Saturday, May 7, 2011

Hari Ibu haram?

             Erm...betul ke hari ibu nie haram?entah la.. tadi masa online kat facebook tiba2 terbaca satu note yang mengatakan bahawa hari ibu ini haram..betul ke apa yang tertulis di facebook tu? kadang2 apa yang ada kat facebook tu ada yang boleh percaya dan ada juga yang tidak.. tapi kalau hari ibu itu haram macam mana pulak hari bapa? hari guru ? hari wanita sedunia?semua tu disambut untuk mengenang jasakan. bukan ada kaitan dengan sejarah silam tu. macam hari ibu dan bapa kita sekadar mengucapkan "selamat hari ibu ,emak !terima kasih jaga kite smpai besar" dan bagi hadiah kn..bukan pun sambut besar2an..macam tue gak hari bapa .dan hari guru ..erm.. tapi tak tahu la kowt lepas nie ada keluar plak article menyatakan hari bapa dan hari guru juga haram..
ni dia sejarah yang mengatakan hari ibu itu haram..


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/
Photobucket


5 000 kuceng marie:

Anonymous said...

bagi saya itu semua berdasarkan niat kita..hari ibu boleh disambut sebagai penghargaan kepada ibu kita yang berpenat lelah melahirkan..sama ada tarikh yang sama atau tidak itu terpulang pada kita sendiri..At least mak kita rasa dihargai dengan hanya sehari hari istimewa untuk dia..Semua bergantung pada niat kita, samalah juga kalau kita meraikan hari perayaan lain tapi kalau niat kita untuk menzirah sahabat berlainan agama itu bukan dikira meraikan.Saya juga masih cetek dalam pengetahuan agama tapi apa yang saya tahu dari uztaz selagi niat kita tak menjurus ke arah syirik atau menyekutukan allah insyallah kita masih di jalan yang betul.....

Anonymous said...

kalau mcm turh..kenapa hari raya pown x haram...percaya la fakta yg tah betul ke x?Hari guru pown jd haram jugak ke...Pikir2 kan lah..Mmg la ad hari ibu tiap2 hari..x payah nk kta pa...jgn la terlalu percaya benda yg x tahu kesasihannya okeh..

smile..:)

Far8 budak baik said...

ak tak tahu nk cakap ape..
tapi aku sambut hari ibu bukan sebab itu tapi nk gembirakn hati ibu..
=)hehe

Anonymous said...

Nice entry :)

ieyza afieyna said...

betul tue..bak kate kawan sye khairul:

selagi kita dipaku oleh dang durjana belah barat. semua yg di lontarkan haram dan bertentangan pada kita. takpe. 8 mei hari ibu sedunia. mengingatkan jasa kenang si ibu sedunia. tak salah menyambut. asalkan ada batas sambutannya. yang penting. hari hari kita berlalu. dulu. dan bakal mendatang. kan hari hari ibu juga. takkan wujudnya kita kalau tidak kerana ibuayah. sokey. menyambutnya boleh. asalkan ada batas sambutannya.

kan??