme pas balik sekolah.. suara diorangla paling kecoh.. terutama si syahmien, mat dengan aswad.. bestla dorang ni.. huhu... pasnie tak dapat jumpa da.. -.- 

budak-budak main cc la.. ! -.-
nie Nabila , anak boss aku.... ^_^


Selamat tinggal semua :')


p/s: senarai peserta yang join GA 

Sunday, May 20, 2012

ini tak boleh.. itu tak boleh..semua tak boleh.. -.-

Assalamualaikum...
       Dia selalu marah aku.. tegur aku.. kadang-kadang aku rasa seperti dikongkong ,sakit hati sangat-sangat..tapi aku tetap terima apa yang dia tegur.. apa yang dia marah.. aku tahu , semua yang dia tegur .. semua yang dia marah tu semua untuk kebaikan diri aku jugak.. 
       Dia tak bagi aku letak gambar kat facebook.. ok, fine.. aku private kan gambar aku yang sorang2 tu. aku publish gambar bersama-sama kawan-kawan je.. tapi dia tak bagi jugak. ok fine! aku private semua gambar .kecuali DP..aku letak gambar aku.. tapi DP  pun dia tetap tak bagi.. tapi aku degil ..kadang-kadang aku letak jugak gambar aku. tapi semalam dia tegur terus aku tukar gambar kartun lak ..-.- 
       Dia tak bagi aku pakai shawl..dia suruh aku pakai tudung . dia kata dia lebih suka orang yang pakai tudung .. tudung bawal la kowt. yela.. aku ada banyak shawl.. aku tahu niat dia baik.. tak pe tak pe .. nanti beli tudung bawal banyak-banyak ...:)
       Pasal blog pun sebenarnya dia tak suka jugak.. pernah suatu hari dulu dia suruh delete blog ! arghh... menjerit satu dunia... never la... sory.. tapi dia pesan jangan tulis benda-benda yang meluahkan perasaan .. kat facebook pun sama.. tapi aku tulis jugak kadang.. haha.. dan macam -macam lagi sebenarnya.. tapi tak pa, aku tak kesah kalau benda tu benda betul..
       Hampir 2 tahun aku mengenali dia..walaupun dulu satu sekolah.. tapi aku tak kenal dia,,namun sekarang aku berjaya merahsiakan tentang hubungan ini kepada semua kawan-kawan sekolah.. kat fb pun kami buat mcm orang yang tak kenal.. biar orang tak kan syak..aku pun tak berapa nak suka nak show off tentang dia sangat.. dia pun tak suka.. apatah lagi kalau nak buat relationship kat facebook macam orang lain..
      Aku masih ingat lagi tentang sebuah cerita yang dia cerita dekat aku..kisah rumput dan kasih sayang.. cerita seorang guru meminta anak murid mencari rumput yang paling cantik di sebuah padang.. dia kata seolah-olah aku ini rumput yang dia pilih tanpa perlu untuk terus mencari rumput yang lain. tapi aku tak pasti sampai bila dia akan menggengam rumput ini .. -.-


Saturday, May 19, 2012

Tutorial: Shadow border di Blog

Assalamualaikum...

hai.. ieyza nak siapkan request tutorial daripada Nur Shahrina  . Tutorial macam mana nak buat shadow border kat blog.. maaf ye.. terlambat buat tutorial nie.. >.<

shadow border ? macam mana tu? macam pic kat bawah k..


dashboard > design > edit html > 

pastu search #content-wrapper {
then, paste code di bawah.. paste kat bawah code yang korang jumpa tadi.

-moz-border-radius: 20px;
-webkit-border-radius: 20px;
-moz-box-shadow: 0 0 8px 2px #ff6699;
-webkit-box-shadow: 0 0 8px 2px #ff6699;

pastu try PREVIEW .. kalau ok terus save k :)



Friday, May 18, 2012

2nd Anniversary Giveaway Ieyza Afieyna

Assalamualaikum...
Sticky Post . Scroll ke bawah untuk entry terbaru..

Hai semua.. hari ini 18 May 2012 merupakan ulang tahun yang kedua blog Reality & Fantasy Ieyza Afieyna ni wujud... Happy anniversary my blog!

oleh itu, dikesempatan ini ieyza berbesar hati nak buat giveaway ni.. harap korang-korang semua sudi join dan memeriahkan giveaway ni.. kalau tak mau join.. ieyza merajuk lar.. tak mo kawan... :P *gurau jerk..tiada paksaan disini !


syarat-syaratnya :

  • Buat entry yang bertajuk 2nd Anniversary Giveaway Ieyza Afieyna
  • Letak banner di atas dalam entry tersebut dan linkkan ke entry ni
  • Follow blog ni bagi yang belum follow.
  • Tag kat 3 blogger yang lain. *make sure mereka tahu mereka di tag.
  • Done. Tinggalkan komen di sini beserta link entry korang.


Tarikh Tutup GA : 6 Jun 2012 , 11.59pm .
hadiah ? surprise ! *but sangat comel kowt.. >.<
5pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org

--Senarai Peserta Yang Join--

Thursday, May 17, 2012

Spontaneous Thursday # JAGALAH ...

Assalamualaikum...
 
#Sekadar renungan buat semua =)

Jagalah fikiranmu...
kerana fikiranmu akan menjadi ucapanmu..
Jagalah ucapanmu..
kerana ucapanmu akan menjadi perbuatanmu...
Jagalah perbuatanmu..
kerana perbuatanmu akan menjadi sifatmu...
Jagalah sifatmu..
kerana sifatmu akan menjadi karaktermu..
Jagalah karaktermu..


Tuesday, May 15, 2012

Ibu dan Kekasih .....

Assalamualaikum...

#tiba-tiba rasa nak share sesuatu yang rasa mungkin orang lain lalui jugak.
 
semua orang ada ibu . ada emak. ada umi .. atau apa saja yang korang panggil . itu lah ibu kita kan. . dan mungkin korang jugak ada kekasih hati.. ada gf .. ada bf .. kan ? kalau single tu bagus. bercinta lepas kawen k.. hee ;P
antara ibu dan kekasih kita .. siapa yang lebih kita sayang ?.. mesti semua orang akan cakap "mesti lah sayang mak kita first. second baru lah bf / gf kita tu. "  right ? ye , memang pun. semua orang sayang mak masing-masing. tak da sapa yang benci mak dia... kalau ada pun confirm. tak bau syurga la dia...

credit to: Mama Arina

urm, apa yang ieyza cuba nak sampai kan dan jadi renungan bersama ialah. ada beberapa faktor yang menyebabkan seolah-olah emak kita stage dia dibawah bf/gf kita. thats mean macam bf/gf first yang kita sayang then baru mak kita.

#1
hari-hari kita sanggup call/ sms bf /gf kita.. kalau boleh 24 jam kowt. tanya dah makan. dah mandi. dah itu . dah ini. semua la.. TAPI.. kenapa kita tak buat macam tu kat mak kita. walhal kebanyakan kita seorang student dan jauh dimata emak kita. ada kita call/ mesej hari-hari kat mak kita ? tak de kan. kalau ada pun. tak ramai la...atau pun just misscall mak pastu suh mak call balek..

#2
antara bf/gf dengan mak kita sapa yang lagi sayang? mesti lah mak kita. tapi kenapa kat bf/gf sanggup wat apa saja. kat mak tak pun.. -_- asal mak suruh tolong jer mesti merugut.. macam-macam bunyi keluar.. ish la, ahh la, ohh la.. buat pun dalam keterpaksaan tanpa kerelaan kan ? tak ikhlas...
 
#3
then ,kenapa kita sanggup jugak habis kan duit nak keluar dating dengan bf/gf kita.. tak cukup seminggu sekali, kalau boleh rasa hari-hari nak jumpa..duit pun banyak habis kat bf/gf kita tu kan..tapi kalau mak yang suruh beli barang ..mak ai kedekut..taik hidung masin..mesti klim duit balik punya.. betul tak ?
 
korang rasa korang macam tu tak ? harap-harap tak la... apa-apa pun mom first right ?
 
HAPPY MOTHER DAY'S ..^_^
p/s: menghitung hari detik demi detik...... wink3 =)

 
>> Selepas korang tengak nie , confirm tak nak buat punya !

Sunday, May 13, 2012

Tutorial: Autolike Facebook

Assalamualaikum...

 
Selamat petang semua. firstly nak wish thanx kat sis aisya sebab nak buat Top commentator macam blog beliau dah menjadi.. yang bestnya kita boleh tengak sekali top comentator dari sejak kita berblogging sampai la sekarang tau.. :)

ok, lupa kan pasal tu.. ieyza nak cakap pasal autolike ni. korang guna tak trick autolike nie..? yela sapa-sapa kaki like tu bole la buat.. tak payah tengak apa status member kita pun kita leh like semua status dia.. wah dasyat kan..
 
Actually ieyza baru je lepas install autolike tu.. hehe .. baru lepas jugak meng'like semua status di wall hehe.. best jugak.. huhu..Tapi tu la buat autolike ni pun ada keburukan jugak sebenarnya.. keburukkannya kepada kita jugak la.. jangan sampai kena block sudah.. 



Autolike ni tak bole guna terlaku kerap.. alamatnya t kena block la kan..tak boleh like untuk beberapa jam atau beberapa hari.. hehe..kadang-kadang tak pe la.. hehe.. nak buat jugak ? jom ieyza tunjukkan cara..
 
-:First korang mesti kena ada Mozilla Firefox.. kalau tak de p install..
-:Second korang kena install add-ons Greasemonkey kat sini  
(kalau yang pernah install xperlu install lagi)
-:Third install Facebook Autolike ni pulak.. kat sini pulak..
-:Fourth Log In Facebook then korang akan nampak kat tepi facebook


leh klik bahagian mana-mana yang korang suka.. sama ada nak like all status , unlike all status , like all comments (kerja gila nak like komen orang like :P) atau pun nak unlike all comments balik..

kalau rasa rimas. nak buang balik benda alah ni.. senang je tanpa perlu unistall benda ni. just hide je..t ieyza wat tuto kalu ada yang request la.. ok, entry nie pun dah cukup panjang kowt.. bye ^_^
 
 
~Become Samsung Blogger Global~
 

Saturday, May 12, 2012

my cute little bear boo ~

Assalamualaikum...
 
Dengan ini saya mempersembahkan my cute little bear boo.. kucing campuran yang diperbuat daripada bulu-bulu yang halus lagi gebu dan mempersonakan..  kucing campuran daripada baka bapaknya yang gebu manakala ibu je kucing kampung yang tak berapa nak gebu ... :P 
 
 
umur dia baru 7 bulan lebih.. tapi badan dia besar sebab bulu-bulu nya yang kembang.. tapi bila tyme mandi baru ku tahu mak ai kurus kering nya ekau. haha :D
 
JENG JENG JENG..




saya tahu bear tak secantik kucing siam, kucing parsi , kucing arab atau pun kucing-kucing dari  china mahupun kucing dari mana-mana pelusuk dunia sekali. 

Tetapi saya tetap menyangi dirimu bear. kerana dia hampir-hampir diculik oleh insan yang berniat mahu menculik nya. .*ini serius  . jadi sekarang bear tidak dibenarkan lagi untuk bermain-main seekor diri di luar rumah tanpa peneman  yang sejati....!