Sunday, February 27, 2011

Saya bersyukur kerana SAYA TIDAK CANTIK :)

Assalamualaikum..
_______________________
Kerana saya tidak cantik..
 saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.


Paling penting, kerana saya tak cantik..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.


Photobucket


6 000 kuceng marie:

Peeka Syuhada said...

neway, setiap kejadian yg Allah sume cantik2~ belaka . rupa paras bukan persoalan . cantik bahasa, cantik perilaku... cantik tu yg kita cari . =p

Kamsiah yusoff said...

Alhamdulillah...berusaha utk cantik dipandanganNYA..itu lbh penting..cantik dipuji oleh manusia..tiada ertinya kerana kebanyakannya menanam tebu dibibir

faizmaskam said...

salam..
sy sokong syafika..setiap ciptaan illahi itu indah2 belaka..
cmer kita harus laa..pndai menjaga dan mnnutupnye (aurat) supaya tidak terdedah dan dipamerkan..
barulah cantek adap dan peribadinya..
hehe hanye seketol adea..like your post

ieyza afieyna said...

ye mmg btul.. kite hrus bersyukur dgn ape yg kite miliki :)

Cik HUMAIRA said...

manusia adalah sebaik2 kejadian..quran pun ada sebut kn..apa guna cantik di pndangan manusia tp buruk di pandangn Allah..

Just Mini Love said...

@Cik Humaira..

betul tu muna..
xde guna nye jugak klo macm tu.
lebih baik cntik dimata ALLAH ;)