Sunday, November 8, 2015

Majlis Perkahwinan Fiera

Assalamualaikum...
7 eleven 2015 | 07112015
Tahniah Fiera dan Suami.. Selamat Pengantin Baru.. Akhirnya, fiera kahwin dulu antara kami berempat; Fiera, Ana, Zaza, Pecca. 
Kami berempat kawan baik masa dekat Sekolah Teknik Lebuh Cator Ipoh.. Anatara banyak-banyak kawan sekolah.. dengan diorang jelah yang masih keep contact sampai sekarang.. Harap persahabatan kita sampai bila-bila ye. Sayang semua.. Hope lepas ni turn kami plak jejak fiera. siapa dulu tu tak pasti la kan. Ana, Pecca or Zaza. hikhik..
First time jadi bridesmaid.. Diri sendiri plak yang berdebar-debar tadi masa mengiring pengantin masuk dewan,, rasa tak sabar plak diri sendiri nak kahwin. haha.





Tq Mr.MN.. Sebab teman pergi wedding ni..Hikhi..
Mudah-mudah dapat ikut jejak ke jinjang pelamin juga.. InsyaALLAH..

Friday, January 23, 2015

Antara cinta pertama, seterusnya dan terakhir..


Assalamualaikum...

Cinta pertama itu lebih indah dan berbeza rasanya dengan cinta seterusnya ..namun percayalah cinta yang seterusnya itu sebenar nya lebih baik dari cinta pertama kerana kegagalan cinta pertama banyak memberi pengajaran dan di jadikan tauladan untuk menjadikan cinta seterusnya itu lebih baik dan insyaALLAH mohon agar ianya menjadi cinta terakhir....

Mengapa hadirnya cinta lain setelah cinta pertama itu pergi? Mungkin ianya adalah jodoh. jodoh yang hadir buat setiap insan. Namun harus lah kita bersiap sedia. Setiap pertemuan ada perpisahan.. Andai perpisahan terjadi lagi maka itu bukan la jodoh kita kerana Allah telah pun merancang untuk setiap umatnya..biarkan cinta itu pergi dan jadikan ianya pengalaman dan pengalaman untuk cinta seterusnya yang bakal hadir..

First love- semua orang akan merasai cinta pertama dan ketahuilah cinta pertama itu sangat indah kerana dari situ kita mengenal erti apa itu rindu, apa itu sayang , dan apa itu kasih, setelah hadir nya rindu kasih dan sayang maka terbit lah cinta. cinta tidak akan hadir tanpa kasih dan sayang. maka bermula lah episod cinta.

Namun percayalah. first love itu sebenarnya bukan lah jodoh kita. mungkin ianya sekadar untuk mengenal apa itu cinta , sayang, kasih dan rindu..namun permergian cinta pertama sebenarnya adalah amat sukar dan berat untuk diterima. Mungkin kerana terlalu banyak kenangan yang telah dicoret bersama. Kenangan yang begitu indah! dan mungkin banyak memberi implikasi besar kepada sang pencinta yang sukar untuk menerima kenyataan itu.


Tapi ketahuilah  sesungguhnya cinta terakhir adalah lebih sempurna dari cinta pertama kerana cinta terakhir itu lah cinta yang akan diabadikan selamanya di dalam hati kita..

Nukilan buat sis xxx,

Jangan bersedih ..Anggap dia bukan jodohmu. Ada yang lebih baik untukmu kelak. Be Strong. Keep Smile..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku?

First love aku ? Mestilah Mr MN. First love dari dulu hingga sekarang.. Alhamdulillah..moga jodoh kami kuat. 

Sebelum tu pernah juga bercinta. Tapi aku rasa itu bukan cinta pertama . itu cinta monyet waktu sekolah. Budak sekolah yang baru nk mengenal ape itu "couple".

Yang berlalu biarkan berlalu dan aku rasa itulah pengalaman terburuk aku bercinta dengan someone yang tak berapa nak kenal. Cinta jarak jauh la konon. Zaman kegemilangan SMS je dulu.. memang patut pun dia tinggalkan aku dan mempermainkan hati dan perasaan aku  Mungkin time tu aku memang perasan lebih kot. Awek dia 100x lebih cun melecun dari aku..Pada tarikh 23 Jan 2010 la terkantoi semuanya bila dia silap SMS. 

Bila ingat kembali rasa bodoh sangat. Sanggup bersedih lepas putus cinta monyet dengan budak tu. kuikuikui. Lupa kan kisah 6 tahun yang lalu...  Semoga mereka bahagia dan cepat-cepat kawen okeyh !

Dan aku juga bahagia dengan Mr. MN aku. Mr. MN aku yang hadir menjadi pengubat duka lara aku selepas ditinggalkan oleh cinta monyet dan Alhamdulillah sebab sehingga kini hubungan kami masih kekal. Semoga dipermudahkan untuk step yang seterusnya.. Ameen..


Buat cinta monyet, terima kasih pernah doakan saya untuk berjumpa dengan orang yang lebih baik dari awak. Ye , saya dah jumpa mr perfect saya.. dialah cinta terakhir saya yang labih sempurna..

Dear, Mr MN, meskipun aku bukan cinta pertama kamu, moga aku menjadi cinta terakhir dalam hidupmu.. kau cinta pertama dan cinta terakhirku..

 


Photobucket