Friday, April 15, 2016

Dear Love Happy Anniversary

Assalamualaikum...
Dear Love, MR. MN, Happy 5th anniversary !!

15-04-11 ~ 15-04-16 ^_^

Terima kasih untuk segalanya... setiap pengorbanan, nasihat, pertolongan, jatuh dan bangkit saya..5 tahun lebih kita harungi hubungan ni, banyak dugaan, banyak kenangan pahit manis dari zaman diploma, degree dan kini di alam pekerjaan..rasa macam sya orang yang paling bertuah dalam hidup ni... dapat kenal orang sebaik awak.. seorang yang penyabar..


Sambut Anniversary kt Pizza Hut je.. :D
Bermulalah cerita disini...

Awak hadir disaat hati ni sedang terluka..Terluka disebabkan cinta monyet waktu sekolah yang putus ditengah jalan.. Ehh..

Awak bagi kata semangat untuk saya move on.. Lupakan orang yang tak pernah hargai kita.. Lupakan orang yang mengkhianati kita.. Lupakan dia yang saya sendiri pun tak berapa kenal sepenuhnya.. Terasa bodohnya saya sebab berharap pada dia sedangkan dia dah ada orang lain..

2010, setahun saya merana, gila bayang. saya hubungi dia.. kacau dia.. sehingga menyebabkan dia benci saya. Benci sampai sekarang. Mungkin.. Lepas masuk UiTM, hidup ni rasa kosong.. hati nie masih sedih dan ingat dekat dia.. Doa dia termakbul, dia cakap semoga saya jumpa orang yang lebih baik dari dia.. Dia mengaku dia khianati saya. Dia jujur rasa bersalah memainkan hati dan perasaan saya. 

Tapi di saat hati kecewa, october 2010, tiba2 awak muncul.. Kacau2 saya.. Saya yang anti lelaki nie boleh pulak melayan awak yang suka buat lawak bodoh tu.. Layan pun sebab awak pernah satu sekolah teknik masa dekat manjung dulu. Kalau memang tak kenal,   memang bolayan la ehhh... Since awak kacau2, hidup saya kembali ceria..Memang susah nak lupakan yang pertama, tapi kini awaklah yg pertama yang dinamakan cinta.. Ehh jiwang nya.. :p

6 bulan berkawan, saya dah rasa mula suka kat awak. awak caring, baik, apa yang penting tak merokok.. Saya tanya kawan2 teknik pasal awak.. sebab saya pun tak knal sangat awak ni macam mana orangnya... Diorang kata awak ni kaki surau. Masa kat teknik awak selalu jadi imam. Entah betul ke ? Tempat awak lepak memang dekat surau la eh. Memang saya rasa awak ni baik orangnya.. 

Bermula segalanya April 2011, saya dapat terima awak sepenuhnya. Saya nekad lupakan si dia. Sejak itu , hati saya hanya setia pada awak. awak yang bernama Mr.MN..awak terima saya  walaupun saya tak macam orang lain.. saya tak cantik.. saya kurus.. kecik.. bila nak gemok entah... Tapi awak selalu cakap cantik tu tak penting.. Yang penting hati..hurm.. 

Dari zaman diploma, degree awak banyak tolong saya.. Disaat saya susah awak tolong.. jatuh  saya awak bagi semangat untuk bangkit.. dan macam2 lagi.. awak tunaikan macam-macam impian saya, termasuk impian saya nak pakai braces.. Gigi saya tak cantik.. orang selalu kutuk gigi saya.. sebab gigi lah saya rasa xda keyakinan dalam hidup ni.. sebab tu la saya nak pkai sangat.. terima kasih sangat-sangat sebab tolong bayarkan duit downpayment.. Kalau tak mungkin sampai ke hari ni saya tak pakai. Sekarang gigi saya dah cantik.. Tak sabar nak buka.. heee..

hampir 6 tahun kenal awak, jujur saya kata awak seorang lelaki penyabar. Ye, awak seorang yang sabar. Setiap masalah yang datang awak tak pernah melatah. Awak lalui dengan tenang. awak sabar melayan karenah saya yang kadang terover mengada2, kuat cemburu, suka buat keputusan melulu, suka marah awak, membebel hari2.. Awak penyabar, bukan pemarah, hati cepat sejuk, kelakar, pandai memujuk.. Makin lama kenal makin saya kenal awak orang nye macam mana.. 

Dan Sekarang, 5 thun berlalu, kita sama2 dah kerja.. baru masuk alam pkerjaan sama-sama cari rezeki di Negeri yang bernama Putrajaya..5 tahun berlalu, Moga lepas ni ada rezeki lebih untuk kita.. Saya tak sabar nak jadi soulmate awak.. Semoga Allah permudahkan ape yang kita rancang.. Amin...

Saturday, April 2, 2016

Tahniah Jaja ! Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum...

Dear Jaja,
My childhood friend,

Congratulation

Alhamdulillah.. Dah selamat jadi isteri orang.. Tumpang gembira buat kamu..

 Actually, aku jarang pergi wedding kawan. Bukan sebab apa, sebab tak ada transport nak pergi atau time yang tak mengizinkan. But, invitation kali ini buat aku bersemangat nak pergi. Sebab ini special invitation bukan melalui tag random dekat FB. So aku decide nak pergi nikah dia walaupun nikah dia hari jumaat waktu malam.

Aku sanggup apply annual leave tau.. hee. dan paling tak malu, boleh pergi wedding jaja ni tumpang kawan laki aku dan 2 kawan perempuan.  malu rasanya. tq zizan, anis dan dayah. 

She is my bestie time sekolah rendah. Banyak betul kenangan  manis dengan dia.. Bila ingat balik rasa nak nanges pun ada. hee.. Kawan yang paham perangai kuat merajuk aku, kawan yang jaga aku time aku demam masa kt hostel smis, kawan yang suka bagi nasihat, kawan tempat share rahsia.. teman lepak taman, ronda basikal, mandi ban, tangkap ikan, berkelah atas bukit.. kalau nak cerita memang tak akan habis lah,,

Tapi,

itu dulu kan,, masa dan jarak memisahkan kita.. 
Tak apa.. kenangan tu tetap ada dalam hati.. 
and
please dont forget that im ur first SKIS's friend..

Selamat Pengantin Baru Siti Hajar Binti Rusli 👰.. Semoga berbahagia bersama suami dan bakal anak-anak yang tersayang dan moga kekal hingga ke jannah. Amin,