Sunday, July 29, 2012

Kenapa ALLAH berikan ujian kepada hambaNya?

Assalamualaikum...

           ALLAH itu maha berkuasa .. DIA yang menentukan segala-galanya..sesuatu yang berlaku itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH untuk hambanya.. kita sebagai hamba perlulah redha,sabar serta bertawakal dengan setiap ujian itu .. dan berserah kepadaNya..

Kenapa ALLAH berikan ujian kepada hambaNya ?

          Cikgu kat sekolah juga berikan anak-anak muridnya ujian.. ujian untuk melihat sejauh mana kepandaian anak-anak muridnya.. sejauh mana perfahaman anak-anak muridnya itu tentang apa yang telah diajarnya selama ini...

          Begitu juga dengan ALLAH.. ALLAH yang mencipta hamba-hambaNya berhak untuk beri ujian kepada makhluk ciptaanNya itu.. Ujian itu rahsia ALLAH.. ujian yang diberikan mungkin tidak sama.. ada yang berat untuk dilalui dan ada yang mudah untuk ditangani ujian itu..

          Seberat-berat mana pun ujian yang ALLAH beri, ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya itu.. Ujian yang diberi juga ,adalah tanda sayang dan kasih ALLAH pada hambanya..ALLAH itu maha penyayang.. :')
          Setiap manusia yang ALLAH cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup dalam dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata dia lansung tidak pernah ditimpa musibah.. 

         Allah menguji hambaNya adalah untuk menguji setinggi mana keimanan seseorang itu kerana dengan ujian itu ALLAH boleh melihat sama ada hambanya itu seorang yang mudah putus asa atau pun tidak dalam menerima ujian.
          
"Sabarlah duhai insan.. ada kemanisan disebalik kepahitan ini.."

          Jangan lah kita mengeluh dengan ujian yang ALLAH berikan kerana habisnya satu ujian pasti akan tiba ujian yang baru pula dalam hidup kita.. 

         Dekatkan diri dan berdoalah kepada ALLAH agar dikuatkan hati untuk terus cekal dan tabah dengan setiap ujian yang diberikan..ALLAH itu tidak pernah berasa jemu dengan setiap rintihan hambaNya..ALLAH itu maha mendengar ..

Ya ALLAH..kuatkanlah hatiku ini dalam menjalani ujianMU :'(

11 comments:

  1. setuju sgat2...makin berat ujian makin dekat kite dengan ALLAH juga :)

    ReplyDelete
  2. allah menguji kita untuk jadi lebih baik dr smalam.untuk lebih kuat menghadapi cabaran dugaan ujian dariNYA:-)

    ReplyDelete
  3. Kerana Allah sayang kepada kita.

    Salam Ramadhan daripada saya, terjah daripada busuk..hehe

    http://pemudattbc.blogspot.com/2012/07/nasihat-ramadhan.html

    ReplyDelete
  4. nice entry...ujian dalah satu muhasabah..mcm lagu blog ni...

    ReplyDelete
  5. KU MEMOHON PADAMU YA ALLAH, AGAR UJIAN-UJIANMU ITU SETIMPAL DENGAN KEUPAYAANKU......AGAR DAPAT AKU LALUI DENGAN SABAR....BANTULAH AKU TOLONGLAH AKU YA ALLAH DALAM MENGHARUNGI SEGALA UJIAN DARIMU. AMIN.

    ReplyDelete
  6. Allah swt tidak akan menguji hambanya kalau hambanya tidak sanggup menghadapi ujian itu :)

    ReplyDelete
  7. insyaAllah dear, dekatkan diri dengan NYA. insyaAllah...

    ReplyDelete
  8. setuju dgn entry ieyza yg ni.. tu tandanya Allah syg.. =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)
kerana 1 komen amat bernilai dan
mampu buat ieyza tersenyum ^_^