Wednesday, June 29, 2011

orang cantik best ke ?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum
♥ Hello silent reader ! ♥

Girls Myspace Comments

Best tak kalau jadi orang cantik ? mesti best kan.. mesti ramai peminat.. ramai kawan.. popular.. hidup happy jerr. selalu menerima pujian dan meminta orang untuk memujinya..betul  ke tak ? semua tu orang cantik akan merasai semua tu la... pergi mana-mana ada ja orang nak ngorat..pewit pewit ! haha

tapi kalau orang tak cantik macam mana pulak kan.. dia tak ramai kawan ke ? dia tak popular ke, kehidupan dia tak happy ke? tak da orang puji ke? kalau gedik camne ?

peminat ?orang cantik mesti ramai peminat kan. ramai admire .. tapi orang tak cantik. ? ada juga tapi mungkin tidak seramai peminat si cantik kowt. ce tengak orang cantik yang dapat bf ensem..orang akan cakap "wah sweet couple.. " kalau orang tak cantik dapat bf ensem ? ada ja orang yang tak puas hati.. orang akan cakap "ala, laki tu buta apa. punya la ensem ,tapi awek hampeh,." "entah-entah minah tu jampi kowt ,tu dapat bf ensem. minyak guna-guna la katakan. pakai bomoh la bagai.."

kawan?mungkin ada yang ramai kawan sebab kawan-kawan dia tu tak memilih mungkin. sebab ada setengah orang cantik tak kan kawan dengan orang tak cantik. apa kelas ~~ memang ada kan orang yang mcam tue kan. dan mungkin kawan semata-mata untuk mempergunakan .. ada juga la kowt, T_T *mengunakan kelemahan orang lain untuk kelemahan diri sendiri.. 

popular? selalunya orang yang cantik akan popular. sebab mungkin orang cantik selalunya up do date. tak macam orang tak cantik selalu kena kata ,kena kutuk n sekutu dengan nya ketinggalan zaman ! yela. kebanyakkan orang cantik suka pkai seksi-seksi kan* tak semua larh ! ce, kalau orang tak cantik pakai seksi-seksi. free hair. orang sekeliling akan mengata juga.! * ish dah lar xcantik beria nak pakai seksi2 bagai.. nak make up2 bagai. dah tak cantik tu tak cantik je la..  ! ada kan orang yang akan berkata-kata seperti ini tul x ? sebab mereka-mereka yang berkata itu itu terlalu caring A.K.A sibuk hal orang lain..HAHA...

Puji ? Orang cantik selalu kena puji kan. cantik la kau.! cute sangat. kadang-kadang tu kalau tak da orang puji mereka akan puji diri sendiri. kan kan. tapi tak kisah la sebab dah memang dia cantik kan. ce kalau orang tak cantik. kena puji.. nak tanya pujian dari seseorang itu ikhlas ke pun. ke puji sambil perli. then pas puji pandang tempat len wat mimik muka nak termuntah la. jeler lidah la. eh ini realiti ok. mungkin itu perli dan kadang-kadang orang tak cntik akan cuba tersenyum konon-konon menerima pujian yang sangat ikhlas itu walhal sebenarnya pujian itu satu persendaan dari orang cantik yang bajet sangat-sangat cantik..tak perlu pura-pura kalau nak puji, sebab pujian anda itu mungkin satu penghinaan ..kalau orang tak cantik puji diri sendiri pulak macam mana.? ha orang cantik mesti akan cakap." eleh perasan betul minah ni.." Err.. .REALITI k,,

Gedik..? perempuan kadang memang agak mengada2, agak gedix2 camtue. ala normal la. tapi ada kadang tu terlebih over tau plak.tapi dah cantik orang tak kisah sangat akan kegedik dia tu. huhu.. tapi ce kalau orang tak cantik tiba-tiba gedik. orang mesti cakap." ala poyo r minah ni. gedix lebih. kurang kasih sayang ar tu.. beria nak cari perhatian lebih..."

Tapi....

kalau cantik diluar kat dalam tak cantik macam mana pulak. so tak perfect jugak kan. bak kata ustaz" lebih baik seseorang itu cantik didalamnya berbanding diluar..namun kalau memiliki kedua-dua kecantikan itu maka itu adalah kelebihan bagi dirinya.. "
so yang penting biar lah orang mengata ,orang mengutuk or seumpama dengannya yang penting hati dan jiwa sentiasa bersih dan baik. itu adalah sebaiknya...

itu semua antara manusia dengan manusia.. manusia tak akan pernah puas hati dengan apa dia memiliki dan tak akan juga mahu orang lain mengatasi dia.. tapi kalau di sisi ALLAH. semua sama nya.. sebab ALLAH itu maha adil.. dan tiada yang cantik dan tiada yang buruk .semua sama je. sebab Dia yang mencipta manusia itu.. hebat bukan. tiada satu ciptaan ALLAH S.W.T pun di dunia ini yang buruk. semuanya indah...sebab setiap ciptaanNya ada hikmah disebaliknya...Allahualalam..
Photobucket


Monday, June 27, 2011

Huh ! Saya tak marah cuma..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum



Geram..geram.. geram.. and geram.. tak tahu geram tu apa ? lol. ! bukak kamus erk tak pun gi google translate ke .. tapi yang penting aku memang geram giler. and berkemungkinan yang agak besar jugak la entry ini aku akan tulis di luar jangkaan.. tapi dengan penuh kesabaran dihati agar kegeraman aku ini tidak meletus bagai larva di gunung kinabalu tu. ! *ade ke pun ?? =.=


ada ka patut ha ? entah aku rasa tak patut kut. maaf la if ada yang terasa pedas bila baca apa yang bakal aku tulis ni kan... aku tak maksud kat siapa-siapa pun. dia or dia. nothing ! just my luahan oke. tapi aku meluat .menyampah. rasa nak duku-duku ja. gigit-gigit ja., tapi sabor je lerr...! hey . adik ada bf da kan. jaga je le la bf adik tu baik- baik. tak payah lah dok baik hati nak jaga bf orang lain sekali la kan... tau la ex tapi perlu ke nak panggil ex tu sayang, abang, baby, b , manja-manja bagai?? haloo.. ex kerr camtue. ! bila tanya alasan. " ala sorry kak dah terbiase." senang je jawapan eh.. pastu senang je mntak maaf. kalau ye pun nak kawan tak kisah ar. tapi perlu ke sampai nak panggil panggilan MANJA la sangat sampai macam tu ! 

erk.. entry ni tak da kena mengena dengan awak n awak pasal hal semalam yang berlaku.! ppfft........
haha.. kalau ada kene mengena  pun apa salahnya. saya just nak kongsi bersama-sama rakan-rakan tersayang saya kat cni..!entah la. susah nak ckap. pedih hati gilar bagai dicucuk sembilu bisa hang tau dak.! tengak kuaq terus cakap kedah aku .. even aku orang perak... nasib baik aku bek hati. * saling memaaf itu amalan mulia.. aku terkejut beruk tahap giler baban * orang salu guna. aku tiru ja ek ! bila aku buka jer fb dia.. dia sedang berseronok-seronok chat dengan minah tu.. oo.. panas lerr dowh. takkan nak senyum je, tapi thanx sebab kau remove budak tu lastly.. tabit spring lerr... daa....pape un  i know who u are. <3 u..
for him: I love you. thanks for everything .. I know that you always be patient to me right .. lastnight,sorry for ur  call  simply to persuade me ...thanx. <3

since,
ieyza afieyna...

p/s: betul ke orang cakap. ex sesama ex xbole kawan lagi.coz di kuatiri perasaan sayang yang pernah tercipta itu akan muncul kembali.. huhu...
Photobucket