Thursday, May 10, 2012

Spontaneous Thursday #Tak Perlu

Assalamualaikum...


Tak Perlu
kau menagih janji kalau rasa kau selalu memungkir janji ! 

Tak Perlu
kau mengungkir janji kalau kau tak pandai nak tunaikan janji !

Tak Perlu
kau berlagak jujur kalau kau rasa diri tu memang penipu !

Tak Perlu
kau fikirkan aku kalau kau rasa dah tak perlukan aku !


Leave me alone -.- 




Wednesday, May 9, 2012

Cuti-cuti Malaysia..

Assalamualaikum...
 
Hye..Sian blog ni dapat tuan macam chipsmore.. kejap ada kejap tak da. haha :D
Actually, ieyza baru lepas balik dari bercuti.. ala ,percutian yang tak dirancang pun..sebab tu lansung tak online.. 

tujuan utama sebenarnya, hari sabtu hari tu pergi KL sebab kakak sedara kawin dekat Bangsar.. lepas makan-makan, sembang-sembang semua. tetiba tak tahu nak pergi mana, mak tetiba ajak ayah pergi Melaka.. sebab dalam seumur hidup tak pernah jejak kan kaki kat melaka pun..

So, kami pun gerak ke Melaka..sampai melaka dalam kul 6 lebih macam tue..best jugak kat sana..macam-macam tempat bersejarah ada tapi banyak barang mahal-mahal kowt. sewa tempat tidur last minute pun mahal -.- malam tu kitorang just pergi pasar malam je kat area Dataran Pahlawan Melaka tu je. pastu makan kat kedai makan dekat-dekat situ. mak ai mahal kowt. nasi goreng biasa pun rm5.. nasi goreng lain-lain RM6++ ..
pastu, besoknya time otw balik baru la kitorang singgah tempat-tenpat menarik. kitorang naik Menara Taming Sari tu.. best jugak.. dapat tengak bandar melaka dari atas. cantik sangat!! pastu pergi melawat bangunan-bangunan bersejarah.. 




 
 
and last sekali pergi Zoo Melaka.. adik la dia nak pergi sangat.. tapi nak komplain sikit la. zoo taiping lagi ok kowt dari zoo sana. dah la binatang nya tak banyak yang ada.. ralat jugak la.. ish3 .. then, petang tu jugak balik KL balik.. sebab hari isnin ayah ada hal la pulak nak settle kan nak kena pegi Bank Negara tu.. dah settle semua.. kitorang pun balik Perak..
 
p/s: penat pun tak hilang lagi.. xonline sangat... sebab tu baru dapat update..huhu :P ~