Monday, November 28, 2011

Sepi sendirian

Assalamualaikum...

Hatiku sepi.. sepi sendirian di sini.. Hanya Facebook dan Blog yang menemani hari-hari.. hanya bicara keseorangan di dalam hati..aku cuba selindungkan rasa sunyi ini tetapi kurasa tetap sunyi .. HAHA.. 

siyez.. borink sangat-sangat.. duduk kat bilik sorang-sorang,, dah nak dekat seminggu tau.. sebab roomate lama dah tukar kampus sebab amik fast track terus sambung degree, then roomate baru tak da pun.. tak tahu la ada ke tak.. hope esok ada la.. mengharap sangat pejabat kolej luluskan rayuan budak-budak yang tak dapat kolej tu, then tempatkan la mereka dibilik ieyza ! T_T ..

rindunya kat roomate lama.. Wanie & aina.. jaga diri :( study hard ...
#Anak patung tu wanie yang bagi.. ada je letak atas meja study.. T_T . tengak patung ni, teringat lak kat wani.. :( k,la tak mo sedey-sedey.. :)

dok sorang2 ? Saya seorang berani ? oh tidak... ! takut jugak la.. malam nak tidur tu time tu la macam-macam dok teringat citer movie seram semua tu.. adoi.. bikin semagat lemah semangat je.. dah la 2 katil kosong xda yang duduk.. takut-takut kalau "ada" yang  teeeeeet  . faham kan ? 

so, setiap malam masa nak tido tu mesti ieyza selimut satu badan semua.. pandang kat dinding je dan pasang surah-surah bacaan Al-Quran kat handphone sehingga terlena dengan sendiri nya... alhamdulillah, so far ok je la, seminggu dok sorang-sorang ni.hurm..

okla,lupa kan pasal tu. tadi ieyza boring,so baru je lepas blogwalking ke sana kemari.. sambil melompat-lompat .. terpusing-pusing tau...sebab tu penat giler ni.. HAHA..xda la ..gurau je.. :P ..ok2.. hee.. masa blogwalking tadikan ieyza ada jumpa ramai blogger newbie rasanya ,yang pakai shoutmix new version punya.. 

siyes tak best la.. sebab payah la.. melambat kan masa betul !yela. kena masuk kan email bagai. then, kena letak link lagi..sebab tak da tempat link kan.. so version baru nie memang tak best la.. kan ?yang lamakan terus siap tersave kena punya url tu.. 

Baru                                                        Lama    

#erk? ke ieyza yang tak tahu sebenarnya ada tempat letak url ke ? hee.. 

Sunday, November 27, 2011

Jom Terjah: O U R S T O R Y T O B E T O L D

Assalamualaikum...

Cak cak cak.. hee.. men cak cak pulak.. apa salah nya kan... huhu.. ok la.. hari ni ieyza nak buat review actually.. untuk pemenang GA ieyza aritu.. pemenang tempat Ke-4 hingga Ke-6 .. sebab Tempat pertama hingga Ke-3 tu dapat cenderahati je... so xdak review k.. hik3...Lepas ni hope korang sudi Blogwalking kat blog orang yang bertuah ni k..

hari ni nak review blog tempat yang ke-4 tu.. siapa dia orang yang bertuah tu.. ?mesti lah blog
 



klik banner kat atas untuk ke blog beliau.. =)

actually kat atas tu, bukan header untuk blog dia.. ieyza cut je kat atas blog dia, sebab blog dia tak da header...ok, nevermine..

Blog ni milik sepenuhnya empunya diri yang bernama Atish Hashim.. seorang blogger yang active jugak sebab entry bnyak.. tapi tak active kowt sejak akhir2 ni.. nampak macam jarang update je..Atish ni study kat Uitm Perlis..sekarang Part 3..Dalam jurusan Quantitive Science...wow, tak sangka pulak kita ni satu kampus ye.. ^_^ tapi tak pernah nampak pulak.. hee.. 

Ieyza nak bagi pendapat tentang blog Atish ni.. hope sudi terima dengan hati yang terbuka.. blog Atish ringan sebab tak banyak widget pun..bagus =)  background pun cantik.. Cuma perlu kan hiasan sikit untuk nampak kan blog tu nampak bermaya ..maybe kat bahagia sidebar ke.. hee.. Header tak da kan.. header actually salah satu daya penarik untuk sebuah blog.. so,apa kata Atish try letak apa-apa header yang simple untuk blog Atish k..=)

Ok,, just all.. maaf kalau mengguris hati.. ieyza just bagi pendapat k.. Bye.


ape lagi.. pergi la terjah dia ek.. Klik banner kat atas..


Cerpen : Takdir Sebuah Cinta dan Persahabatan #1



      Nur Shafiza BT Shaidan,seorang gadis yang berumur 18tahun dan masih belajar di salah sebuah IPTA yang terdapat di Malaysia.Dia seorang gadis yang agak pemalu dan pendiam.Kehidupannya sebelum ini sangat bahagia namun disebabkan sesuatu perkara yang pernah terjadi dalam hidupnya membuatkan sikap dia berubah.Dia tidak seceria dahulu.


"truuuuutt....truuuuut...", Handphone Shafiza bergetar dalam mood silent . Belum sempat untuk di angkat panggilan tersebut diputuskan terdahulu..Shafiza melihat 1 missed call  di handphonenya.. "ish, sapa pulak yang miss call aku ni?  ", Shafiza berasa sedikit hairan lalu menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada nombor yang tidak dikenali itu. "Saya nak berkenalan dengan awak boleh? nama saya Muhaimin.."

     Menyingkap kembali kisahnya itu,semasa Shafiza masih di tingkatan 3 dia telah mengenali seorang lelaki yang sebaya dengannya hanya melalui handphone.tanpa dia sangka budak lelaki tersebut juga tinggal berhampiran dengan rumahnya namun disebabkan mereka berlainan sekolah jadi mereka tidak mengenali antara satu sama lain.Lelaki yang bernama Muhamad Muhaimin B. Ahmad Firdausi adalah seorang lelaki yang baik,pandai,ambil berat dan sikap yang paling Shafiza suka yang ada DI dalam diri Muhaimin adalah Muhaimin tidak merokok.Di zaman ini susah untuk mencari remaja yang tidak merokok seperti Muhaimin.Bagi Shafiza itu la kelebihan yang ada pada Muhaimin yang membuatkn dia begitu ingin sekali lebih mengenali Muhaimin.Walaupun belum pernah bertemu.

     Setelah setahun berkawan baik,Shafiza merasakan ada kelainan dalam hubungan mereka.Shafiza merasakan bahawa dia sangat sayang akan Muhaimin lebih dari seorang kawan baik.Rupanya dalam diam Shafiza menyimpan perasaan cinta terhadap Muhaimin. Namun perasaan itu dibiarkan begitu sahaja kerana bimbang akan merosakkan hubungan persahabatan mereka.Kehidupan Shafiza sangat bahagia dan ceria.Setiap hari dia akn menerima SMS dari Muhaimin ataupun dia sendiri yang akan SMS muhaimin dahulu..

    Dalam hidupnya masa itu cuma ada Muhaimin sahaja.Siang dan malam hanya Muhaimin saja yang dia akan hubungi.Di ibaratkan seperti sesuatu yang wajib dilakukan,tanpa menghubungi Muhaimin, Shafiza merasakan seperti sesuatu yang tidak kena dalam dirinya.Sebagai kawan baik,mereka saling berkongsi masalah bersama-sama.Jika Muhaimin mempunyai masalah atau sedang dalam kesedihan pasti orang pertama yang dia akan hubungi adalah Shafiza begitu juga dengan Shafiza,Muhaimin adalah tempat dia berkongsi masalah termasuklah hal-hal yang berkaitan keluarga.Hanya Shafiza seorang sahaja yang tahu akan masalah keluarga Muhaimin dan hanya Muhaimin saja yang tahu masalah di dalam keluarga Shafiza..

     Setelah hampir 2 tahun menyulam persahabatan dalam diam juga bukan sahaja Shafiza seorang sahaja yang memendam rasa namun Muhaimin juga turut begitu.Tetapi Muhaimin tetap konfius sama ada sayangnya terhadap Shafiza sekadar sebagai sahabat baik atau pun sayang lebih dari seorang kawan...Muhaimin buntu memikirkannya.Walaupun setiap hari akan diucapkn perkataan SAYANG kepada Shafiza namun dia tetap keliru dengan apa yang dilakukan kerana di sekolahnya juga Muhaimin ada menyimpan perasaan terhadap seorang perempuan yang juga satu kelas dengannya.Muhaimin keliru sama ada mahu memilih NUR SHAFIZA atau pun PUTERI NURUL SHARDILA.Shafiza yang sentiasa ada diwaktu susah dan senangnya atau Shardila yang hanya rakan sekelasnya.Tanpa memikirkan panjang akhirnya Muhaimin telah membuat keputusan.... 

   Malam itu dengan pantas dia menghubungi Shafiza.Namun tanpa di sangka2,Muhaimin akhirnya membuat keputusan untuk memilih Puteri Nurul Shardila sebagai teman di hati.Berat hati Shafiza menerima kenyataan itu lantas air matanya deras mengalir di pipinya.Shafiza tidak dapat membendung kesedihannya lagi lalu malam itu dia menangis sepuas-puas hatinya.Muhaimin hanya mampu meminta maaf namun masih sukar untuk Shafiza menerima semua ini.Di mana janji-janji Muhaimin terhadapnya dulu?


    Shafiza masih mengingati kata-kata terakhir Muhaimin " awak,maafkan saya.Saya tak dapat memilih awak dalam hidup saya, saya dah pun couple dengan seseorang".. Air mata Shafiza masih deras mengalir sehingga Shafiza tertidur dengan sendirinya.Sejak itu perhubungan Muhaimin dengan Shafiza menjadi renggang.Mereka tidak lagi saling menghubungi seperti selalunya.. 

to be continue..~


p/s: maaf kalau ada struktur ayat yang tak betul... sja suka2 wat cerpen.. peace!



Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah ..

Assalamualaikum...

Jum, baca entry sambil dengar lagu ni..
 
Selamat malam semua..  seperti yang semua tahu lepas je maghrib tadi kita baru sahaja memasuki tahun baru islam kan.. dimana penghijrahan Nabi Muhammad dan umat islam dari kota Mekah ke Kota Madinah untuk menyebarkan islam....  marilah kita ucap selamat tinggal zulhijjah dan selamat datang Muharram... :)


semoga kita sama-sama menanamkan azam serta semangat baru dalam diri masing-masing... InsyaALLAH kita sama-sama lah berdoa agar diri kita sentiasa berubah untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya..Amin...

Actually, tadi ieyza baru je balik dari PI(Masjid Uitm ), tadi ada buat solat berjemaah beserta solat hajat dan juga bacaan doa akhir tahun dan juga awal tahun... Semoga apa yang dihajati dimakbulkan ALLAH.. insyaALLAH...esok pulak ada ceramah mengenai Awal Muharram jugak kat PI.. sapa-sapa warga uitm Perlis jom la kita meriah kan lagi meghadirkan diri ke PI ye esok.. hee...^^

sebut pasal tahun baru mesti ada azam kan ... apa ye azam ieyza? erm,, biar lah rahsia.. yang penting ingin merubah diri untuk menjadi lebih baik dari sebelum ni.. harap-harap la kan apa yang di azam tak hanya di mulut tetapi dilaksanakan jugak.. huhu.. mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan... Amin... 

ok,lah akhir kata SALAM MAAL HIJRAH..

ikhlas from,, Ieyza Afieyna.. ^_^

Thursday, November 24, 2011

Tahniah ayah... :)

Assalamualaikum...

Terasa hati nak update entry ni, entry ini khas untuk ayah .. even beliau tak membacanye... ^^ nak ucap Tahniah dekat ayah sebab dapat anugerah.. Anugerah sebagai pekerja cemerlang iaitu Anugerah Khidmat Cemerlang 2011... ^_^ dari sebuah syarikat tempat ayah bekerja iaitu Safeguard G4S ..

Syarikat ape nie ? syarikat yang van hantar duit ke Bank-bank tu.. dulu ayah hanya sekadar driver van tersebut,, tapi dah di naik pangkat dan menjadi guard kat belakang van untuk menjaga duit yang ada beribu-ribu or berjuta-juta mungkin ,, untuk dihantar ke bank-bank..agak bahaya juga kerja ni actually...tapi nak wat camne kan.. itu lah kerja beliau..Ia memang sekadar guard..guard yang mempunyai gaji yang tak seberapa untuk menanggung jumlah keluarga yang agak ramai la jugak..

pergi kerja waktu subuh,,dalam kul 5 pagi dah gerak.. jauh pulak tu,.. rumah jauh.. kat kampung,,hampir sejam nak sampai ke tempat kerja,,kat ipoh tu.. balik kerja pulak waktu malam. . kadang sampai pukul 1,2 pagi macam tu.. sebab OT..kalau tak OT gaji sikit la.. sebab gaji pokok pun tak sampai RM1000, ni bila OT ade la rezeki lebih sikit kan..pergi naik moto je,, hari-hari..ulang alik.. kerja pun dalam seminggu sehari je cuti...jarang ambil MC apatah lagi nak ponteng...tapi tu tak melemahkan semangat ayah..sanggup bekerja keras semata-mata nak tanggung kami sekeluarga..

even dia hanyalah ayah tiri je..tapi dia lah yang memberi kami makan.. sebab mak tak kerja.. T_T lagi pun, mak kawin dengan ayah ni since ieyza darjah satu lagi..ayah kandung ieyza dah meninggal masa ieyza umur 5tahun.. T_T ieyza ada 3 adik beradik,, dan lepas mak kawin dapat anak lagi 3 orang.. so sekarang dah 6 orang kena tanggung.. dengan gaji yang tak seberapa pun..ye, tak di nafikan hidup keluarga ieyza susah la jugak, tapi sejak belajar ni,, kan dapat duit PTPTN ,so secara tak lansung dapat mengurangkan beban la sikit kan.. adik pun kecik2 lagi.. still sekolah rendah and ada sorang tak sekolah lagi..dah la. tak mo citer sedih-sedih.. hee.. 

disebabkan ayah seorang yang rajin bekerja.. jarang amik MC,, tak ponteng dan pekerja yang baik.. hee.. maka sebab tu la dapat anugerah ni... macam-macam barang dapat tau.. macam bese la.. dapat macam bende kat bawah ni..





dan jugak dapat Cheque yang bernilai RM1000... Wow.. best2.. hee...
mak pun gembira..Tahniah Ayah.. ;)

ni gambar mak dengan ayah.. ^_^
p/s: nanti dah kerja nak kerja rajin2 la.. leh dapat anugerah.. naik pengkat ke.. hehe.. insyaALLAH :)


Wednesday, November 23, 2011

Tuhan Berikanlah Aku Cinta ~

Assalamualaikum...



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini
Hampa...

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...

Monday, November 21, 2011

Hari Pertama

Assalamualaikum...

Hai.. ade tak sapa-sapa yang kecil hati dengan ieyza sebab tak datang blog korang ? sory la.. baru start sem, mcam busy ckit, nak urus macam2.. siyez,tak blogwalking pun hari ni.. sory.. ieyza mintak maaf.. 

Hari ni hari pertama masuk ke kelas .. tak belajar pun.. just suai kenal, dan lecturer terang kan apa sub topic yang akan belajar nanti.. erm, baru first day, tapi dah rasa bosan..sebab dari pukul 8.00-4.00 tak henti-henti lecture je.. bosan nye dok dalam LT..then, jadual sem ni pulak , seronok jugak ari jumaat tak da kelas. so boleh la rehat,jumaat ,sabtu ahad... :)

Tapi,, jadual sem ni nak kata pack, tak jugak lah.. tapi pack jugak lah.. haha.. Hari isnin je, start kul 8.00 pagi- 4.00 ptg..direct ! lecture je,dok kat LT.. aouch, cuba bayang kan bila dah start belajar, xke borink?? adoi.. dah la subject MEMBACA !! tak suke.. >.<  hari selasa pun sampai petang. rabu  n khamis je rasa xpack sgt.. 

adoi.. rasanya sem ni subject2 macam susah je..banyak baca membaca,kena hafal..ieyza dah la tak suka bab hafal menghafal.. kira-kira suka la.. macam tadi waktu Law, lecture tu kata kena memories , cannot use own word.. T_T  takowt pulak mendengar nya.. baru semangat first day dah takut...
Subject-subject sem ni...
Banking Operations (FIN263)
Operations Management (MGT345)
Business Law (Law299)
Business Communication (MGT269)
Malaysian Economics (ECO261)
Third Languange-Bahasa Arab II (BAB151)
macam susah kan ? entah la.. hope bole bawa....
ok,la nak siap kan note dalam fail yang lecturer nak tengak esok.. k,Salam..
t ,ieyza free ieyza singgah blog korang ye.. promise...


Sunday, November 20, 2011

Alhamdulillah.. Ieyza menang Contest Blog Tercomel :)

Assalamualaikum...

Hai.. semua... ^^ petang tadi ieyza baru je sampai arau bumi tercinta ni.. adess penat giler hampir 6 jam dalam bas... pastu sampai je uitm, terus p daftar then, masuk bilik.. kemas punya kemas sampai tertidur.. penat punya pasal la kan.. pastu tergerak hati nak online blog ni.. Pastu.. ~~

gembira tak terkata, sebab bukak je blog ada komen,ada orang gitau yang ieyza telah menang tempat kedua dalam Contest Blog TerComel (tempat kedua je pun.. hee) thanx ghadis kecik sebab sudi inform ^^ alhamdulillah rezeki ieyza lagi... so apa yang ieyza dapat.. ? dapat topup RM15 je..YEAH !!

Owner contest tersebut pun dah bagi topup tu.. Thanx sangat-sangat Fatisya Pinky sebab sudi pilih blog ieyza.. tak de la comel sangat rasanya >.< 

Pemenang Tempat Ke-2 :
Hadiah Topup RM 15

ok la. ieyza nak tidur..penat giler..just nak share kegembiraan je.. GUDNYTE ~

Saturday, November 19, 2011

Hargailah seseorang...

Assalamualaikum...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Mengenali seseorang itu..
kadangkala membuat kita ketawa..
Mengenali seseorang itu juga..
kadangkala membuat kita mengalirkan air mata...
sesungguhnya,mengenali seseorang itu mampu memberi pelbagai rasa..
marah..
sedih..
gembira..
sayang..
dan rindu...

tapi..
sedarkah kita
mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH..
biarpun hadirnya  hanya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA..
Bersyukurlah dengan kehadirannya ..
KERANA
barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti 
SEBUAH PERHUBUNGAN !!

Kadang-kadang Allah jarakkan hubungan kita..
kemudian dia dtgkan pula dengan dugaan..
puas kita menangis mencari dimana orang yang disayangi telah pergi..
rupanya Allah nak hadiahkan kita kerinduan yang berpanjangan..


Manusia,, kadang-kadang lupa untuk hargai seseorang yang ada dengan dia..
tapi... bila dia kehilangan orang tu dia akan menangis..
dan akan merindui seseorang itu sangat-sangat..
jadi, awak hargailah seseorang itu sebelum awak takkan dapat
lihat,
sentuh
rasa 
dan sayang
seseorang itu lagi...