Sunday, July 29, 2012

Kenapa ALLAH berikan ujian kepada hambaNya?

Assalamualaikum...

           ALLAH itu maha berkuasa .. DIA yang menentukan segala-galanya..sesuatu yang berlaku itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH untuk hambanya.. kita sebagai hamba perlulah redha,sabar serta bertawakal dengan setiap ujian itu .. dan berserah kepadaNya..

Kenapa ALLAH berikan ujian kepada hambaNya ?

          Cikgu kat sekolah juga berikan anak-anak muridnya ujian.. ujian untuk melihat sejauh mana kepandaian anak-anak muridnya.. sejauh mana perfahaman anak-anak muridnya itu tentang apa yang telah diajarnya selama ini...

          Begitu juga dengan ALLAH.. ALLAH yang mencipta hamba-hambaNya berhak untuk beri ujian kepada makhluk ciptaanNya itu.. Ujian itu rahsia ALLAH.. ujian yang diberikan mungkin tidak sama.. ada yang berat untuk dilalui dan ada yang mudah untuk ditangani ujian itu..

          Seberat-berat mana pun ujian yang ALLAH beri, ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya itu.. Ujian yang diberi juga ,adalah tanda sayang dan kasih ALLAH pada hambanya..ALLAH itu maha penyayang.. :')
          Setiap manusia yang ALLAH cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup dalam dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata dia lansung tidak pernah ditimpa musibah.. 

         Allah menguji hambaNya adalah untuk menguji setinggi mana keimanan seseorang itu kerana dengan ujian itu ALLAH boleh melihat sama ada hambanya itu seorang yang mudah putus asa atau pun tidak dalam menerima ujian.
          
"Sabarlah duhai insan.. ada kemanisan disebalik kepahitan ini.."

          Jangan lah kita mengeluh dengan ujian yang ALLAH berikan kerana habisnya satu ujian pasti akan tiba ujian yang baru pula dalam hidup kita.. 

         Dekatkan diri dan berdoalah kepada ALLAH agar dikuatkan hati untuk terus cekal dan tabah dengan setiap ujian yang diberikan..ALLAH itu tidak pernah berasa jemu dengan setiap rintihan hambaNya..ALLAH itu maha mendengar ..

Ya ALLAH..kuatkanlah hatiku ini dalam menjalani ujianMU :'(

Muhasabah cinta..

Assalamualaikum...


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

nota: Hanya ALLAH yang maha mengetahui dan mengerti :'( Kuatkan hati aku Ya ALLAH...

Thursday, July 26, 2012

Alhamdulillah rezeki... zoShare the best.. Jom join ^_^

Assalamualaikum...

Hai.. ieyza happy sangat.. and kegembiraan ieyza nie nak share kan kat korang semua la.. hehe.. yela, sejak akhir-akhir ni alhamdulillah rezeki tak henti henti masuk.. bersyukur sangat.. :) dengan bisness topup yang berjalan lancar , pencarian agent topup pun not bad la..*minat nak jadi agent topup? klik link tu k.. 

yang ieyza paling happy, bila earning dari zoShare meningkat dengan mendadaknya..Best sangat.. oh ya , mesti korang tertanya-tanya apa itu zoShare tu kan ? zoShare ni syarikat pengiklanan jugak.. sama seperti says.com dan jugak churp churp tu... kita dikehendaki share iklan dorang kat facebook, twitter dan lain-lain.. setiap 1 iklan bernilai rm0.20 per unique.. 

TAPI


pada ieyza zoShare nie memang terbaekk la!! banyak kelebihan dia...serius tak tipu..

Kelebihannya :-
  • Boleh cashout serendah RM40 sahaja !! *bestnye,sesak2 boleh cashout kan
  • Bila anda daftar, anda akan terima earning RM5 percuma dalam account tue. *Bestnyee
  • Iklan yang disediakan menarik.. dan banyak... *lebih dari 5 iklan
  • Lepas je orang klik, earning terus update..refresh je, terus earning akan bertambah.. *cepat jerr.. 

Best kan..? Jom la join... Dapat percuma RM5 tau... rugi tak join..
nak join klik sini --> zoShare

Lepas tu Klik 


Then, boleh daftar guna Facebook / Twitter /Google Plus
Lepas dah daftar...terus lah share iklan tue..klik kat

dan share la semua iklan tu.. share la kat blog ke, Twitter ke, Facebook ke atau mana-mana laman sosial yang lain :)
note: mudah je kan... ^_^ ape lagi jum la join... ~


Tuesday, July 24, 2012

Hello MR. CopyCat !!

Assalamualaikum...

Hai semua...sihat .. :) Hai jugak kat MR. CopyCat.... meow..meow... ^_^
sekarang bulan puasa kan kan... tak baik marah-marah... so hanya mampu tersenyum..
rasa nak ketawa pun ada.. serius.. ! hehe...

sebab tadi terjumpa la satu blog nie kan.. camne leh jumpa ? mesti la check kat traffic sources .. pastu tengak la banyak betul view dia kat blog ieyza ni.. ieyza pun try la klik nak tengak siapakah gerangannya...

bukak-bukak je blog dia... mak ai terkedu betul la.. terkejut pun ada.. sebab apa... sebab dia tiru design blog ieyza... copy cats le teww... dah banyak kali dah blog nie di copy cats.. adoi.. kenapa ekk... ? 
yang lawak dan tak boleh bla nya kan.. dia ni mesti copy kat view sources... sebab nya semua yang ada kat blog ieyza ..ada la kat blog dia tu.. termasuk lagu, sidebar, post background, my marie , yang bahagian owner pun sama. cuma tukar gambar dia n detail pasal dia tu...lagi satu facebook kat tepi nie pun dia amik jugak..!!

haha.. amik-amik semua kau nak kan..@_@ lepas tu yang lagi tak boleh bla nya.. macam mana tah follower ieyza pun dia siap copy lagi tau.. muahahaha.. kelakarnya...  

"dik,dik ce ajar camna kau copy ek ? semua nya kau tibai.. ;P"
HAPPY ENDING  and selamat berblogging la ye dik.. tata...

upss nak melawat blog dia tak ? MR APIT

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan !

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini Ieyza nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua blogger dan jugak reader blog nie ;) dan tak lupa kepada anda yang sedang membaca entry ini..heehe..

SALAM RAMADHAN :)


semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya... InsyaALLAH.. :)

 actually so sad,, sebab tak dapat menyambut awal ramadhan dan berbuka puasa bersama family.. yela tak dapat balik sebab ada test.. :'(   takpe2 , hujung ramadhan nanti 2,3 sebelum raya  dah cuti mid sem, so dapat la berbuka bersama keluarga ... ^^ 

SELAMAT BERPUASA YE!

>> puasa jangan tak puasa.. jangan puasa yangyuk pulak ek.. tak mau tak mau.. ;P

Wednesday, July 18, 2012

Berminat nak jual topup ? Jom jadi agent topup :)

Assalamualaikum...

Anda minat berbusiness??  jom business kecil-kecilan... tak kira dimana anda berada. siapa juga anda.. sama ada seorang pelajar , sudah berkerja atau pun apa saja.. hanya jual topup.. mudah jer..tak perlu takut untuk mengalami KERUGIAN kerana penjualan topup tidak akan mengalami kerugian..PERCAYALAH..

jika berminat untuk menjual topup boleh pm/inbox saya di Facebook ..
Yuran pendaftaran adalah mengikut level yang ingin anda daftarkan . Semakin tinggi level anda semakin tinggi percent keuntungan yang anda terima.. setiap keuntungan yang diterima adalah milik anda sepenuhnya.. 

setiap pakej ada percent keuntungan yang berbeza..semakin tinggi level semakin banyak percent yang diterima :) ingat setiap keuntungan  100% milik anda ..! 
boleh tengak gambar kat bawah ni.. 


Yuran pendaftaran sekali seumur hidup..

Pakej Master  --> RM30
Dealer/Agent --> RM20
(rujuk rajah diatas, untuk lihat percent keuntungan)

apa yang perlu anda buat ialah bank in yuran beserta modal yang anda ingin keluarkan..


1 Macam mana nak daftar jadi agent ?

Pendaftaran akan dibuat oleh upline agent topup tersebut. Anda hanya perlu bank in yuran berserta modal kepada no acc maybank upline.

Semasa pendaftaran anda perlu memberi beberapa maklumat diri anda.iaitu :-
 1. Nama
 2.No hp yang ingin didaftarkan
 3. No kad pengenalan

     Modal berapa patut dikeluarkan ?

Modal yang patut dikeluarkan adalah mengikut kemahuan anda sendiri kerana modal itu milik anda.selepas anda mengeluarkan modal ,pulangan modal itu akan kembali kepada anda semua.Minimun modal RM10.

Sebagai contoh:  anda mahu didaftarkan sebagai master level. Jadi jumlah yuran yang anda perlu bayar ialah RM30. Jumlah yang perlu anda bank in kepada upline ialah RM30 + dengan modalyang anda ingin keluarkan.. lets say, modal yang anda ingin keluarkan adalah sebanyak RM20.. jadi jumlah yang perlu anda bank in kepada upline ialah RM 50 (RM30 BAYARAN DAFTAR + MODAL RM20 ) .

Setelah anda didaftarkan , upline akan transfer kredit modal sebanyak RM20 (Seperti mana yang anda keluarkan ) . Bila kredit modal dah masuk, anda boleh start jual topup.


*CARA-CARA MENGHANTAR TOPUP akan diberi tahu setelah anda betul-betul telah didaftarkan…

BERMINAT ? SILA PM/INBOX SAYA DI SINI .. TQ

p/s: Di utamakan kepada pelajar IPTA/IPTS .. terutama yang duduk hostel tu.. sebab dapatlah cari duit bulan-bulan kan. daripada tak dapat apa langsung.. bukan susah pun just jual topup jer. orang nak topup ,dorang yang akan datang bilik kite.. serius cakap, malam-malam ramai la yang beli topup.. kadang-kadang sampai habis tau.. hehe..~ fikir2 kan la k..

Thursday, July 5, 2012

Persoalan terjawab :)

Assalamualaikum...

Kerunsingan kepala nie akhirnya terlerai jugak.. yela.. dok fikir-fikir pasal SPA ni... dua temuduga dapat.. and dua-dua tak pergi.. risau jugak .. so, untuk menghilangkan kerisauan tue aku emelkan pertanyaan dan telah pun terbalas.. :)

so decide.. tak mau pergi... even cadang nak pergi salah satunya... hope tahun depan lepas grade ada rezeki lagi..Amin...



Monday, July 2, 2012

aku dimalukan..apa motif tah ! -.-

Assalamualaikum...

Aish.. sunyi sepi je kan blog ni.. yela bila tuan nye bz je memanjang.. tak da masa nak terjah-terjah, komen-komen blog orang lain .. so, orang lain pun tak nak dah datang jenguk blog ni.. sadiss... sob sob T_T  tak pa- tak pa.. biar la syok sendiri sorang-sorang kat blog ni :) *menyedapkan hati... huhu

ok la. actually tak tahu nak tulis apa. so, nak luahkan la pengalaman yang agak memalukan jugak la terjadi senja tadi.. nak kata malu.. malu la jugak.. tapi aku tak tahu apa motif dia..

geram berapi pun ada time tu.. aku sendiri pun tak faham la... arini aku puasa.. so, aku p la order makanan kat salah satu gerai makan dalam uitm ni... makanan bukan untuk aku sorang je tapi makanan roomates aku sekali..

so aku order la. 
nasi putih + tomyam + telur dadar (roomates punye..)
nasi putih + tomyam sayur (roomates punye.. )
nasi goreng tomyam. ! ( aku punye.... ^_^ )

bila semua dah siap.. ada satu je belum siap. iaitu telur dadar.. then abang tu cakap 
" adik semua dah siap kan .. telur dadar je belum lagi kan... "

aku pun jawab la...
"aah " - simple je jawab sebab penat tunggu hampir 1 jam -.-

then , abang tu cakap..
"aish,,, telur dadar pun nak ke....telur dadar oo telur dadar.. " 

pastu abang tu gelak-gelak.. aku pun tak faham apa motif .. pastu semua orang yang order yang ada keliling aku gelak jugak... gelak kan aku !! aku pelik.. apa yang lawak nya... pastu aku slumber jawab dengan tegas nya  "kawan saya yang nak !" pastu muka aku terus berubah jadi badmood . geram pun ada.


abang tu terus gelak-gelak... aku just tunduk bila yang lain-lain pun gelak jugak.. 
rasa nak nangis pun ada * hati gua sensitif giler wei!!

motif ape tah ? ahhh... what ever........

p/s: any idea tak apsal abang tu gelak ??? %^&$ 

Reality & Fantasy Ieyza Afieyna dah mati ??

Assalamualaikum...

blog dah bersawang ???


tak .. cuma aku malassssss......



malassss nak update blog .. (^_^)Y peace!!

btw blog ni still hidup okea.. HAHA