Saturday, November 26, 2016

Adam Hariz

Assalamualaikum...

Yeah.. Hari ni dapat jumpa Adam Hariz.. 👶 
Walaupun mood tak berapa baik tapi tersenyum jugak dia..hihi.. 

Plan punya plan dapat juga kita berjumpa.. Meet my bestie Fiera & Ana.
Sorang dah jadi mommy. Sorang lagi mommy to be. Tahniah both of u. 

Kitorang jumpa dekat Sunway je. Walaupun tak lama. tapi dapat lah kali pertama jumpa adam ni. Adam Hariz.. comel je. Bau baby wangi je kan. hii..eh.

Comey tak ? Hihi

Friendship forever.

Buat sahabatku,
Norfarhana (Fiera) dan
Siti Nor Farhana  (Ana) 

Sayang korang. Korang je kawan yang still keep contact sampai harini 💕


Monday, August 1, 2016

Tahniah Pecca!

  
Assalamualaikum...

31072016 | Ahad


Fuh.. bulan nie 2 kawan baik naik pelamin. Cemburu pun ada. Tite nak tawen jugak. hihi..
Tak payah mengada lah kan.. Ada jodoh nanti kawen la. kalau belum sampai, tunggu jelah... 😄

By the way, Tahniah Pecca dan suami.. Moga berbahagia hingga ke Jannah. 
💖👰 Selamat Pengantin Baru 👰💖

Pecca pun sama, kawan masa dekat sekolah Teknik Lebuh Cator, Ipoh.. orang nya sopan sangat. lemah lembut je.. Pandai bagi nasihat..kata-kata semangat.. Waktu sedih kalau story dekat pecca mesti dapat semangat balik. Dia mampu buat kawan-kawan dia tersenyum.. 

Jap nak share gambar time sekolah. Throwback sekejap..

abaikan aku yang comot. HAHA

|
|
|
V




Monday, July 11, 2016

Selamat Pengantin Baru Ana..

Assalamualaikum...

09072016 |  Sabtu

Alhamdulillah.. Akhirnya turn ana pula menamatkan zaman bujang.. Hujung bulan ni pecca pulak, Kite ni tak tahu plak bila.. huhu.. Takpa la, biar kawan-kawan mendahului dahulu,, nanti im follow ok.

Ini ana.. Nama penuh Siti Norfarhana. Kawan masa sekolah Teknik Lebuh Cator Ipoh.. Kawen dengan senior TLC jugak.. lama hubungan diorang dari zaman sekolah hingga ke jinang pelamin.. Moga-moga hingga ke Jannah..Amin.

 Aritu masa wedding fiera jadi bridesmaid, kali ni jadi pengapit plak. hihi.. amik berkat sikit sikit ne tau jodoh cepat sampai pulak kan. huhu..

Apa-apa pun selamat pengantin baru ana. ❤👰👰👰👰

Share gambar sikit-sikit.
Gambar Sebelum nikah.. hihi.. selfie dulu sebelum ana jadi isteri orang..
Alhamdulillah.. selesai.. Gambar selepas nikah

Gambar with mommy to be.. Next month nak bersalin dah.. gagah lagi pergi wedding..hihi
Kawan-kawan TLC.. Rindunya zaman sekolah.






Pecca je yang tak ada. tak dapat datang sebab bz persiapan kahwin dia hujung bulan ni.. Btw, jumpa lagi nanti kat kenduri pecca pulak..
Im, still single but not available. haha..

Wednesday, May 11, 2016

My Bachelor Convocation

Assalamualaikum...
Alhamdulillah 10 MAY 2016 .. official graduate in Bachelor Degree Human Resource Management from UiTM Perlis.. Happy convocation day to me 🎓🎓 

Walaupun sedih sikit sebab my parent tak dapat datang.. tapi nasib baik ada orang special yang sudi datang konvo I. Thank you Mr. MN 😍

Mudah-mudahan segulung ijazah yang aku ada ni mampu mengubah kehidupan aku. Amin.








Bachelor Business Administration (Hons) Human Resource Management, UiTM Perlis.
Group E. Sept 2013 - Jan 2015

Friday, April 15, 2016

Dear Love Happy Anniversary

Assalamualaikum...
Dear Love, MR. MN, Happy 5th anniversary !!

15-04-11 ~ 15-04-16 ^_^

Terima kasih untuk segalanya... setiap pengorbanan, nasihat, pertolongan, jatuh dan bangkit saya..5 tahun lebih kita harungi hubungan ni, banyak dugaan, banyak kenangan pahit manis dari zaman diploma, degree dan kini di alam pekerjaan..rasa macam sya orang yang paling bertuah dalam hidup ni... dapat kenal orang sebaik awak.. seorang yang penyabar..


Sambut Anniversary kt Pizza Hut je.. :D
Bermulalah cerita disini...

Awak hadir disaat hati ni sedang terluka..Terluka disebabkan cinta monyet waktu sekolah yang putus ditengah jalan.. Ehh..

Awak bagi kata semangat untuk saya move on.. Lupakan orang yang tak pernah hargai kita.. Lupakan orang yang mengkhianati kita.. Lupakan dia yang saya sendiri pun tak berapa kenal sepenuhnya.. Terasa bodohnya saya sebab berharap pada dia sedangkan dia dah ada orang lain..

2010, setahun saya merana, gila bayang. saya hubungi dia.. kacau dia.. sehingga menyebabkan dia benci saya. Benci sampai sekarang. Mungkin.. Lepas masuk UiTM, hidup ni rasa kosong.. hati nie masih sedih dan ingat dekat dia.. Doa dia termakbul, dia cakap semoga saya jumpa orang yang lebih baik dari dia.. Dia mengaku dia khianati saya. Dia jujur rasa bersalah memainkan hati dan perasaan saya. 

Tapi di saat hati kecewa, october 2010, tiba2 awak muncul.. Kacau2 saya.. Saya yang anti lelaki nie boleh pulak melayan awak yang suka buat lawak bodoh tu.. Layan pun sebab awak pernah satu sekolah teknik masa dekat manjung dulu. Kalau memang tak kenal,   memang bolayan la ehhh... Since awak kacau2, hidup saya kembali ceria..Memang susah nak lupakan yang pertama, tapi kini awaklah yg pertama yang dinamakan cinta.. Ehh jiwang nya.. :p

6 bulan berkawan, saya dah rasa mula suka kat awak. awak caring, baik, apa yang penting tak merokok.. Saya tanya kawan2 teknik pasal awak.. sebab saya pun tak knal sangat awak ni macam mana orangnya... Diorang kata awak ni kaki surau. Masa kat teknik awak selalu jadi imam. Entah betul ke ? Tempat awak lepak memang dekat surau la eh. Memang saya rasa awak ni baik orangnya.. 

Bermula segalanya April 2011, saya dapat terima awak sepenuhnya. Saya nekad lupakan si dia. Sejak itu , hati saya hanya setia pada awak. awak yang bernama Mr.MN..awak terima saya  walaupun saya tak macam orang lain.. saya tak cantik.. saya kurus.. kecik.. bila nak gemok entah... Tapi awak selalu cakap cantik tu tak penting.. Yang penting hati..hurm.. 

Dari zaman diploma, degree awak banyak tolong saya.. Disaat saya susah awak tolong.. jatuh  saya awak bagi semangat untuk bangkit.. dan macam2 lagi.. awak tunaikan macam-macam impian saya, termasuk impian saya nak pakai braces.. Gigi saya tak cantik.. orang selalu kutuk gigi saya.. sebab gigi lah saya rasa xda keyakinan dalam hidup ni.. sebab tu la saya nak pkai sangat.. terima kasih sangat-sangat sebab tolong bayarkan duit downpayment.. Kalau tak mungkin sampai ke hari ni saya tak pakai. Sekarang gigi saya dah cantik.. Tak sabar nak buka.. heee..

hampir 6 tahun kenal awak, jujur saya kata awak seorang lelaki penyabar. Ye, awak seorang yang sabar. Setiap masalah yang datang awak tak pernah melatah. Awak lalui dengan tenang. awak sabar melayan karenah saya yang kadang terover mengada2, kuat cemburu, suka buat keputusan melulu, suka marah awak, membebel hari2.. Awak penyabar, bukan pemarah, hati cepat sejuk, kelakar, pandai memujuk.. Makin lama kenal makin saya kenal awak orang nye macam mana.. 

Dan Sekarang, 5 thun berlalu, kita sama2 dah kerja.. baru masuk alam pkerjaan sama-sama cari rezeki di Negeri yang bernama Putrajaya..5 tahun berlalu, Moga lepas ni ada rezeki lebih untuk kita.. Saya tak sabar nak jadi soulmate awak.. Semoga Allah permudahkan ape yang kita rancang.. Amin...

Saturday, April 2, 2016

Tahniah Jaja ! Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum...

Dear Jaja,
My childhood friend,

Congratulation

Alhamdulillah.. Dah selamat jadi isteri orang.. Tumpang gembira buat kamu..

 Actually, aku jarang pergi wedding kawan. Bukan sebab apa, sebab tak ada transport nak pergi atau time yang tak mengizinkan. But, invitation kali ini buat aku bersemangat nak pergi. Sebab ini special invitation bukan melalui tag random dekat FB. So aku decide nak pergi nikah dia walaupun nikah dia hari jumaat waktu malam.

Aku sanggup apply annual leave tau.. hee. dan paling tak malu, boleh pergi wedding jaja ni tumpang kawan laki aku dan 2 kawan perempuan.  malu rasanya. tq zizan, anis dan dayah. 

She is my bestie time sekolah rendah. Banyak betul kenangan  manis dengan dia.. Bila ingat balik rasa nak nanges pun ada. hee.. Kawan yang paham perangai kuat merajuk aku, kawan yang jaga aku time aku demam masa kt hostel smis, kawan yang suka bagi nasihat, kawan tempat share rahsia.. teman lepak taman, ronda basikal, mandi ban, tangkap ikan, berkelah atas bukit.. kalau nak cerita memang tak akan habis lah,,

Tapi,

itu dulu kan,, masa dan jarak memisahkan kita.. 
Tak apa.. kenangan tu tetap ada dalam hati.. 
and
please dont forget that im ur first SKIS's friend..

Selamat Pengantin Baru Siti Hajar Binti Rusli 👰.. Semoga berbahagia bersama suami dan bakal anak-anak yang tersayang dan moga kekal hingga ke jannah. Amin,