
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum
Untuk renungan bersama..
Hai manusia yang tersayang...
Tadi malam waktu engkau tidur,aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat,tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu.Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur,bukan untuk membaca Al-Quran.Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa....
Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman.Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu.Bila subuh datang menjelang,udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'.Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazir air dan tidak meninggikan water bil rumahmu.Aku lihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut Alhamdulillah.Ini bagus juga.Cukuplah engkau sedawa kuat-kuat seperti lembu.
Hai manusia ku cintai,,
Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalaunya suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air.Ini sangat bagus dan terpuji,kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazir rezekimu yang melimpah ruah yanG diberikan Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat.Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang,untuk menonton wayang, berholiday dan membeli kemewahan didunia.
Duhai manusia..
Di sepanjang ramadhan ini, telah lemah seluruh urat sendiku,telah terbakar seluruh jasadku, merintih ku kesakitan, bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa dan menghabiskan waktu malam dengan bertarawih, berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas, kerana pintu taubat telah dibuka oleh ALLAH dengan seluas-luasnya..Namun ,aku tetap gembira kerana ada diantara kalian yang masih sudi menjadi temanku,. melepaskan peluang rahmat ALLAH dengan mengucap perkataan sia-sia, mengumpat, tidak bertarawih,malah mencipta persengketaan..aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali..cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku di sepanjang bulan yang dirahmati ini..Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama .. kita berpegang tangan menuju ke Neraka Jahannam..
Sahabatmu yang tercinta,Iblis Laknatullah...
*catatan: surat ini adalah hasil ciptaan manusia yang mempunyai "niat yang murni" untuk mengingatkan pembaca,bagaimana iblis dengan segala tipu dayanya menggoda manusia.Matlamat sebenar iblis Laknatullahu'alaih ialah mengheret manusia bersama-samanya masuk ke dalam "NERAKA JAHANNAM"



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum ♥ Hello silent reader ! ♥
Semalam aku keluar pergi buka puase lagi kat luar. biler skly dah merasa. mesti nak lagi. HAHA. tapi kali nie dengan kawan baik aku,fiera .,die yang ajak.. aku on jerr.. ;) die study kat poly syed sirajuddin...cun ! nak berkenalan x ? single lagi..^^ huhu..best sangat semalam coz dah lama xjumpa dia.. kami bertiga jerr semalam. sorang lagi kawan aku kat uitm,anisah but we all panggil dia kecik.sebab die kecik dan cumeyl.. huhu..~kami bertiga memang rapat sejak time sekolah lagi.. :)
---FIERA----
kami keluar awal.. pkul 3 petang lagi.. sebab nak borak2 dulu. ye la lama x jumpa.. pastu jalan la dalam c-mart tu.sementara tunggu fiera smpai. pastu aku dengan kecik nmpak ade penimbang berat.! apa lagi aku pun rasa nak timbang la berat aku.. aku pun timbang... adoii ! Berat aku semakin turun. turun 3 KG plak tue..sedih nye.. :( dah la berat aku memang ringan.. nie bulan puasa bertambah ringan la berat aku.. .aku pun xtau la camna nak bagi berat badan aku ni naik. biler buka puasa je , makan pun sikit. cepat knyang. padahal beli nasi separuh ! =.=
*gambar kat dalam c-mart je. masa kat kedai makan..x snap pun. hee^^
OK..lupakan pasal tu.. tak lama kemudian fiera pun sampai..:) then kami pun pusing -pusing balik dalam c-mart beli apa yang patut... huhu.. dah borink kat dalam c-mart ..kami pun jalan-jalan kat luar c-mart then terus pergi ke bazaar yang berhampiran. .. banyak makanan sedap2 kan. rasa macam semua nak.. tapi tu nafsu ja. tahan2.. hee.. beli apa yang ptut je la kan...pastu kami pun pergi ke kedai makan yang nak makan tue,.. order la. tapi nasi kami smpai lambat T_T . so minum air + makan murtabak masa beli kat bazaar tadi sementara tunggu makanan tiba. hee.. pas makan semua. dlam 8.30pm macam tu kami pun terpisah.. balik la ke tempat masing2.... pape un. thanx to fiera and kecik. hee. Sayang korunk !! <3 <3
p/s: jumaat nie test JPJ... takut sangat2..hurm....


