Tuesday, January 31, 2012

Akibat dedah aurat di facebook

Assalamualaikum...

#kisah benar.....


kisah ini mengenai seorang hamba ALLAH. Beliau merupakan seorang wanita yang sangat aktif berfacebook... dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat...


selepas beliau meninggal dunia,, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya memadam semua koleksi gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat yang terdapat dalam facebook nya... malangnya tiada siapa yang dapat membantu kerana tiada siapa yang mengetahui password facebooknya itu...


jadi ,kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu sahaja menjadi tatapan umum.. dan ingatlah , azab untuk kita yang sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA !


#Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di faebook , terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat.. kita tidak tahu bila kita akan dipanggil untuk menghadap Illahi.. jika sayangi diri ,padamlah gambar yang tidak sepatutnya itu....


akhir kata, semoga roh wanita itu dicucuri rahmat.. ameen... alfatihah......

p/s: peringatan untuk diri sendiri dan semua.......

Monday, January 30, 2012

Beza Dua Perempuan

Assalamualaikum...

Ape beza nya dua perempuan dalam dua situasi yang berbeza ??

Situasi A

Dapat Bf punya hensem, tapi tak reti nak hargai..apa dia nak semua bf dia tunaikan lah ..sayang la katakan.. setia pulak tue...tapi sayang perempuan tu yang curang..lari kat laki len,..so, putus... 

bila si bf dah ade gf baru ..baru menyesal beria nak pujuk balik laki tu.. baru nak terhegeh-hegeh balik..ganggu perhubungan orang pulak... cakap masih sayang, menyesal dengan apa yang dia buat..si bf rasa bersalah...fenink3x! si gf baru bengang ler.. dok kacau bf dia pulak.. perang dunia bermula.!!amek kau.. kita lihat siapa yang menang !! =)
*kucing ni gaduh sebab berebut kucing jantan jugak :D

Situasi B

Si lelaki kasanova.. dapat awek setia. hebat..lelaki  main kayu 3 ..kapel dengan awek 1st,, seminggu pastu kapel dengan awek 2nd.. habis dua awek dia sapu. tapi pandai cover. dua-dua perempuan tak tahu akan kewujudan "madu" masing-masing..ayat macam-macam.. manis-manis belaka.. dah lama-lama rasa borink. putus kan awek 1st , awek 2nd still maintain..konon nak setia la kowt.. 

awek 1st frust giler2.. kecewa.. tapi masih mengharap.. agar bf kembali padanya. siang malam menangis.. contact si BF.. tanya kenapa buat macam ni. apa salah dia.. awek 2nd dapat tahu, berlaku salah faham.. dia ingat Awek 1st cuba nak merampas.. padahal masing-masing tak tahu yang si BF pasang dua..bila dapat tahu mereka didua kan..maka perang dunia ketiga mula meletus..Kita lihat siapa yang menang !! =)

"Hey perempuan ko memang tak tahu malu eyh, ganggu bf aku.. 
perempuan tak de maruah la kau ni.!"

:-> perempuan kalau gaduh je ayat tu la yang keluar ..

adakah kedua-dua perempuan digelarkan perempuan yang tak da maruah ?
 perempuan yang tak tahu malu, perempuan gedik atau sebaliknya ??? 


ieyza rasa situasi 1 perempuan tu memang tak tahu malu..gedik giler weyh. nak kacau balakz orang apsal ! saja cari nahas btowl...!

situasi 2 , tak da gunanya perempuan nak gaduh sebab lelaki macam tu k...dua-dua teraniaya.. think positive..lebih baik berdamai.. hik3... 

Saturday, January 28, 2012

Ping Entry and Blog

Assalamualaikum...

#maaf bz pulak semalam.. ada dua test ..hee ~ 

ieyza nak share sesuatu :) kawan ieyza --> (Shyda) tanya macam mana nak bagi blog kita dikenali.. Seperti yang sedia maklum.. selain blogwalking salah satu cara nak mem'popular'kan blog kita adalah dengan cara mem-ping entry-entry kita..

di masa sekarang sudah terlalu banyak Group-group FB ,yang membolehkan kita mem-ping entry latest kita disamping mempromote blog kita kan.. ieyza sendiri pun terdapat 22 Group kat Fb untung mem-ping entry.. pergh banyak giler kat belum termasuk lagi , fan page-fan page untuk kita ping kan entry kita..

selain daripada Group-Group blogger kat FB tue, ieyza ada lagi ping entry kat 3 Web Ping yang lain.. ieyza tidak tahu sama ada korang ping jugak kat situ atau tak.. tapi ieyza tetap nak share jugak :D tak salah kan.. Sharing   is Caring...Hik3..

Ping Busuk



memang tempat terbaik lah.. menyediakan jugak widget-widget untuk blog.. dan jugak shout.busuk . daftar guna facebook je...

Gezt.com

daftar guna twitter.. kalau guna FB tak tahu la boleh ke tak..hee..

Nie pun daftar guna twitter.. ;) admin - rekrazie.blogspot.com

ok, tu je nak share,, so korang pun boleh la ping blog korang kat sana ok.. ^_^

p/s : boley jugak kalau nak ping kat Page Reality & Fantasy Ieyza Afieyna  .. like la sekali. hik3 =P



Thursday, January 26, 2012

Spontaneous Thursday # COMMENT

Assalamualaikum...

#hari khamis.. entry ayat spontan.. spontan ke ni pun..hek3...



bila dapat komen bermakna orang baca entry kite tu. ..
bila orang baca bermakna entry kita dapat respon...
bila dapat respon , hati pun gembira :)

# kalau korang komen blog ieyza.. ieyza akan balas komen korang balek. :D
sebab 1 komen sudah mampu buat ieyza tersenyum..
korang macam mana ? rasa apa bila entry korang dikomen ?
pasti tersenyum bukan... ^_^

pengomen diutamakan daripada peng"shout" di shoubox..kih3x :P blog anda pasti diterjah..!

p/s : #Movie Trailer >Chronicle Movie Trailer 1


Wednesday, January 25, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Perjalanan yang tak dirancang..

Assalamualaikum...

~ alala tomeynye... hik3..


Seriusly, penat gilew .. sebab baru balik dari sesuatu perjalanan..sebuah perjalanan yang tak dirancang.. maka huru hara lah jadi nya...  panjang ceritanya.. tapi dipendekkan..  =P

actually, ari sabtu rancang nak pergi alor star dengan "someone" pada hari ahad..sebab nak g Popular, nak tebus voucher RM200 tu,, then tak jadi pergi sebab dapat tahu yang Popular tutup sampai hari isnin sebab cuti raya cina..then tak dapat la keluar dengan dia.. minggu depan la..sob sob T_T

So, petang, roomate pulak ajak  pergi alor star hari ni .. sebab popular dah bukak..dia nak beli buku.. kitorang pun pagi tadi siap-siap lah pergi tempat train nak beli tiket.. orang ramai... agak panjang jugak lah nak beratur.. dari 10.15 beratur sampai 10.45 baru turn kitorang..

elok2 cakap nak pergi alor star,makcik tu cakap yang keretapi full, tak da tempat duduk,, dan ramai yang dah berdiri.. memang padat giler lar.. makcik tu kata kalau nak beli tiket boleh, tapi kalau tak dapat naik nanti duit xboleh pulang balik.. so, fikir2 kitorang tak jadi lah pergi alor star.. ieyza ajak p C-Mart je la. tak kan nak balik UiTM balik kan.. tiba-tiba roomate ajak pergi Kangar pulak...on jela. dah lama gak tak pergi Kangar ^_^

so, call teksi pergi Kangar.. then,pergi Kangar..sampai Kangar lapar giler, p makan KFC.. then, jalan-jalan cari kedai buku..kat sana mana ada kedai buku Popular pun ..kedai buku pun tak banyak.. ada pun tapi tak leh guna voucher..T_T  .. pastu pusing-pusing The Store.. sejam jer.. dah borink tak tahu nak pergi mana dah!.. so, roomate cakap nak pergi C-Mart arau la balik..! nak beli buku kat sana jela..

Patah la pergi C-Mart, akhirnya beli jugak buku tu kat C-Mart jugak padahal hari ahad aritu kitorang dah pergi C-Mart tapi tak nak beli sebab nak pergi Alor Star jugak... haha... OK,fine ieyza tak beli apa pun.. just beli ubat gigi dah habis + makan KFC + Tambang Teksi.. tapi duit banyak habis.. T_T 


next week nak kuar dengan "someone" pulak..~ Melayang lagi duit.. padahal duit PT nak habis dah !!


Sunday, January 22, 2012

Aku kawin lagi 4 tahun :)

Assalamualaikum...

#baca sampai habis baru boleh komen :P


Selamat bercuti kepada semua ..mesti tengah happy giler kan?? hee.. ieyza pun gembira jugak ni.. nak bagitahu semua yang lagi 4 tahun ieyza nak kawin da..bakal menamatkan zaman bujang ini.. makna nya masa umur ieyza 24 tahun la .. 2016 nanti.. semua dijemput hadir ok..harap semua sudi hadir di majlis perkahwinan ieyza yang gilang gemilang tu.. haha.. :D





tyme tu mybe ieyza dah kerja kowt.. yela degree pun dah habis .. memang masa yang sesuai sangat lah untuk berumah tangga betul x? HAHA.. aish,, ke ieyza je yang berangan lebih ni , macam mana dengan cik abang nye.. dia on ke ? huhu... tapi ada yang kata tak ke 24 tahun tu muda lagi ? tunggu la 25 ke 26 ke.. ish,, 24 tahun dah kira oklah tu.. 25 dah masuk andartu aka anak dara tua dah.. hehe.. ~


Hee.. nanti dulu... bukan nak kawin betul-betul pun.. tapi mana tahu kowt ada jodoh tyme tu ke kan.. kita manusia merancang ALLAH yang tentukan.. oklah, actually macam ni ceritanya.. one day tu, kawan ieyza 2 orang datang bilik ,pastu kitorang pun borak-borak la... tiba-tiba dia cakap nak tengak ke berapa umur kawin nanti..ieyza pun cakap la.. boleh ke ? pastu dia cakap..ada satu cara ustazah dia yang ajar..amik cawan, cincin ,air, pastu sehelai rambut..


ieyza pun p la amik apa yang dia suruh,, mula-mula berdebar gak.. bila dia cakap ustazah dia yang ajar, buat je la.. huhu.. dia pun tuang air 1/4 dalam cawan tu..  then, amik sehelai rambut ieyza dia ikat rambut tu dekat cincin ieyza.. pastu dia rendamkan cincin sambil baca selawat nabi 3x.. dia tarik cincin tu guna rambut, then ayunkan cincin tu dalam cawan dari kiri kanan (slow motion),pastu biarkan cincin tu berayun dengan sendiri..tangan pastikan diam,tak bergerak lansung. kira berapa kali cincin tu berlaga dengan gelas tu...


dia buat untuk ieyza 24 kali bunyi cincin tu berlaga dengan gelas tu.. tak puas hati lagi, dia buat lagi sama gak.. kali yang ke 24 ayunan cincin tu akan berhenti dan tak berlaga dah.. pastu dia buat untuk kawan ieyza yang lagi sorang.. guna rambut kawan ieyza tu la, 22 ayunan... pastu berhenti.. dia kawin 22 la... dia tak puas hati  gak ..buat lagi .. sama je kiraan.. buat kat roomate ieyza pulak.. 25 ayunan baru berhenti.. buat banyak kali ,,tapi tetap sama je..aish, betul2 ke ni.. ieyza pun buat la sendiri ieyza punya.. aah la,, pas 24 ayunan pastu dia berhenti.. hurm..


pastu kawan ieyza pun cakap la.. yang ieyza ni kawin 24 tahun..biar betul.. haha.. entahlah...insyaALLAH kalau ada jodoh..kan kan ?  dan dia kata ustazah dia kata benda ni ramalan je, dengan niat hati untuk kita bersedia.. jangan terlampau percaya nanti syirik pulak kan... apa-apa pun jodoh datang dari ALLAH.. ajal , maut dan semuanya hanya ALLAH yang tahu.. :)


selain itu, amalkan lah doa ni agar jodoh kita  dengan orang yang kita sayang tu bertambah kuat dan perhubungan itu mendapat keredhaan dari ALLAH s.w.t




p/s : hati ini  inginkan semua perhubungan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.. biarpun apa yang terjadi hanya mati yang memisahkan kita :)



Thursday, January 19, 2012

Aku bukan anti lelaki.. cuma...

Assalamualaikum...
#maaf penggunaan aku disini !

"aku tulis bukan untuk meminta simpati tetapi sekadar luahan....."


Tiba-tiba aku rasa bersalah sangat-sangat.. T_T  bersalah pada kawan-kawan aku.. entah.. mungkin dorang terasa kowt dengan kata-kata aku.. tapi aku terasa diorang tak kisah pulak kan ?? 


kadang-kadang aku rasa yang aku ni anti lelaki sangat-sangat !!  tak . aku sebenarnya bukanlah anti lelaki pun.. cuma tah , aku sendiri pun tak faham.. kalau aku anti betul-betul , confirm aku takda boyfriend kan.. tapi aku ada je boyfriend ... so, aku tak da lah nak anti lelaki sangat..  


tapi kadang-kadang aku akan menjadi anti dengan lelaki bila dorang seolah-olah melakukan sesuatu yang membuatkan aku terhina.. ! kenapa kan aku nak rasa terhina ?? sebab aku pernah lalui macam-macam perkara,,, apa yang budak-budak lelaki buat kat aku.. 


sebab tu aku tak suka nak kawan dengan lelaki sangat... lagi pun tak da kowt orang laki nak kawan dengan aku.. tapi kenapa "mereka" nak pulak kawan dengan aku.. sebab tu aku rasa pelik.. aku rasa diorang ada sesuatu yang sedang dirancang.. mungkin ada udang disebalik batu.. mungkin aku tak tahu.. apa motif dorang !!  kenapa dorang seolah-olah nak kenakan aku !!


aku ingat lagi, waktu aku sekolah rendah.. budak laki selalu buli aku.. kata2 aku.. aku selalu menangis sebab dorang... aku rasa benci sangat dekat budak laki.. adik aku pun selalu buli aku kat rumah.. dia selalu sepak aku, cubit aku... bertambah-tambah aku benci kat laki. bila balik kampung, bapak sedara aku pun buli-buli aku. walaupun aku tahu ianya gurauan.. tapi aku selalu menangis.. argh !! aku benci laki larr...


bila masuk sekolah menengah pun sama, budak laki pun selalu cari pasal dengan aku, aku pun tak faham. aku tanya baik-baik. tapi dorang jawab tengking-tengking.. bodoh punya laki.... aku tahu aku x sempurna kowt kat mata dorang.. perempuan cantik gedik2 kat dorang kemain dorang bergelak ketawa.. bertambah-tambah aku benci lelaki.. 



kat kelas aku selalu diam jer.. bila budak laki tegur aku baru aku cakap.. budak laki yang tegur aku tu pun yang baik-baik. yang nakal2. hot2 , ensem2 tu, mane penah tegur aku pun.. yela, tak layak pun aku nak kawan dengan dorang kan. ok aku sedar.. aku tak mati pun tanpa laki..aku pun jenis sensitive, sikit-skit nak nanges... budak laki gelar kan aku malaysia idol.. satu sekolah panggil aku malaysia idol... T_T dorang kata konon-konon aku kalah nyanyi pastu nanges... lol !


bila pas PMR, aku pindah sekolah,,,aku happy sebab dapat pindah sekolah,teknik manjung,, aku benci la dengan budak2 sekolah aku tu.. tapi sampai sekolah baru pun. nasib aku sama je..  aku ingat seorang dak kelas kawan aku.. dia cakap dengan orang lain baik-baik. gelak-gelak. dengan aku nak jeling2 aphal.. aku pun tukar sekolah lagi....


aku pindah sekolah teknik seri iskandar pulak.. tapi sama je... aku rasa lebih malang kowt.. baru 2 hari kat sana, satu kumpulan budak laki kena kan aku.. kali ni aku betul2 rasa terhina. aku tak boleh tahan betul la.. sebab tu kat sekolah ni aku hanya 3 bulan je. pastu aku pindah.. apa dorang buat??  


ada satu geng budak laki 6 orang.. aku tak kenal pun dorang. yela baru 2 hari masuk.. dorang sangat popular la kat sekolah.. sebab dorang ni dikenali sebagai group adik beradik .. along, angah, acik, adik, abang, alang, ..dorang pakat ramai-ramai kenekan aku dengan menulis surat kat aku .. 


mula-mula aku dapat surat dari kawan aku ,nama zaidi( kenal dia masa sekolah lama)
dia antar note..
 kepada Azziza.. ilove you...

Apa khabar ? Sihat. boleh berkenalan.

ikhlas, zaidi,
-4PKM1-

aku pun reply la..note kecil

"wei zaidi, ko nak ape, tak habis-habis nak kacau aku. aku tak kacau pun ko.
budget aku tak tahu... bye..."


then, tak lama kemudian, budak kelas aku, nama Lan. bagi 6 surat lagi kat aku.. 
dari situ aku dah syak... mesti ada plan buruk.. 
surat2-surat dorang guna kertas warna , berwarna-warni. (aku simpan lagi kowt.ade kat umah. kenangan masa silam. =P) dalam surat tu, ayat nak dekat sama je.. dorang tulis nak berkenalan dengan aku la. dorang kata aku comey la.. (aku tahu dorang perli. FINE !) ,macam -macam la. tulis puisi la.. siap tulis esok dorang nak datang kelas aku...



dorang dak-dak PKA , PKM aku budak PKE.. besoknye dorang datang ramai-ramai.. dorang saja cari pasal dengan aku..  masa tu gaduh besar jugak la... malas la nak citer. dorang cakap aku perasan la, ramai orang suka. padahal surat dorang aku satu pun tak balas. aku rasa hinanya.. aku benci la dorang.... tapi sebelum aku pindah dorang ada mintak maaf, so aku maafkan dorang. walaupun aku rasa benci sangat-sangat..


lepas aku pindah sekolah teknik lebuh cator pulak, alhamdulillah tak da lagi terjadi macam tu,, mungkin dah matang kowt, budak laki kat ipoh tak da pun nak kacau-kacau aku dengan benda tak faedah.. aku rasa best sangat sekolah sini.. tapi tak sangka ada 2 ,3 orang budak laki tu guna kan aku untuk kepentingan diri sendiri..  susah cari, mengadu la konon.. nak ngorat kawan aku...bila dah putus dengan kawan aku. tegur aku pun tak pernah dah. 


dah la. aku malas nak cerita panjang-panjang yang sebenarnya macam-macam lagi... ###
tapi sekarang aku rasa bersalah pulak dengan budak laki kelas aku.. aku tertanya-tanya ikhlas ke dorang nak kawan dengan aku ? kenapa dorang selalu tegur aku. walaupun kadang aku ignore dorang.. dorang mesti cakap aku sombong.. aku tau.. aku mana penah nak tegur-tegur dorang sangat...


actually, tadi ada something berlaku lagi,,  ada lah satu gambar tu, tak dapat nak publish kat sini. dorang tulis something atas kertas sempena birthday aku."happy birthday ieyza.." gambar tu dah upload semalam lagi. tapi aku baru tahu tadi sebab ada seseorang tag kat aku.. tibe2 aku rasa geram sangat2..


aku pun komen la panjang-panjang. apa motif buat semua ni.. mesti ada plan yang dorang rancang..nak kenakan aku kowt kan.. tibe-tibe diorang padam da gambar tu,, aku tibe-tibe rasa bersalah.. aku bukan tak hargai. tapi aku .. entah pelik. faham tak. yang tengah tulis tu pakwe orang.. gf dia kawan aku lak tu.. dua-dua dak kelas..aku malas la.. walaupun. gf dia nmpak cool, tapi hati dia..tak da sapa tahu kan.


jujur la kan. kalau bf aku yang buat kat pmpuan lain macam tu, aku pun panas ... tu aku tanya apa motif semua ni.. tapi tak sorang yang jawab. terus delete gambar tu...

"andai korang marah, maaf kan aku...aku bukan nak sombong atau nak belagak.... " 


Monday, January 16, 2012

2nd Blog #for link Segmen BW by Ieyza Afieyna

Assalamualaikum...

wink3.. hurm, sedih la.... tak dapat nak hubungi si dia...handphone dia kan hilang... rindu nyew.... T_T .. opssss, melencung pulak.. abaikan okey... maaf maaf... hee.... rasanya macam lama je ieyza tak update.. lama ke ? baru 2 hari je.. haha.. tah pape jer... huhu ~~


ok, actually ieyza nak gitau kepada semua yang join segment jom blogwalking by ieyza afieyna tu.. actually ieyza dah siap kan satu blog khas untuk penempatan link-link tersebut... kalau nak letak semua link dalam blog nie,, giler berat la blog ni nanti.. so , ieyza buat la satu blog .. ieyza dah letak semua link yang join.. TIADA SATU PUN TERKECUALI..so jangan la risau ,, semua termasuk dalam blog blogwalking ieyza tu....kalau korang nak blog walking.. boleh lah lihat link2 mereka di blog kedua ieyza... http://ieyzaafieynabloglist.blogspot.com

ieyza dah divide kan 25 orang untuk satu blog list .. ada 4 bloglist... :) tapi belum sempat ieyza masuk kan dalam bloglist.. cuma ieyza pamerkan link-link yang join kat entry... 

TAPI

disebabkan kekangan masa, dan jugak masalah broadband yang tiba-tiba lampunya yang berwarna biru telah bertukar menjadi hijau... thats mean line yang slow macam siput menyebabkan ieyza tak dapat blogwalking... orang-orang yang komen pun ieyza blum membalas jejak apatah lagi yang ramai-ramai shout kat shout ieyza tu... di samping itu  , minggu ni ada dua test... so, nak focus study .. :)

lepas settle test insyaALLAH ieyza balas jejak korang semua.. 
and blogwalking. =) Maaf ye... 
Have a nice day :D