Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum
Kau memang bodoh.. memang bengap ! suka bertindak terburu-buru..suka buat sesuatu tanpa memikirkan kesannya.. bertindak mengikut perasaan !!eee...... padan muka kau ieyza!!!!...tapi aku tahu semua ni ada hikmah.. ye aku mengaku., selama nieaku menjadi stalker setia untuk dia. tanpa pengetahuan dia..kenapa hari-hari aku nak je tahu pasal dia. kenapa. aku bodoh.masih nak amik tahu dia yang dah memang bencikan aku. entah la..tapi aku tahu cerita aku dengan dia hanyalah cerita lapuk... cerita bertahun yang lalu.tetapi kenapa hati aku yang memaksa untuk terus membuzy bodykan pasal dia..kenapa...? sedangkan aku lebih bahagia dengan kehidupan aku sekarang,,,,aku mengaku. hari-hari aku akan baca blog dia.. biler aku baca. aku jadi sedih sangat..aku rasa aku yang menyebabkan dia jadi macam tue..jadi macam orang giler, tapi aku ke yang bersalah... antara aku dan dia dah lama berakhir..kadang-kadang terdetik aku rasa bersalah dengan apa yang penah berlaku.. aku cuba untuk selesaikansemua ini.. tapi kenapa hati dia begitu keras,,egois.. dia membiarkan semua ini begitu saja..tapi aku . yang terus beria untuk merisau kan dia yang semakin hari semakin jauh dari kehidupandia yang pernah aku kenali.. segala luahan hati dia membuatkan aku betul2 bersalah..tapi tidak kah sedikit perasaan kat ati dia untuk rasa bersalah terhadap aku..aku bukan nak kau lagi pun.. kau bole pergi la. tapi aku cuma mahukan kedamaian antara kitabukan permusuhan !! kau ego. !! then aku dah buat satu kesilapan.. aku komen kat blog dia.. walaupun tanpa mention nama aku.. aku tahu dia dapat agak itu aku... lalu dia pun mem private kan blog dia.. ok. akhirnya aku tak akan dapat amik tahu tentang dia lagi,, setelah 2 FB aku pun dia dah block kn.. haha.. ok la tak pa lah. mungkin tindakan dia betul seperti mana dia dah beritahu aku.,.dia buat semua ni supaya aku tidak terus untuk ambik tahu pasal dia...lupa kan diaok la.. hati aku telah cuba untuk melepaskan kau buat selama2nya..............................aku bahagia dengan kehidupan sekarang ..tapi adakah kebahagiaan ini akan bertahan lama ataucuma setika cuma.......??????? !
Ya Allah .. berikan aku merasai kebahagiaan didunia yang sementara ini,,,
Assalamualaikum...
Hai korang,, kali ni ieyza nak buat tutorial,macam mana nak disable gambar kita daripada di drag atau dicuri daripada orang lain .maksud nya bila letak code ni, setiap gambar yang korang letak kat dalam blog ,orang lain tak bole nak amik atau drag la.. faham kan ?
mula-mula pergi edit html, then seacrh <head>
dah jumpa? ok, copy code kat bawah pulak,then paste kat bawah code yang korang jumpa tadi.. ;)<script type='text/javascript'>document.ondragstart = function () { return false; }; </script>
ok,dah save ! cuba try drag image kat blog korang, mau tak ? kalau tak jadi, bagi tau kat ieyza ye..dah guna , sila tinggalkan komen..thanx..
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum ♥ Hello silent reader ! ♥
*Cerita hari semalam......2 Julai 2011
aku bangun dengan ckup bersemangat.. hati cukup gembira ingin bertemu cinta sekali lagi aku tu.HAHA..aku pun bersiap2 . : keluar pi alor star :D aku pun cuba memberanikan diri seorang diri dari perlis g alor star nek train jew..dah berani sebab dah banyak kali p sorang2.. masa dalam tren tu penuh sangat.. so aku terpaksa dok sebelah uncle cina tue. dia nak p Bangkok..ha nie nak story, tiba-tiba dalam perjalanan tue,, uncle tu dengan kawan dia tiba tegur aku. dan tanya nak pergi mana. aku pun cakap la nak pergi alor star.
then kat sebelah kawan uncle ada budak uitm gak.junior aku. part 1.. tapi x knal la.. dia and kawan2 dia. pastu tiba-tiba uncle cina tue tnya. " kenapa you pakai atas kepala ,dia tarak pakai ? " (tudung ) Sebab junior tu xpkai tudung. then dia pun senyum je aku pun senyum jela. rasa malu kn bila orang bukan islam tanya macam tu ! Pastu uncle tu tnya lagi " u tak panas ka pakai itu ? "aku cakap la tak .aku senyum ,. dia tanya lagi. " u dengar ka apa uncle cakap.? " aku senyum dan meangguk.. mungkin dia fikir kalau pkai tudung kan tutup telinga so x leh dengar orang cakp. huhu. yang junior tue terus wat2 tido and sandar kat kawan dia =.=
OK.tutup pasal tue. act aku pergi alor star nak p tengak citer "SEKALI LAGI" tapi tiket yang ada hanya kul 12tghhari and 3.30 ptg je. so , si dia pun bli jela yang pkul 12 tue. sebab kalau lambat-lambat takut x sempat .train balik aku pukul 5. malas nak suh dia antar sebab kan jauh. cian dier. . haha..so, aku tiba di alor star tepat kul 12. aku pun cepat2 la p CP..dia da tunggu lama da ,ciap boleh main bowling dengan kawan dia. bila dah sampai kat wayang.kami cepat-cepat la masuk.tapi cerita tu da start la ckit.. =.=
cerita tu nak kata best,bole la. tapi borink la. rasa mcam tah pape je. pendek cerita. tak puas hati la cerita tue. tapi naseb baik ada amani(Mia sara nasuha) yang comel. best la jugak tengak teletah dia. tapi tu la ending bukan dengan suami dia balik kan. bagi 3 bintang ja la. HAHA.. bila tanya dia, dia pun cakap borink T_T .Pelakon: lisa surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara, Bront Palarae ..
Oleh di sebabkan kesuntukan masa. pas habis ja wayang,cepat-cepat p makan. . perut giler lapar sangat. pas makan ..p solat suma. pastu apa lagi seperti yang di rancang... aku nak beli handphone baru! Hee... so, dia pun bawak la aku p tempat enset tue,. fuhh, rambang mata aku tengak.. mula2 nak beli handphone Nokia express music yang touch screen tue. tapi mahal sangat la. pastu pusing. dia nampak nokia X6.. pun sama mahal. lastly , dia pilih C5. aku pun setuju nak bli C5 la. xdapat express music pun xpa la. C5 pun touch screen jugak kan. so, lastly past dia bertungkus lumus berunding harga dengan tokei tu aku pun jadi la beli. wah suka3.. :D .. hee...
|
Credit: mr google.. |
mengambil masa sejam jugak la nak bli nset ni.! hee. pastu tengak jam pkul 4 lebih dah.. aku cakap nak pi beli tiket nak balik cuti mid sem nanti. saja teringin nak balik dari alor star. hee ..so kami pun pi la syahab.. mula takut x sempat ,dia cakap nak antar aku balik arau la. tapi tak pa sian kat dia t penat..agy pun sempat je. .train lambat datang. pas beli tiket bas ,dia pun hantar aku p KTM..then cinta sekali lagi aku tu pun balik ... :( BYE,,,since,,ieyza afieyna
p/s: see u 2 week more.. bye.. Thanx alot..