Friday, November 15, 2013

My Convocation Day..

Assalamualaikum...

Mungkin cerita nie dah basi..sebab ianya dah tiga hari berlalu...tapi aku tetap nak coretkan kat cnie gak..kerana hari itu adalah hari yang sangat bermakna dalam hidup aku...my convocation day!!

setelah tiga tahun aku berhempas pulas belajar akhirnya pada 12 nov 2013 aku telah berjaya mendapat segulung diploma..huhu..macam pelik je bunyi..okey, even just diploma tapi aku rasa ianya tetap dapat membuatkan mak dan ayah tersenyum.. 

dan aku akan berjanji aku akan cuba buat yang terbaik dalam menamatkan ijazah aku pula....insyaAllah, aku akan berusaha untuk mendapat yang lebih baik..... :')


Pagi tu, aku rasa hati aku nervous sangat masa nak naik pentas tu..boleh pulak aku terberhenti lama depan naib canselor UiTM,Tan Sri Dato' Sahol, masa nak amik benda tue.. bila Tan Sri sebut nama aku 'Azziza' baru aku tersedar..aku senyum dan amik benda tue..Haha boleh plak :p 

Lepas amik,aku tunduk hormat dan tunduk berjalan untuk turun dari pentas.. then, aku turun pentas aku nampak mak dengan ayah...mak senyum...dan melambai-lambai kat aku.. :)

Gambar konvo aku tak banyak pun..nie je yang ada....-.-

with mak and ayah ~~
myself ;)
my frenzzz~
Gambar dengan kawan-kawan pun tak banyak sebab time tue nak cepat balik perak...aku dapat pengecualian kuliah seminggu..terus ikut parents balik....gambar ada pun ckit je tu pun kat camera kawan aku..dorang tak upload pun lagi...-.-

Gambar kat atas pentas nanti aku tempekkan kat cnie...sebab gambar tue kat kawan aku..dia tolong ambilkan after aku blik perak...thank you sue ! x sabar nak tengak....

bye2..