Wednesday, June 8, 2011

cuti sakit..!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum


Pagi tadi aku tak pergi kelas.. sebab sakit aku datang balik. hurm. kaki aku sakit sangat-sangat bila nak bangun pun ta bole. kadang-kadang aku menangis bila terfikir macam mana kalau tiba-tiba aku lumpuh ke apa. macam-macam benda mengarut yang aku fikir. tadi jam pukul 9.15am. actually pagi tu aku ada kelas CTU. tapi tak dapat pergi. aku cadang nak gi UK(unit kesihatan).. doktor bagi aku MC. dia suh aku rehat hari ni..aku pun rehat la kat bilik sorang-sorang.hurm..

 di kesempatan itu, selain dari sakit aku aku hadapi itu, aku bagitahu doktor yang aku stress.. aku sangat-sangat stress. entah la. macam-macam doktor nasihat kat aku.. doktor kata jangan hirau kan orang-orang di sekeliling kita yang cuba untuk merendah-rendahkan kita. yang cuba nak mempersenda-sendakan kita. sebab mereka tu mmg ada PhD.. pengkhianat hasad dengki..aku hanya tersenyum je bila doktor cakap macam tu. doktor kata kalau orang buat apa-apa kat kita ,kutuk apa-apa ke. biarkan. dan ucap alhamdullillah je. sebab pahala tu kita yang dapat. kuat kan diri dengan orang sekeliling. and jangan tunjukkan yang diri terlalu lemah. walau pun aku keseorangan. tapi harus kuat untuk hadapi semua ini. biar apa orang cakap. orang nak kata aku pegang kata-kata doktor tu.. walaupun aku rasa aku dah tak bole tahan dengan semua ini lagi. . hari-hari aku menangis berdoa agar Allah kuatkan semangat aku. berikan aku jalan yang lurus di dunia ini. peristiwa di kelas semalam hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku. tapi aku cuba berlakon biasa-biasa saja. di mentertawakan orang memang seronok. tapi bila ditertawakan?? hurm..be happy ye kawan-kawan. semoga gembira di dunia dan di akhirat.!!!! 

ubat aku sedap. rasa oren. rasa nak makan banyak-banyak jerr...

HAHAHAHAHAHAHA........... 


---> izinkan aku mengecapi kebahagiaan dan tersenyum untuk seminit dua..<----
Photobucket

10 comments:

Terima kasih sudi komen :)
kerana 1 komen amat bernilai dan
mampu buat ieyza tersenyum ^_^