hai. selamat malam semua. sebab sekarang jam menunjukkan kan tepat pada pukul 11.57 pm. . tadi masa blogwalking ieyza terjumpa satu blog yang menganjurkan contest. so disebabkan ieyza dah lama tak join mana-mana contest , so tergerak hati nak join contest nie. wink. >.< menarik contest nie. sebab boleh share cerita zaman dulu-dulu. bestnye memori zaman kanak-kanak kan. memang tak bole dilupakan la !
*maaf diatas penggunaan aku.disini story bermula..
aku dilahirkan dikampung dan dibesarkan jugak di kampung.zaman kanak-kanak aku sangat indah . dan tidak mungkin dapat aku lupakan.. benar kata orang tinggal di kampung adalah lebih seronok berbanding tinggal dibandar. entah la. memang betul. sebab macam-macam yang telah aku lalui di sini. di kampung halaman aku.. aku dulu seorang kanak-kanak yang hyper active jugak la. betul. tapi semenjak meningkat dewasa aku lebih suka duduk dirumah. jarang keluar rumah la..hee
bila dikatakan hyper active tu maksudnya aku buas. ganas la jugak. perangai pun macam lelaki,,HAHA.,. tapi sekarang tak dah. aku dah jadi seorang yang tersangat lemah lembutnye.. YEKE,? hee.. ok2. aku nak citer dulu-dulu masa zaman kanak-kanak. aku suka sangat pergi bendang. ! waktu ni tyme aku darjah 5, drjah 6,, aku dulu tak pernah lekat kat rumah. asyik2 kuar rumah dari petang pas habis waktu sekolah sampai la da senja. 7.30 malam baru blik rumah.mak selalu bising. sebab tu dulu muka aku gelap. kakak selalu kata aku,mentang-mentang dia putih. tapi naseb bek sekarang tak de la gelap sangat macam dulu.
bila aku p bendang, aku dengan kawan-kawan aku akan mandi dalam ban tu, tak pun kadang-kadang just rendam kaki je. pada masa yang sama suka tangkap ikan-ikan kecik yang ada dalam air tue. kadang2 ada gak ikan besar. ikan puyu pun ada.. amik buat bela. hee. pastu bila petang-petang budak laki pun selau mandi kat ban tu,. tapi jauh skit la dari tempat kami. budak laki pun mandi. tapi dorang tak senonoh,., mandi pun tak pakai apa. HAHA. tak pe budak2 la katakan :P .
selain itu, aku jugak suka berbasikal. aku dengan kawan bek aku akan pusing-pusing satu kampung nek beskal. bukan kampung ktorang ja. penah gak sampai kampung orang lain. sampaikan kami sesat . sob sob., kadang-kadang bile malas nek beskal kami jalan kaki jer. seronok weyh. rasa macam merentas desa.. tapi lagi jauh la. berpuluh2 kilometer gak la..aku ingat lagi waktu kat sekolah cikgu ada bagi kertas suruh kutip minta derma. so aku dengan kawan aku tu semangat lebih, so kitorang dengan muka tak tahu malu p la rumah-rumah orang mintak derma.. jauh la jugak,.pastu terpegi rumah cikgu, tak tahu lak tu umah cikgu, cikgu tu boleh cakap" ni rumah cikgu tak leh mintak derma." haha.. ada sekali g rumah makcik sombong.. dia halau kami. . rumah kaya tapi rm1 pun tak nak derma..tapi walaupun penat kan. kami berdua adalah orang yang paling banyak kumpul duit tue..tapi kawan aku paling banyak. and dia pun dapat hamper dari cikgu,, pastu dak2 laki panggil dia. "PEMINTA SEDEKAH YANG BERJAYA." Hee..semua ni aku lakukan bersama kawan bek aku yang bernama siti hajar. rindu dier kat die. T_T
selain daripada itu juga*haha, xley bla siap guna kata wacana. ok2. aku jugak suka men tutup oren. aku teror tau men ni. korang teror ke ?? jom lawan dengan aku. kih3, dulu je la, sekrang tak dah., dah pencen. dulu aku ada kawan . nama die faiz. dia satu kampung dengan aku. kami satu sekolah. satu tempat ngaji gak, pantang ada masa free aku dengan dengan dia mesti men tutup oren tak kira la kat sekolah atau pun kat tempat ngaji. die pun teror gak.actually mula-mula aku tak reti men pun. aku yang suh dia ajar. sekaly dia ajar, amek kau, lebih teror dari dia.. haha.. bangga giler la..
HEHE.. dia dia tutup oren.*tapi tak color oren pun.kui3
ha. yang paling aku tak leh lupa kan bila time main kawen-kawen pastu men masak-masak. rasa macam betul-betul plak. aku selalu nya men kawen-kawen dengan sedara aku. haha.. mak sedara aku dengan pak sedara aku selalu la kena aku jugak.tapi ala bese la budak2 kan. pastu para hadirin tu adik yang kecik2 tu.. mai datang bawak bunga-bunga pastu tabur atas tangan. renjis-renjis air. hee.. then bila time masak-masak plak. aku selalu jadi isteri and jugak seorang mak. . habis aku kerjakan periuk belanga mak aku. haha. pastu .masak betul2 tau.. guna api. . mak pun marah. tapi buat bodo jer. ish3.. barang-barang yang wajib ada tanah liat, pasir, pisau daun, kuali, periuk. pastu pasir tu dijadikan nasi. tanah liat buat lauk.. pastu kutip daun-daun.potong la. buat sup sayur.. makan bersama pasir. .* TAPI xla makan betul2..olok2 jer.. hee..^_^
macam aku je dulu-dulu. ish3.
credit to mr google. :)
act macam-macam la aku buat waktu kecik2. sampai esok pun tak habis kowt..aku dengan kawan-kawan aku suka gak men zero point. tau tak apa tue ? ala yang guna getah banyak-banyak tu. . best wo.. rasa mcam nak men lagi je. hee. pastu men lompat tikus la, men nenek sibongkok tiga la,. men ape2 jela an. tapi semua ni cukup indah dalam hidup aku. aku tak lupa lansung la. btw. thanx kat kawan-kawan aku yang telah menjadi kan zaman kanak-kanak aku begitu indah. exspecially siti hajar aka jaja.. adios..ok. tamat. ini sahaja memori indah aku. hee.bye,
9 000 kuceng marie:
Whoaaa....menarik2...rindu time kecik2 dulu...=))
heheheh..kenangan masa kanak-kanak. MO pon main jugak semua tu kan. hehe... :-)
tudung tin atau penutup botol tu yang paling pemes main ngan dak-dak laki je..hehe
@May Maisarah
hee.. betul2.. ieyza pun rindu zaman kecik2 dulu. rasa macam nak kembali zaman kecik2 dulu je. hee.. tak puas..
@Muslimah Optimis
aah.. memang la.. tutup oren tu memang femes. budak laki la slalu men. tapi ieyza pun berminat nak men. tu jadi teror. hee
wachaaaaaaaaaaaaa
@bloghok
hehe...
@bloghok
hehe...
huhuhu, terbaikk :D best la citer ni ^^ dulu saya pun main masak2 n kawin2, hehehe ;D
@Fiqah Yassin
hehe..tu la.. bese la. waktu kecik2 dulu..
rasenye semua org akan lalui permainan mcm nie ;)
Post a Comment