Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Assalamualaikum...

ehem ehem...test suara nie. eceh.. haha...  ok lah. entry ini adalah entry khas untuk raya ikhlas dari ieyza.. yela. ramadhan yang mulia pun dah hampir meninggalkan kita kan. rasa sedih pulak yela. belum tentu kita akan bertemu lagi untuk ramadhan akan datang.. ajal maul di tangan Tuhan.. 

InsyaAllah esok syawal akan menjelma. esok la hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang kan. Raya weyh. best tuh. kalau kecik-kecik dulu bila tyme raya la paling syiok.. sebab leh dapat duti raya. kumpul banyak-banyak.. lawan sesama adik beradik. hee.. tapi bila dah besar-besar ni. semangat raya tu dah kurang cikit la. tak de dah rasa macam tyme budak-budak dulu. entah-entah duit raya untuk tahun ni pun akan berkurang. waa sedih nye.. T_T

Raya tahun ni ieyza balik kampung mak. kat Kg. Tg Medan, Parit, ada rumah terbuka sekali. tema family warna hitam + kelabu + putih.. wah mesti best kan. ramai-ramai kumpul..yela adik beradik mak ada 12 orang. campur menantu ,,cucu cicit ramai lagi,. fuh, riuh la umah tok nanti hee.. tak sabar nak balik kampung esok.. * HAHA :p (yeke. ? )

ok la. tanpa membuang masa la kan. act dikesempatan yang mulia ini. ieyza nak mintak maaf banyak-banyak kat sesiapa yang ieyza pernah wat dia kecik hati, terguris perasaan  ke, or ape-ape yang TER2 tula kn. mean TER tu tak sengaja.so mungkin apa yang ieyza buat tu semua nya tanpa disedari.. ieyza mintak maaf sangat-sangat.. 

kat readers and follower ieyza pun sama. andai ieyza ada salah and silap harap korang maafkan. hope 0-0.. thanx sudi singgah kat blog ieyza yang tak seberapa ni .huhu ..kat kawan-kawan semua yang mengenali diri ieyza mintak maaf kalau ada wat korang sakit hati ke apa. k, harap korang sudi maafkan ieyza..

okla. akhir kata ikhlas dari ieyzaafieyna92.blogspot.com
untuk semua bloggers and friends




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

p/s: buat insan yang tersayang. selamat hari raya. mintak maaf okea. di atas semua salah silap ieyza.ilysm .<3
Photobucket

Sunday, August 28, 2011

Nuffnang Celebrates BlogDay!



Assalamualaikum...

Jom ramai-ramai join segment dari nuffnang sempena menyambut Hari Blog ke -6 pada 31 ogos ini.... ^_^ untuk join anda bole la ke link ini..  

Untuk join segment ni anda dikehendaki untuk memilih 6 bloggers baru yang menarik minat di mata anda. sila komen dan memberi sedikit ulasan mengenai blog tersebut. ieyza tak tahu sapa blogger baru. so hentam saja la blogger2 yang ieyza rasa nak promot okea . hee ^^


syarat-syarat .


1. Spot 6 new blogs that interest you the most, preferably blogs which are different from your own culture, point of view and attitude.
2. Share with us why you have recommended those 6 blogs – are they funny? Do they tell unusual stories? Maybe the photos are out of this world?
3. Publish your blog post about your 6 recommendations by 11.59 pm, 31 August 2011.
4. Fill in your details in the form below to submit your entry.


6 blogs yang ieyza terjah ialah :

1. http://billomanggo.blogspot.com/
welcome to purplesunshine

blog ini kepunyaan syafeq naser. blog dia sangat comeyl okea. walaupun dia seorang lelaki. tapi blog dia cantik mengalahkan blog perempuan.. dia seorang yang sangat kretif . macam2 feebies yang ada kat blog dia. doodle ciptaan dia pun comel je. . best la syafiq. cyaiyok okea .:D

2. http://citravariasi.blogspot.com


ok. ini blog milik kak syilla . dia seorang yang baik hati, kelakar sangat. kenal dan kawan dengan dia akan membuat hidup gembira je., sungguh tak tipu. blog dia pun ieyza suka terjah. banyak benda2 kelakar ..membuatkan ieyza tak kering gusi tau pergi blog kak syilla ni. kak syilla jugak adalah admin kat group blogger yang ada kat fb tu. (nak join klik k )

TINTA HATI MILIK AIEN
okea. pemilik blog ini bernama aien atiera.. dia kawan ieyza. hee. ieyza suka masuk blog dia. kadang-kadang apa yg dia share sangat berguna.. dan blog dia comeyl dengan warna kesukaan dia. iaitu warna hijau.. kadang-kadang suka menjadi silent reader untuk blog aien.. hee.^^ 


tentang si childish v.1



blog ni milik khairul. ieyza kenal dia masa dalam group blogger tu la. blog dia pun ieyza suka terjah. cara penulisan dia sangat2 mendalam okea. gaya bahasa yang dia guna kan lain dari pada yang lain. masa mula-mula pergi blog dia ieyza rasa pelik gak. kenapa dia tulis agak skema ya. hee.. tapi itu memang cara dia untuk menyampaikan sesuatu.. banyak entry yang dia sampaikan dekat blog dia berunsur sesuatu yang patut dikongsikan. . chaiyok khai.. ^^ 

He is nurul farid

okea. blog nie pun ieyza suka terjah. owner blog nie bernama farid,macam -macam yang dia tulis sangat best. rasa bila dah baca akan baca sampai habis even entry dia tu panjang-panjang.. hee.. ~.macam-macam ada. lawak ada. semua la.
tapi dia nie xda la baru sangat dalam dunia blog ni ok. tapi suka la terjah blog dia. hee..^^


SORY blog dia xda header la. mana pegi lama dia pun x tau la. hee..

tuan blog ni bernama firdaus. ok. nie blog terakhir . ieyza suka baca blog dia. rajin update dia ni. ada ja benda dia nak update.pendek cerita. bila dia update je ieyza akan p baca la. tapi kadang-kadang tak komen pun. hekhek.. :P jangan marah. . silent reader ni. huu.. ~~


ok. tamat la sudah. nak p hantar link kat nuffnang. byebye.. 
Photobucket

Tutorial: Scroll box untuk blog archive


Assalamualaikum w.b.t...

hai bloggers semua.. tuto ni saje je ieyza buat. maybe ramai yang dah tahu kan. sebab dah banyak tuto ni sana sini . kan ? kan ? hek hek .. tapi kepada sesiapa yang tak tahu tu bole cuba tuto ni okea. ^_^ Tutorial untuk buat blog archive punya scroll box. so kepada sesiapa yang rajin update blog tu. buat la tuto nie. supaya blog korang tak nampak serabut sangat..

then, bole menjimat kan ruang dalam blog korang tu. tak da la berderet-deret sampai ke bawah kan. so apa lagi. buat la scroll box untuk blog archive korang k. hee.. 


step :

dashboard > design > edit html > tick expand widget templates

search code nie , tekan Ctrl + F je untuk memudahkan pencarian
<div id='ArchiveList'>
dah jumpe ? ok copy code kat bawah nie. then paste kat atas code yang korang jumpa tadi..
<div style='overflow:auto; width:ancho; height:250px;'>
lepas tu search code ni pulak. tekan Ctrl+ F k.
<b:include name='quickedit'/>
dah jumpe, copy code kat bawah nie and paste kat bawah code yang jumpa tadi..
</div>
yang warna purple tu korang bole ubah.mengikut kesukaan. 
dah siap.. cuba preview oke ?
tengak kan dah kemas blog archive korang tak da la nampak serabut sangat. panjang berjela-jela sampai ke bawah. hee ^^ 

sila coment bila dah guna tuto nie k, and kalau tak jadi pun gitau ieyza ye.. ^_^
Photobucket

Saturday, August 27, 2011

Doodle muslimah bertudung untuk Ieyza Afieyna :D

Assalamualaikum...

Hello.. hee.. buat apa korunk2 semua... ? huu.. ieyza tengah happy ni tau.. sebab ieyza dapat doodle muslimah bertudung yang comel lagi cute miut tu... hee.. khas tuk ieyza tau tak.. nak tengak x ?? hee.. ikhlas dari blog apis.. thanx sangat2 kat dia.. 


comeyl kan.. apis buat lakaran ni melalui pic ieyza yang nie. sama tak ? hee


hee.. pada mula nya ieyza just blogwalking kat blog dia. then ade dia wat doodle ni kat orang lain gak. so ieyza comment la cakap.. comel nye. ieyza nak jugak.. pastu tengak2 dia wat untuk ieyza plak. ieyza.. rajin nye dia..huhu.. pape un thanx.. sapa2 nak boleh hantar emel kan beliau.. FREE tau.. :)
apis_v2@yahoo.com
atau layari http://www.apisv2.com ..

bye. salam
Photobucket

Tak dapat nak blogwalking la. T_T

Assalamualaikum...

hello . hello. hi blogger .. macam mana persiapan raya ? dah settle ke ? mesti la dah kan. untung lerr.. ada kasut baru , ada baju baru. macam2 la baru kan.. ieyza ? adoi. apa pun tak da lagi tau .. :'( sedey nye . ase nak nanges jer.. huu.. actually, semalam baru balik rumah . yeah ! Home sweet home.. hee.. ~tu la tak beli apa lagi. yang ada baju kurung je. . kasut tak da lagi.. -_-

semalam nek bas pukul 2.30 ptg dari perlis ke ipoh.. tapi lambat smpai la kat ipoh. sampai pkul 7 .45 macam tue. . sebab bas kangar ke ipoh rosak. :( seb baik ada bas ganti yang untuk pergi KL punya. so nek bas tu la. dah smpai ipoh . yang melambatkan sebab pakcik driver bas tuh xtau jalan. sesat tau tak.. adess.. naseb baik kami2 yang tahu jalan ni tunjuk2 ckit. eceh.. tau la sikit2. hee..~~

akhir nya. dapat gak jumpa family. cian tau family un terpaksa makan lambat. dorang berbuka makan air dengan kuih jewp. so dalam kul 8 lebih tu baru la pegi makan.. :) HAPPY sangat tau.. hee..even raya lagi 4 hari kan. so dapat la berbuka dengan family selama 4 hari.. nnati balik perlis raya ke 6. so ade la dalam 10 hari dok kat umah nie. sob sob..tapi lepas balik ada banyak test la plak. so raya-raya jugak study jangan lupa.. huu..pastu lagi 3 minggu dah start final exam pulak.. hurm. tapi cuti sem tu act yang tak sabar nak tunggu tu hee..~~ 

okea2. lupa kan pasal itu. actually ieyza tengah sedih nie.sebab ieyza tak dapat nak blogwalking blog korang la. nak tengak apa new update korang pun tak bole. hanya link2 kat shoutbox je la yang ieyza dapat BW., sebab tengak nie. dah banyak hari tau. tak tahu la kenapa..hurm.



You are not currently following any blogs.. T_T

sampai bila semua ini., oh tidak.!! t dah ok ieyza BW k. or korang pas datang blog ieyza tinggalkan jejak kat shoutmix k. t boleh la ieyza singgah blog korang plak. okea. la nak pergi bazaar ramadhan dengan my lovely mummy <3 . salam



p/s: tak nak wish raya lagi.. :P malam raya la okea. hee..
Photobucket

Thursday, August 25, 2011

Berhati-berhati ketika membaca surah al-fatihah..

Assalamualaikum...

Hari ni nak share sesuatu dan ieyza rasa patut sebar kan benda nie. harap boleh di manfaatkan bersama. Ieyza pun copy dari kawan ieyza . dia share kat fb..

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan tersebut:-

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH,
2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB,
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU,
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK,
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS,
6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnyaIyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada mataharikami meminta pertolongan!!!!"
7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 2/4/5 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.

Perhatian!
Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.


Photobucket

Sunday, August 21, 2011

Andainya...



Assalamualaikum...


Andainya di kala ini aku mampu merintih mengharap simpati...
dariMU Ya Rabb...
Andainya di ketika ini aku punya kekuatan menagih secebis kemanisan nikmat...
dariMU jua Ya Kareem...
maka ku pohon...
berikan daku ketenangan abadi dalam setiap sembah sujudku padaMU...
hanya padaMU...
HambaMU yang hina dina ini memohon...
Ya Rahman...
andainya aku jatuh hati...
jatuhkanlah hatiku pada insan yang sentiasa mendamba cintaMU..
jatuhkanlah hatiku pada insan yang mencintai diriMU...
melebihi segala cinta...
seiringkanlah cinta insani dengan cinta terhadapMU...
semoga...
dengan hadirnya insan ini...
mampu menguatkan lagi cintaku padaMU Ya Rahim...
semoga...
dengan hadirnya insan ini...
ruang ibadah menjadi sebahagian jiwaku...
tidak ku damba untuk menjadi semulia...
Rasullulah dan Siti Khadijah...
tidak ku pinta untuk menjadi seagung cinta...
Zulaikha pada Yusuf...
cukuplah sekadar dua hati tersimpul rapi...
cukuplah sekadar hati ini tidak berpaling dari cinta hakiki...
cukuplah sekadar Islam petunjuk kami...
yang hakiki...
Photobucket

Friday, August 19, 2011

Oh facebook ku. :( kawan2 fb ! baca ni...


Assalamualaikum...

hyep. ! eh korang.. relax jangan marah-marah bila ieyza tak balas chat kat fb tue. that's why fb ieyza ada masalah tahu.. jangan lah tahu nak marah orang je.. tak baik aw marah-marah bulan puasa ni.. hee.. actually problem yang ieyza hadapi adalah fb telah menjadi tak betul ! oh tidak. tak pasal-pasal kena marah tau.. wah sentap giler la.. tapi takpa la.. orang yang marah tu pun dah minta maaf . hee..

sebenarnya ieyza tak online tau tak. eh, macam mana nak cakap eh ? ok. kepada rakan-rakan facebook ku pasti korang online korang akan nampak ieyza gak online kan. ada je ieyza kat tempat chat korang tue betul tak ? walhal ieyza tak online pun...
tengak akan nampak ieyza afieyna online 24 jam. tanpa henti-henti =.=
padahal tak online pun. tak login pun. 


then bila korang pergi ke profile ieyza akan tertera macam kat atas ni.
ada pic phone kat atas. tak macam selalu yang betul2 online akan nampak bulat kecil hijau. hehe..
ini bermakna ieyza tak online tau. so tak payah la antar chat. t tak balas marah pulak >.<  sob sob... then bila korang yang nak antar chat tu akan nampak benda ni pulak


ini makna ieyza tak online. kalau online tak da benda ni and ada tanda bulat kecil warna hijau tue..ok. faham. ! tapi even tulis "your messages will be sent to Ieyza's phone" tapi xda pun sampai kat fhone. ieyza tak active pun mobile fb tue. adoi. ieyza pun tak faham.. so macam mana ada siapa-siapa tahu mcam mana nak solve problem nie ?? >_<

-->Semua pic kat atas diprintscreen dari FB seseorang.. huu.<--
p/s: entry nie khas untuk yang rajin menghantar chat tue.. then yang marah2 aritu.. HAHA..:D

Photobucket

Wednesday, August 17, 2011

short entry#blog ieyza macam budak-budak sangat ke ??


Assalamualaikum...

hyep u all...selamat bercuti okea.. kepada sesiapa yang cuti la. sempena hari nuzul al-quran hari ini. :) hari nie uitm pun cuti.. so dok dalam bilik je la kan. nak siapkan kerja-kerja yang berlambak tu. hee.. almaklum lah ..tinggal minggu nie and minggu depan je sebelum raya. .pastu pas raya. tinggal 2 week je sebelum final.! :( . raya tak dapat la nak enjoy sangat-sangat kan...

actually, ieyza nak tanya anda semua nie. first masuk blog ieyza nie apa pandangan korunk mengenai blog ini ? adakah korunk rasa blog ini kepunyaan budak sekolah rendah yang baru nak UPSR tu ?? =.=   wah sentap larr.. sebab ada yang kata blog nie milik budak darjah 6. sebab terlampau nampak kebudak-budakan sangat.. betul ke ??  

erm.. blog ini milik ieyza afieyna sepenuhnya la. berumur 19 tahun 7 bulan 2 hari.. =.= .. mungkin jiwa ieyza memang macam nie kowt. suka yang comel2. . tapi jangan la kata ieyza nie budak yang berumur 12 tahun.. :( ..lagi pun tak salah kan kita hias blog kita mengikut citarasa sendiri. kan kan. hee...k, la tata.
time for assigment :)

and lupa pulak.. internet ieyza slow. so tak dapat blogwalking sangat. sebab nie
Photobucket
tengak. broadband da sampai limit la.. internet sangat-sangat slow.. sedeynye...
bye.

Selamat Hari Nuzul Al-Quran buat semua muslimin dan muslimat ...
Photobucket