Wednesday, June 22, 2011

K.A.W.A.N

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum
♥ Hello silent reader ! ♥



MEREKA ADALAH KAWAN SEJATI..

         Kawan..macam2 kawan ada. kawan baik.kawan sejati ..kawan yang makan kawan pun ada kan. kawan yang mempergunakan kawan pun banyak...kawan yang berpura-pura baik pun ada... macam-macam jenis kawan yang ada didunia ni..tak kira lah kawan baik ke , kawan tak baik ke. kawan biasa ke an.kawan luar biasa ke kan..sebab manusia tak ada yang perfect..

         Kadang-kadang ada juga kawan yang sanggup menggunakan kawan lain untuk kepentingan diri sendiri,bila susah cari. bila senang ? fikir lah sendiri... tapi kalau tak da kawan apa rasa. hidup sunyi . hidup bagai keseorangan... tapi di manakah adanya kawan yang benar-benar sejati. yang ada tidak kira masa susah atau pun senang.yang sanggup berkongsi suka dan duka bersama-sama. ada ?

tapi mungkin itu bagi orang-orang yang tidak tahu menilai apa
itu erti kawan yang sebenarnya....sebab



KUPELUK ERAT AGAR PERSAHABATAN ITU TIDAK TERLERAI..

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

  • Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
  • Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
  • Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
  • Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
  • Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
  • Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
  • Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
  • Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
  • Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
  • Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
  • Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
  • Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
  • Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
  • Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
  • Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita. 

K- Kehadirannya menceriakan
A- Antaranya tiada yang mencurigakan
W- Walaupun jauh di mata tapi dekat di hati.
A- Ambil berat antara satu sama lain
N- Namanya sentiasa di hati...

"Persahabatan ibarat 1 janji yang dibuat dalam hati..tak dapat ditulis
,tak dapat dibaca..namun tak kan terpisah dek masa..sekali berkawan
selamanya tetap di hati"

p/s: kenapa hari ni aku kena marah ja tanpa ketahui puncanya. kenapa mesti air mata aku menitis kerana semua ini.. kenapa Ya Allah.. :'(
Photobucket


2 000 kuceng marie:

Mohd Izzar said...

sayangi la kawan2 anda...
yeahhh~~^^

ieyza afieyna said...

@Mohd Izzar


btul2..
hargailah kawan2 anda..
tak kira susah atau senang ;)